Tips Pantas Menulis Blog 20 Minit Setiap Hari


Menulis blog 20 minit setiap hari. Memiliki sebuah blog memerlukan pemiliknya untuk rajin menulis, meng-update atau mengemaskinikan blog tersebut. Namun, tidak semua pemilik blog mempunyai masa lapang untuk menulis blog setiap hari. Nah, apa perlunya anda memiliki blog kalau tiada masa untuk menyajikan artikel artikel terbaru atau menulis entry terkini? Oh ya, malas dan tiada masa kerana kesibukan urusan lain itu dua perkara berbeza. 
Kalau MALAS, maka berusahalah untuk merajinkan diri, tetapi kalau TIADA MASA, apa kata kita berusaha mencari masa untuk menulis walaupun barang sepuluh ke dua puluh minit setiap hari. 
Jadi, hari ini mrs pip ingin kongsikan sedikit idea tips menulis blog 20 minit setiap hari , semoga idea ini bermanfaat untuk semua, tidak kiralah sama ada anda malas, tiada masa, atau mungkin tiada idea bagaimana untuk mencari masa menulis, mungkin idea menulis blog 20 minit setiap hari boleh membantu anda

tips pantas menulis blog 20 minit setiap hari 
Baca sampai habis, kalau ada idea yang rasanya boleh ditambah, jangan segan segan untuk meninggalkan komen anda di ruang komen di bawah ok

Tips Menulis Blog 20 Minit Setiap Hari
☀ Anda ingin menulis blog, tetapi tiada idea untuk menulis. Cuba fikirkan apa yang berlaku kepada anda dalam bulan tersebut, atau dalam minggu tersebut, atau dalam hari tersebut. 
Contohnya : Kasut tinggi aku patah ketika menuruni tangga
Ini boleh dijadikan cerita pendek. Tulislah tentang kasut tersebut, mungkin itu kasut kegemaran anda , mungkin itu kasut yang dihadiahkan oleh suami tercinta, atau kasut idaman yang anda beli setelah bersusah payah mengumpul duit hasil blogging misalnya.

Di mana kasut tu patah, mungkin time turun tangga ofis, turun tangga di stesen LRT, mungkin time anda sedang mengejar bas kerana lewat ke tempat kerja … ahhhh, hanya kerana gara gara sepasang kasut, banyak yang anda boleh cerita di blog


☀ Sebelum anda tidur, atau ketika menunggu train LRT, MRT dan sebagainya, anda boleh drafkan dulu cerita anda. Cuba berusaha peruntukkan masa paling minimum 20 MINIT setiap hari untuk menulis idea anda. 
mrs pip lebih senang menggunakan GOOGLE DOC ketika membuat draf blog. Senang untuk diEdit, diCUT, diCopy, dimasukkan sebarang link, sebarang gambar.

Dan lagi seronok, mudah untuk melihat WORD COUNT kerana target mrs pip setiap kali menulis blog, satu entry minimum 500 patah perkataan. Tetapi untuk entry singkat seperti berkongsi resepi mudah, sekitar 300patah perkataan sudah memadai bagi mrs pip. Jadi, terpulang kepada anda target patah perkataan yang anda ingin tulis

Katakan anda ada IDEA menulis, tulislah dulu dalam bentuk POINT, jangan biarkan idea anda hilang di celah celah awan (hehehe) di bawa angin taufan.

PASTIKAN idea anda kekal di dalam ingatan anda dengan cara membuat POINT di dalam GOOGLE DOC atau di mana-mana template note untuk mendraf idea tersebut

Anda mungkin pada waktu itu tidak punya banyak waktu untuk mengembangkan ayat-ayat anda , tidak mengapa … setiap hari , luangkan lagi 20 minit untuk kembangkan ayat-ayat anda sehingga menjadi artikel menarik untuk blog anda

Setiap kali anda praktis menulis sekurang-kurangnya 20 minit, maka anda telah melatih diri anda untuk konsisten memberikan sedikit waktu untuk menulis , lama-lama ianya akan jadi kebiasaan. Praktis praktis praktis dengan kaedah ini untuk membantu anda menulis entry di blog


☀ Tidak semestinya PUBLISH entry setiap hari
Ya, anda tidak semestinya publish entry anda setiap hari. Anda luangkan masa sekurang-kurangnya 20 minit setiap hari menDRAF cerita anda, mungkin selepas dua hari atau tiga hari, cerita yang anda draf telah siap, maka anda bolehlah PUBLISH entry tersebut. 
Lakukan hal sebegini sebagai rutin, dalam seminggu anda mungkin mampu menyediakan 2 entry, nah ini lebih baik berbanding anda tiada entry langsung

Ada SIFU yang memberikan idea selain kekal konsisten menulis, entry boleh diPUBLISH pada hari-hari tertentu. Ini untuk membuatkan pembaca setia blog anda tahu pada hari apakah entry terbaru akan diPUBLISH

Contohnya: Publish entry 2x seminggu, setiap hari Isnin dan Khamis, atau 3x seminggu l, setiap hari Isnin, Khamis dan Sabtu. 
Terpulang kepada anda. Pilihan masing-masing. Tapi ini hanya sebahagian daripada apa yang mrs pip pernah baca di blog sifu sifu blogger agar membiasakan entry diPUBLISH pada sekian-sekian hari dan dijadikan kebiasaan untuk pembaca tahu pada hari tersebut ada entry terbaru untuk menjadi tatapan mereka


☀ Tulis entry singkat.
Anda ingin publish entry pada hari berkenaan tetapi draf belun siap? Tulis entry singkat beserta gambar yang menarik seperti quote of the day, nasihat-nasihat menarik, life hacks, simple tips, short info, simple recipe, dan sebagainya.

chilled chocolate cheese cake 
tulis resepi yang anda pernah buat pun ok juga, so ada sesiapa nak makan kek coklat cheese tanpa perlu dibakar di oven? hanya sejukkan sahaja di peti sejuk beberapa jam, dan anda sudah boleh memakan kek tersebut ...

nak resepi, hanya perlu klik resepi chilled chocolate cheese cake   😉
Tiada idea bagaimana untuk dapatkan idea menulis blog? Gunalah PINTEREST.

Kredit: Rockitmama.com

Anda pasti akan mendapat banyak idea menarik di Pinterest. Anda ada Pinterest? Jom kita exchange follow2follow di Pinterest

Follow akaun Pinterest mrs pip di www.pinterest.com/mrspip18
Di Pinterest, mrs pip suka pin informasi yang berkaitan dengan parenting dan diet 😉

Selain Pinterest, anda boleh mencari idea di Twitter atau Tumblr. Ramai yang retweet perkara menarik di Twitter, jadi kenapa tidak anda menulisnya di entry blog. Mudahkan


☀ Tulislah dengan gaya anda sendiri, jangan rasa tertekan. Blogging bukan untuk anda stress.
Anda melihat rakan-rakan blogger anda menulis dengan ayat-ayat yang panjang, skema, mengikut cara penulisan SEO, memasukkan keywords, dan sebagainya

Jangan rasa tertekan. Biarkan saja mereka menulis cara mereka, dan anda menulis cara anda. Tiada salahnya menulis tanpa SEO, tanpa keywords kerana pada waktu ini, anda hanya ingin menulis sesuatu yang singkat, anda hanya ada masa 20 minit untuk menulis entry. 
Apabila anda sudah terbiasa menulis selalu, lambat laun anda pasti akan menulis sesuatu yang panjang, dan pada waktu itu, ambil sedikit masa untuk faham tentang SEO, keywords, SERP, dan lain lain lagi

Anda suka menulis, jadi jangan stress sama sekali. Tulislah hal-hal yang menggembirakan anda. Apabila anda ada masa yang banyak di lain waktu, anda boleh pada bila-bila masa mengEDIT entry anda , menambah baik cerita anda, memasukkan keywords, menulis menggunakan rule of SEO, dan meREPUBLISH entry tersebut.

tips menaikkan pageviews blog
sedikit selingan : mrs pip ada menulis entry tips menaikkan pageviews blog , jemputlah baca, semoga bermanfaat untuk semua.

Slowly but surely kalau anda berusaha untuk menulis entry blog, pasti blog anda akan meriah dengan cerita-cerita menarik. Pokok pangkalnya, jangan malas, jangan bagi alasan tiada masa padahal anda boleh saja memberikan 20 minit sehari untuk menulis / mendraf entry blog anda. 
Jadi bagimana pendapat anda mengenai tips 20 minit menulis blog setiap hari ini? Anda bersedia menyahut cabaran untuk menulis sesuatu setiap hari selama 20 minit? 
Ingat,

📝 tak perlu publish entry setiap hari, hanya perlu drafkan dulu cerita anda. Apabila cerita dah siap, baru publish

📝tak perlu tulis panjang panjang pada peringkat awal. Cerita pendek, padat dan menarik sudah memadai, disertakan gambar yang berkaitan dengan entry tersebut

📝 usahalah menulis / mendraf cerita setiap hari, sekurang-kurangnya 20 minit setiap hari, lama-lama anda terbiasa dan anda insya allah akan konsisten menulis. 
📝 menulislah dengan hati yang gembira, setiap kita pasti ada cerita yang ingin kita kongsikan. Kongsilah cerita yang menarik dan bermanfaat. 
Siapa tahu, mungkin anda akan jadi the next top blogger kan. 
(mrs pip angan angan nak jadi macam Problogger ataupun Neil Patel. Walaupun seperti jauh langit dari bumi, tidak salah untuk berangan sambil menggali ilmu blogging)
Till then, xoxo

Happy Blogging

Cheers


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mrspip.com/2019/10/tips-pantas-menulis-blog-setiap-hari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baca Al Quran Setiap Hari Juara Qariah Selamat Bergraduasi

Baca Al Quran Setiap Hari Juara Qariah Selamat Bergraduasi

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 305 hits
Juara qariah Tilawah Al Quran peringkat antarabangsa 2019 Nor Farhatul Fairuzah Panut berjaya menamatkan pelajaran tingkatan enam di Sekolah Menengah Agama Perempuan Labu Negeri Sembilan Berita gembira tersebut dikongsi oleh remaja berusia ...
Jangan Bermain Telefon Dalam Jangka Masa Lama Lelaki Ini Lumpuh Selepas Baring Main Telefon 3 Jam Setiap Hari

Jangan Bermain Telefon Dalam Jangka Masa Lama Lelaki Ini Lumpuh Selepas Baring Main Telefon 3 Jam Setiap Hari

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 279 hits
Dunia hari ini semua orang boleh dikatakan bergantung kepada gadget semata mata seperti telefon dan internet untuk membuat berbagai aktiviti dan rutin harian mereka Dengan perkembangan teknologi terkini dan seiring dengan kemajuan semasa ma...
Gelak Setiap Hari Dapat Hindari Masalah Serangan Jantung Cuba Gelak Setiap Hari

Gelak Setiap Hari Dapat Hindari Masalah Serangan Jantung Cuba Gelak Setiap Hari

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 332 hits
Pernah dengar ayat ni Laughter is the Best Medicine Saya mula jumpa ayat ni masa kecik kecik dulu dalam majalah atau buku kecil yang sangat terkenal dulu Reader s Digest Ada seorang jiran yang ada banyak koleksi buku Reader s Digest ni kat ...
Amalkan Doa Sebelum Tidur Ini Setiap Hari Agar Diturunkan Rezeki Dari Langit Laut Dan Bumi

Amalkan Doa Sebelum Tidur Ini Setiap Hari Agar Diturunkan Rezeki Dari Langit Laut Dan Bumi

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 1031 hits
Amalan amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian Nya Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan Allah memberi jalan buat setiap hamba Nya untuk memperolehi rezeki dalam pel...
5 Tips Cara Jadi Blogger Untuk Buat Duit Dengan Blog

5 Tips Cara Jadi Blogger Untuk Buat Duit Dengan Blog

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 337 hits
Buat Duit Dengan BLOG Tulis blog dapat duit ke Jawapannya adalah YA Memang betul tulis blog boleh dapat duit Sejujurnya dulu daku tak tahu bagaimana nak buat duit dengan blog ni Terfikir juga kenapa ramai cakap boleh buat duit dengan blogge...
Komplotan Pencuri Asal Lampung Beraksi Di Bogor Setiap Hari Targetkan 5 Motor

Komplotan Pencuri Asal Lampung Beraksi Di Bogor Setiap Hari Targetkan 5 Motor

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 172 hits
Komplotan pelaku pencurian sepeda motor asal Lampung dibekuk jajaran Sat Reskrim Polres Bogor Beraksi sejak 2012 komplotan yang beranggotakan tiga orang ini menargetkan mencuri lima sepeda motor setiap hari
Sham Visa Terima 1 000 Mesej Setiap Hari Dari Isteri Orang

Sham Visa Terima 1 000 Mesej Setiap Hari Dari Isteri Orang

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 429 hits
Hampir 15 tahun menyepikan diri namun populariti Sham Visa melonjak naik sebaik sahaja menyertai program realiti Gegar Vaganza 2019 Usia mencecah 47 The post appeared first on
Setiap Hari Cakap Ibu Sakit Leher Anak Makin Bengkak Makan Nafas Susah

Setiap Hari Cakap Ibu Sakit Leher Anak Makin Bengkak Makan Nafas Susah

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 710 hits
Seorang kanak kanak perempuan Nur Falisya Mardina Fahme Ridzuan hidup dalam penderitaan setelah menghidap penyakit cystic hygroma iaitu gejala abnormal yang terjadi pada leher atau kepala bayi Ibunya Nur Atekah Mohd Yusof berkata bahagian l...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025