Rm900 Juta Setahun Peruntukan Untuk Stesen Minyak Sekiranya


Unjuran jumlah penggunaan petrol dan diesel oleh rakyat Malaysia bagi tahun 2019 ini ialah sebanyak 30 bilion liter

Bermula hari ini, kerajaan PH menaikkan margin keuntungan pengusaha stesen minyak sebanyak 23% bagi RON95 iaitu dari 12.19 sen kepada 15 sen satu liter.

Margin keuntungan untuk diesel juga dinaikkan 43% iaitu dari 7 sen kepada 10 sen seliter.

Oleh itu, harga RON95 yang diumum semalam sepatutnya RM1.90 satu liter. Tetapi kerana margin keuntungan telah ditambah semalam, harga menjadi RM1.93.

Ekoran kenaikan margin keuntungan ini yang ditokok ke atas harga runcit minyak, rakyat Malaysia bakal menanggung kos tambahan sebanyak RM900 juta (30 bilion liter x 0.03 sen) setahun.

Kerajaan PH juga berjanji akan menetapkan harga siling untuk RON95 pada tahap RM2.20 satu liter dan berjanji akan memberi subsidi jika harga minyak diapung melebihi harga siling ini.

Jika janji harga siling ini benar-benar ditepati (takut U-turn lagi atau manifesto bukan kitab), ini bermaksud kerajaan PH akan memberi subsidi kepada stesen minyak jika harga minyak melebihi RM2.20 satu liter selepas kenaikkan margin keuntungan mereka.

Bergantung kepada harga minyak semasa, beban tambahan RM900 juta ini akan ditanggung oleh rakyat melalui harga runcit petrol yang lebih mahal ataupun oleh kerajaan, dalam bentuk subsidi.

Di dalam ‘worst case scenario’ di mana harga minyak sebenar melebihi RM2.20 satu liter untuk seluruh tempoh satu tahun, keseluruhan RM900 juta ini akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan melalui subsidi.

Jumlah subsidi RM900 juta satu tahun untuk stesen-stesen minyak ini jauh lebih tinggi berbanding jumlah dibayar oleh kerajaan PH untuk bantuan musim tengkujuh pekebun kecil (RM165 juta), bantuan awal persekolahan (RM328 juta) dan bantuan kewangan khas kepada FELDA (RM77 juta) yang telah diumumkan bulan lepas.


Adakah kerajaan PH sedar mengenai kemungkinan ini?

Adakah kerajaan pernah mempertimbangkan cara lain untuk membantu pengusaha stesen minyak menanangi kos operasi seperti dengan memberi pinjaman mudah untuk menambah hasil jualan dengan mempelbagaikan jenis barang dan perkhidmatan yang boleh dijual di stesen minyak mereka?

Ataupun dengan membantu pengusaha-pengusaha stesen minyak berunding dengan syarikat minyak supaya mereka tidak akan mengalami kerugian yang besar akibat dari perubahan harga minyak mingguan?

Mungkin kerajaan PH boleh membayar ganti-rugi kepada stesen-stesen minyak yang mengadu akan mengalami kerugian antara RM30 juta sehingga RM40 juta akibat penurunan harga petrol hari ini memandangkan kerajaan PH telah mengutip begitu beratus juta Ringgit sebagai cukai minyak tersembunyi bulan lepas?

Langkah kerajaan BN mengapungkan semula harga petrol RON95 setiap minggu bukan perkara baru dan pernah diperkenalkan oleh kerajaan BN sebelum ini.

Pada masa itu, kerajaan BN tidak menaikkan margin keuntungan untuk pengusaha stesen petrol.

Niat untuk membantu pengusaha stesen minyak memang wajar tetapi langkah ini juga membebankan pengguna dan rakyat yang lebih memerlukan kerana sudah tentu bantuan kepada golongan ini akan dikurangkan apabila kerajaan memberi subsidi kepada pengusaha-pengusaha stesen minyak.

Adakah kerajaan PH akan membenarkan kenaikan margin keuntungan yang membebankan rakyat setiap kali ada golongan berkepentingan datang mengadu kepada kerajaan ataupun hanya untuk syarikat minyak?

Tentu ada cara penyelesaian yang lain.

Najib Razak

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2019/01/rm900-juta-setahun-peruntukan-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rm920 Juta Kepada Konsesi Lebuhraya Rm900 Juta Kepada Pengusaha Stesen Minyak Untuk Rakyat

Rm920 Juta Kepada Konsesi Lebuhraya Rm900 Juta Kepada Pengusaha Stesen Minyak Untuk Rakyat

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 335 hits
Dasar Kerajaan yang enggan membenarkan syarikat pengedar bahan api untuk bersaing secara bebas dengan menetapkan harga minyak dan petrol di bawah harga runcit yang ditentukan kerajaan hanya akan merugikan rakyat kata Tony Pua pada suatu mas...
Harga Turun Tapi Rakyat Bakal Tanggung Rm900 Juta Subsidi Minyak Najib

Harga Turun Tapi Rakyat Bakal Tanggung Rm900 Juta Subsidi Minyak Najib

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 264 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan mungkin terpaksa menanggung subsidi minyak RM900 juta jika harga minyak mentah melepasi had siling RM2 20 seliter kata bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Menurut Najib ia susulan tindakan kerajaan meningk...
Harga Minyak Teruskan Berbincang Dengan Kami Kata Pengusaha Stesen

Harga Minyak Teruskan Berbincang Dengan Kami Kata Pengusaha Stesen

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 235 hits
PETALING JAYA Persatuan Pengusaha Stesen Minyak berharap kerajaan memastikan pintu rundingan terus terbuka dan sentiasa berunding dengannya berhubung mekanisme harga runcit Presiden Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata rundingan perlu ba...
Pekerja Stesen Minyak Terkejut Dengan Ancaman Bom

Pekerja Stesen Minyak Terkejut Dengan Ancaman Bom

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 221 hits
YATIMIN ABDULLAH 02 Januari 2019 10 40 PM PASIR MAS Beberapa orang pekerja sebuah stesen minyak di Jalan Masjid Lama di sini dikejutkan dengan ancaman bom oleh seor
Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Sambut Baik Pengumuman Kerajaan

Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Sambut Baik Pengumuman Kerajaan

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 247 hits
RASDAN AHMAD 04 Januari 2019 5 52 PM KUALA LUMPUR Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia menyambut baik pengumuman nbsp kerajaan terhadap penetapan harga
Harga Stesen Minyak Pun Tak Settle Jangan Mimpi Dr Mahathir Boleh Bantu Melayu

Harga Stesen Minyak Pun Tak Settle Jangan Mimpi Dr Mahathir Boleh Bantu Melayu

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 395 hits
Isu Pengapungan Harga Minyak Dr Mahathir Terus Buat U Turn Dalam Masa Yang Sama Rakyat Terus MenderitaDS Najib Ini Belum U Turn Lagi Ini Lampu Isyarat Ini Bukan Lagi Senyap Senyap Tibai Penetapan harga runcit produk petroleum secara minggua...
Tun M Akan Bertemu Pengusaha Stesen Minyak Esok

Tun M Akan Bertemu Pengusaha Stesen Minyak Esok

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 293 hits
PUTRAJAYA Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengadakan pertemuan dengan pihak berkepentingan esok bagi membincangkan isu bekalan petrol dan diesel Perdana Menteri berkata beliau akan berbincang dengan persatuan dan pengusaha stesen minyak bagi m...
30 Kenderaan Tersadai Enjin Mati Selepas Isi Minyak Di Stesen Petronas Solaris Besraya

30 Kenderaan Tersadai Enjin Mati Selepas Isi Minyak Di Stesen Petronas Solaris Besraya

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 1057 hits
30 kenderaan tersadai enjin mati selepas isi minyak di stesen Petronas Solaris BesrayaKira kira 30 buah kenderaan dilaporakan tersadai berhampiran Kilometer 7 lebuhraya Sungai Besi Serdang sejak jam 7 pagi tadi lapor Harian Metro Difahamkan...
Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Effective Market Research On A Budget

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Pengalaman Menginap Di Grand Court Hotel Teluk Intan Dekat Dengan Menara Condong Teluk Intan



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Buasir Otak Tv Buang 4 Huruf Belakang Jadi Jenama Telefon Be Like

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Menangkan Jackpot Di Game Jekpot88 Di Berbagai Permainan

Tukar Lesen Memandu Malaysia Ke Lesen Nsw Australia