Rm920 Juta Kepada Konsesi Lebuhraya Rm900 Juta Kepada Pengusaha Stesen Minyak Untuk Rakyat



"Dasar Kerajaan yang enggan membenarkan syarikat pengedar bahan api untuk bersaing secara bebas dengan menetapkan harga minyak dan petrol di bawah harga runcit yang ditentukan kerajaan hanya akan merugikan rakyat." kata Tony Pua pada suatu masa dahulu.

“Rakyat Malaysia sangat kesal dengan keputusan kerajaan itu yang seolah-olah melindungi keuntungan syarikat minyak dan gas, dengan mengorbankan kepentingan rakyat biasa,” katanya dalam satu kenyataan pada masa silam.

Tony berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), yang memaklumkan bahawa harga runcit mingguan akan diumumkan pada setiap hari Rabu bermula 29 Mac 2017.

Itu dulu.

Tentu Tony tahu bahawa bermula hari ini, harga runcit petrol juga ditetapkan oleh kerajaan PH dan juga akan di umumkan setiap minggu.

Bukan itu sahaja. Tentu Tony juga mengambil tahu bahawa kerajaan telah menaikkan margin keuntungan stesen minyak semalam - satu langkah yang kerajaan BN masa saya tidak ambil.

Bukan setakat tahu tetapi Tony sendiri mungkin antara mereka yang menyumbang kepada keputusan tersebut..

Langkah itu jaga kepentingan syarikat minyak ataupun kepentingan rakyat?

Rakyat korban atau tidak?

Bukan main seronok DAP hari-hari hantam setiap keputusan kerajaan BN dahulu untuk menghasut rakyat dan menanam kebencian.

Kini, hampir semua yang mereka buat sama dengan kerajaan BN.

Kecuali hari pengumuman harga ditukar dari hari Rabu kepada hari Jumaat.

Mungkin hari Jumaat dipilih dan bukan Rabu kerana DAP prihatin rakyat?

Mungkin hari Jumaat dipilih kerana lebih senang untuk rakyat beratur pada tengah malam Jumaat memandangkan lebih ramai orang bercuti pada hari Sabtu?

[Kenyataan Tony Pua Ibarat Menjilat Ludah Sendiri... KLIK SINI]

Kerajaan PH Perlu Bayar RM900 Juta Kepada Pengusaha Stesen Minyak Sebagai Komisen Menggunakan Wang Rakyat...

Unjuran jumlah penggunaan petrol dan diesel oleh rakyat Malaysia bagi tahun 2019 ini ialah sebanyak 30 bilion liter

Bermula hari ini, kerajaan PH telah naikkan margin keuntungan pengusaha stesen minyak sebanyak 23% bagi RON95 iaitu dari 12.19 sen kepada 15 sen satu liter.

Margin keuntungan untuk diesel juga dinaikkan 43% iaitu dari 7 sen kepada 10 sen seliter.

Oleh itu, harga RON95 yang diumum sepatutnya RM1.90 satu liter. Tetapi kerana margin keuntungan telah ditambah semalam, harga menjadi RM1.93.

Ekoran kenaikan, rakyat Malaysia bakal menanggung kos tambahan sebanyak RM900 juta (30 bilion liter x 0.03 sen) setahun.

Kerajaan PH juga berjanji akan menetapkan harga siling untuk RON95 pada tahap RM2.20 satu liter dan berjanji akan memberi subsidi jika harga diapung melebihi harga siling ini.

Jika janji harga siling ini benar-benar ditepati (takut U-turn lagi atau manifesto bukan kitab), ini bermaksud PH akan memberi subsidi kepada stesen minyak apabila harga minyak melebihi RM2.20 satu liter.

Bergantung kepada harga minyak semasa, beban tambahan RM900 juta ini akan ditanggung, samada oleh rakyat melalui harga petrol lebih mahal atau oleh kerajaan dalam bentuk subsidi.

Di dalam ‘worst case scenario’ di mana harga minyak melebihi RM2.20 satu liter untuk seluruh tempoh satu tahun, keseluruhan RM900 juta ini akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan melalui subsidi.

Adakah kerajaan PH sedar mengenai kemungkinan ini?

Jumlah subsidi RM900 juta satu tahun untuk stesen minyak ini jauh lebih tinggi berbanding jumlah dibayar oleh kerajaan PH untuk bantuan musim tengkujuh pekebun kecil (RM165 juta), bantuan awal persekolahan (RM328 juta) dan bantuan kewangan khas FELDA (RM77 juta) yang diumumkan bulan lepas.

Adakah PH pernah mempertimbangkan cara lain untuk membantu pengusaha stesen minyak menanangi kos operasi seperti memberi pinjaman mudah untuk menambah hasil jualan dengan mempelbagaikan jenis barang dan perkhidmatan yang boleh dijual di stesen minyak mereka?

Ataupun dengan membantu pengusaha stesen minyak berunding dengan syarikat minyak supaya mereka tidak akan mengalami kerugian akibat dari perubahan harga minyak mingguan?

Mungkin kerajaan boleh membayar ganti-rugi kepada stesen-stesen minyak yang mengadu akan mengalami kerugian sehingga RM40 juta akibat penurunan harga petrol hari ini memandangkan kerajaan PH telah mengutip beratus juta Ringgit dalam cukai minyak tersembunyi bulan lepas?

Langkah kerajaan PH mengapungkan semula harga petrol RON95 setiap minggu bukan perkara baru dan pernah diperkenalkan oleh kerajaan BN sebelum ini.

Pada masa itu, kerajaan BN tidak menaikkan margin keuntungan untuk pengusaha stesen petrol.

Niat untuk membantu pengusaha stesen minyak memang wajar tetapi langkah ini juga membebankan pengguna dan rakyat yang lebih memerlukan kerana sudah tentu bantuan kepada golongan ini akan dikurangkan apabila kerajaan perlu memberi subsidi kepada pengusaha stesen minyak.

Adakah kerajaan PH akan meluluskan kenaikan margin keuntungan yang bebankan rakyat setiap kali ada golongan berkepentingan datang mengadu ataupun hanya untuk syarikat minyak sahaja?

Tentu ada cara penyelesaian yang lain.

Sumber  : FB Page Najib Razak

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sgtnews.blogspot.com/2019/01/rm920-juta-kepada-konsesi-lebuhraya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rm900 Juta Setahun Peruntukan Untuk Stesen Minyak Sekiranya

Rm900 Juta Setahun Peruntukan Untuk Stesen Minyak Sekiranya

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 214 hits
Unjuran jumlah penggunaan petrol dan diesel oleh rakyat Malaysia bagi tahun 2019 ini ialah sebanyak 30 bilion literBermula hari ini kerajaan PH menaikkan margin keuntungan pengusaha stesen minyak sebanyak 23 bagi RON95 iaitu dari 12 19 sen ...
Harga Turun Tapi Rakyat Bakal Tanggung Rm900 Juta Subsidi Minyak Najib

Harga Turun Tapi Rakyat Bakal Tanggung Rm900 Juta Subsidi Minyak Najib

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 264 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan mungkin terpaksa menanggung subsidi minyak RM900 juta jika harga minyak mentah melepasi had siling RM2 20 seliter kata bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Menurut Najib ia susulan tindakan kerajaan meningk...
Tun M Akan Bertemu Pengusaha Stesen Minyak Esok

Tun M Akan Bertemu Pengusaha Stesen Minyak Esok

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 293 hits
PUTRAJAYA Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengadakan pertemuan dengan pihak berkepentingan esok bagi membincangkan isu bekalan petrol dan diesel Perdana Menteri berkata beliau akan berbincang dengan persatuan dan pengusaha stesen minyak bagi m...
Harga Minyak Teruskan Berbincang Dengan Kami Kata Pengusaha Stesen

Harga Minyak Teruskan Berbincang Dengan Kami Kata Pengusaha Stesen

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 235 hits
PETALING JAYA Persatuan Pengusaha Stesen Minyak berharap kerajaan memastikan pintu rundingan terus terbuka dan sentiasa berunding dengannya berhubung mekanisme harga runcit Presiden Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata rundingan perlu ba...
Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Sambut Baik Pengumuman Kerajaan

Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Sambut Baik Pengumuman Kerajaan

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 247 hits
RASDAN AHMAD 04 Januari 2019 5 52 PM KUALA LUMPUR Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia menyambut baik pengumuman nbsp kerajaan terhadap penetapan harga
Relevan Ke Stesen Minyak Kena Papar Harga Petrol Negara Asean

Relevan Ke Stesen Minyak Kena Papar Harga Petrol Negara Asean

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 304 hits
Masa kerajaan BN buat perbandingan harga petrol di negara2 ASEAN ramai kecam sebab kata tak relevan banding dengan tempat lain Sekarang dah kena paksa paparkan di semua stesen minyak Khairy Jamaluddin Logik akal ker nak buat ni semua Semata...
Pekerja Stesen Minyak Terkejut Dengan Ancaman Bom

Pekerja Stesen Minyak Terkejut Dengan Ancaman Bom

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 221 hits
YATIMIN ABDULLAH 02 Januari 2019 10 40 PM PASIR MAS Beberapa orang pekerja sebuah stesen minyak di Jalan Masjid Lama di sini dikejutkan dengan ancaman bom oleh seor
Harga Stesen Minyak Pun Tak Settle Jangan Mimpi Dr Mahathir Boleh Bantu Melayu

Harga Stesen Minyak Pun Tak Settle Jangan Mimpi Dr Mahathir Boleh Bantu Melayu

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 395 hits
Isu Pengapungan Harga Minyak Dr Mahathir Terus Buat U Turn Dalam Masa Yang Sama Rakyat Terus MenderitaDS Najib Ini Belum U Turn Lagi Ini Lampu Isyarat Ini Bukan Lagi Senyap Senyap Tibai Penetapan harga runcit produk petroleum secara minggua...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Karakteristik Generasi Z Memahami Cara Mereka Mendapatkan Informasi

Pertama Kali Guna Servis Cuci Karpet

Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City