Road To 600k Pageviews Achieved Tips Nak Naikkan Pv Blog
AssalamualaikumBismillah
Alhamdulillah, selepas 2 bulan akhirnya dapat juga capai 600k pageviews. Tiada apa nak dibanggakan pun sebenarnya. Cuma inilah salah satu cara untuk aku tingkatkan lagi motivasi menulis. Sebagai penghargaan kepada diri sendiri kerana menghabiskan setiap masa dengan blog, mencari idea untuk berkongsi infomasi dan pengalaman yang mungkin berguna untuk pembaca blog ini.
Blog Capai 600k PageviewsTerima kasih kepada semua sokongan yang diberikan kepada blog ini. Mungkin bagi sesetengah blogger ia merupakan angka yang kecil. Tetapi bagi blogger yang tidak seberapa macam aku ia merupakan satu pencapaian yang amat berharga sekali.
Ada juga blogger yang tak kisah sangat dengan pageviews. Bagi aku yang memilih kerjaya sebagai blogger sepenuh masa adalah sangat penting untuk melihat statistik blog. Sekurang-kurangnya aku tahu ada juga yang sudi baca blog aku. Ada juga yang rajin tinggalkan komen kat blog aku. So, it's really meaningful for me.
Tips Nak Naikkan PV BlogIni ada sedikit tips aku boleh bagi berdasarkan pengalaman aku sendiri macam mana nak trafik meroket. InsyaAllah mana yang boleh guna tu, korang cubalah. 1. Cari kekuatan blog sendiri. Apa kekuatan yang ada pada blog kita? Apa yang menarik orang lain untuk baca blog kita? Kalau blog aku lebih kepada blog personal. Korang ada baca tak Cara Install Printer Tanpa CD, 5 Tips Memilih Bilik/Rumah Sewa Untuk Pelajar Universiti, dan Cara Memohon Jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Melalui JobsMalaysia. Entri tersebut nampak macam infomasi tetapi sebenarnya ia lebih kepada pengalaman aku sendiri. Dengan pengalaman tersebutlah aku jadikan ia sebagai sebuah entri yang berbentuk infomasi.
2. Manfaatkan ilmu SEO. Kalau tak tahu boleh belajar dengan blogger yang mahir tentang SEO, Keywords & Google Analytics. Baca blog Siti Awadah, Hasrul Hassan, Mia Liana, Sayidah Napisah dan Cik Ash. Tak rugi pun kita belajar daripada blogger yang lebih berpengalaman. Dengan ilmu SEO entri kita akan mudah berada di carian google. Dengan belajar keywords kita akan tahu apa keywords yang selalu pembaca cari. Begitu juga dengan Google Analytics, aku sedikit sebanyak tahu pembaca blog aku kebanyakkan dalam lingkungan umur 25 - 34 tahun. Dan 60% pembaca blog ini adalah perempuan dan 40% lagi adalah lelaki. So far okay lah kan. Tak best juga kalau majoriti pembaca adalah perempuan. 3. Bina hubungan dengan blogger lain. Caranya adalah dengan blogwalking, tinggalkan komen di blog atau sosial media mereka. Follow Instagram & FBPage blogger yang lain. Jangan kedekut nak LIKE FBPage blogger yang lain. Saling support okay
4. Tulis entri sebanyak yang mungkin. Sebab kita tidak tahu entri mana yang bakal viral. Kalau boleh tulislah entri yang sering menjadi carian dalam google. Contohnya topik seperti resepi atau masakan yang selalu mendapat perhatian pembaca.
Baca Sini : Top 8 Entry Dalam Carian Google5. Anggap pembaca itu adalah kita.Misalnya kalau kita sebagai seorang pembaca. Apa yang kita suka baca dalam blog orang orang lain? Kalau aku secara peribadi aku suka baca tentang tips blogging, susun atur, DIY, dekorasi rumah, tips keibubapaan, kerjaya dan study. Kalau korang lebih cenderung untuk membaca info tentang drama, movie atau skincare. Korang kongsilah sedikit infomasi berkenaan topik tersebut. 6. Tulis secara konsisten dan padat.Kalau korang rajin tulislah entri sekurang-kurangnya 700 sehingga 1000 patah perkataan. Nak lagi bagus tulis konten yang berkualiti dan konsisten itu lebih disukai pembaca. Konsisten setiap orang mungkin tidak sama. Ada yang tulis 1 entri setiap hari. Ada yang target mungkin 10 entri setiap bulan. 7. Tentukan target setiap hari, minggu atau bulan.Ini mungkin tidak semua blogger buat. Macam aku sendiri memang ada target menulis blog. Contohnya aku mahu target 1000pv setiap hari. Dari segi pageviews setiap bulan aku nak capai 30k setiap bulan. Dan tulis entri minimun sebanyak 15 post setiap bulan.
Baca Sini : Azam Blog 2018 Yang Baru Tercapai
Malah dari segi earning edsense sendiri aku tetapkan target at least 0.50USD setiap hari. Kenapa susah-susah nak buat macam ni? Because I'm blogging not just for fun but also for income. Beginilah kalau nak cari makan dengan blogging.
Apapun terima kasih sebab sudi luangkan masa baca blog ini. Tiada apa nak dibanggakan kerana blog ini berada samapai tahap macam ini dengan adanya sokongan daripada pembaca juga. So thank you so much! Semoga terus diberikan ilham untuk berkongsi info yang bermanfaat.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ciknurul23.blogspot.com/2019/10/road-to-600k-pageviews-achieved-tips.html