Rm730 000 Subsidi Padi Dibayar Kepada Pesawah Meninggal Dunia



KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan menjalankan prosiding siasatan terhadap tiga isu dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 Siri 2, yang membabitkan kerugian puluhan juta ringgit.
Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkata prosiding yang akan dijalankan membabitkan isu terimaan dan bayaran obligasi sosial perjanjian konsesi pengurusan industri padi dan beras negara, pengurusan wabak COVID-19 dan isu penyata kewangan beraudit FELCRA Berhad.
Sehubungan itu, katanya, PAC akan memanggil ketua setiausaha (KSU) daripada empat kementerian serta pimpinan tertinggi di beberapa agensi lain dalam prosiding antara 14 hingga 27 Jun ini.
"PAC akan memanggil KSU Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada 14 Jun bagi mendapatkan penjelasan berkaitan kelemahan dalam terimaan dana berbentuk kewangan dan aset serta bayaran Skim Subsidi Harga Padi.
"Ini membabitkan kerugian wang awam RM37 juta disebabkan dana obligasi 2021 belum diterima serta pembayaran tidak teratur berjumlah RM730,000 bagi bayaran Skim Subsidi Harga Padi kepada pesawah meninggal dunia.
"Selain itu, ia turut membabitkan pembekal jentera tidak menepati jadual yang menyebabkan kerugian RM 3.12 juta dan pembaziran RM870,000 bagi jentera belum digunakan dan rosak," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.
Mas Ermieyati berkata, PAC juga akan memanggil KSU Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi pada 15 Jun depan bagi memberi penjelasan mengenai isu pengurusan wabak COVID-19 yang dibangkitkan dalam LKAN.
Ia antara lain membabitkan isu 1.1 juta dos vaksin luput tempoh jangka hayat setakat 30 April tahun lalu, 93 daripada 136 unit ventilator tidak dapat digunakan dan nisbah penggunaan kelengkapan perlindungan diri (PPE) yang rendah.
"PAC juga akan memanggil KSU Perbendaharaan, KSU Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad pada 27 Jun bagi menjawab isu kedudukan kewangan FELCRA Berhad yang tidak dapat dirumuskan susulan penyata kewangan beraudit 2019, 2020 dan 2021 belum dimuktamadkan.
"Selain itu, PAC juga akan mendapatkan taklimat berkenaan Program Jana Wibawa daripada Kementerian Kewangan," katanya.
Mas Ermieyati berkata, PAC mengambil maklum semua isu dibangkitkan Ahli Parlimen yang membahaskan usul LKAN di Dewan Rakyat, kelmarin.
Mengulas mengenai prosiding PAC secara terbuka, beliau berharap inisiatif baharu itu dapat mula dilaksanakan seawal tahun depan bagi memastikan semua prosiding dijalankan secara telus, berakauntabiliti dan berkredibiliti.
"Saya dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Parlimen Ke-15 juga berkongsi harapan sama dan membangkitkan perkara ini dalam pertemuan dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
"Saya percaya pihak pentadbiran Parlimen sudah bersiap sedia dan mempunyai kemampuan daripada segi sumber manusia dan peralatan teknologi maklumat untuk menjalankan prosiding secara terbuka," katanya.
Dalam perkembangan berasingan, Mas Ermieyati memaklumkan, PAC akan melakukan lawatan kerja ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pada Sabtu ini bagi melihat kemajuan pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Dalam lawatan itu, katanya, PAC juga akan memulakan prosiding perkembangan kemajuan pembinaan kapal perinda generasi kedua LCS milik TLDM.
"PAC juga akan membentangkan Laporan Kemajuan LCS setiap tiga bulan di Dewan Rakyat. Bagi laporan kali ini, ia akan menyentuh kemajuan pembinaan yang dicapai antara Oktober 2022 hingga Mei 2023," katanya - BH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/06/rm730000-subsidi-harga-padi-dibayar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Innalillah Ibu Pelajar Cemerlang 11a Spm Meninggal Dunia

Innalillah Ibu Pelajar Cemerlang 11a Spm Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 11/6/2023 - jumlah : 291 hits
Ibu kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia yang memperoleh 11A Muhammad Syahril Saidi 18 meninggal dunia kira kira jam 8 malam tadi Allahyarhamah Tuan Faridah Tuan Ismail 53 meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar kira kira j...
Usahawan Kosmetik Terkenal Sifu Lentik Meninggal Dunia

Usahawan Kosmetik Terkenal Sifu Lentik Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 1480 hits
Usahawan kosmetik terkenal Muhd Irfan Abdullah dilapor telah meninggal dunia pada petang tadi dipercayai akibat menghidap penyakit kanser Mohd Irfan Abdullah 31 atau lebih dikenali sebagai Sifu Kunyit Sifu Lentik Kosmetik Hq telah meninggal...
Meninggal Dunia Selepas Ditendang Di Kepala

Meninggal Dunia Selepas Ditendang Di Kepala

papar berkaitan - pada 7/6/2023 - jumlah : 232 hits
Bharianonline Rakaman video dalam talian menunjukkan detik lawan menendang di kepalanya sebelum dia tumbang dan tidak sedarkan diri Foto AgensiLONDON Seorang prospek MMA berusia 16 tahun meninggal dunia dengan tragis apabila ditendang di ke...
Pensyarah Fakulti Perhutanan Meninggal Dunia Rebah Ketika Solat Subuh

Pensyarah Fakulti Perhutanan Meninggal Dunia Rebah Ketika Solat Subuh

papar berkaitan - pada 6/6/2023 - jumlah : 205 hits
Pensyarah fakulti perhutanan meninggal dunia rebah ketika solat subuh SEORANG pensyarah Fakulti Perhutanan Universiti Hasanuddin Makassar Beliau dilaporkan meninggal dunia ketika sedang menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid Daru...
Yus Jambu Meninggal Dunia

Yus Jambu Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 30/5/2023 - jumlah : 189 hits
Yus Jambu Meninggal Dunia Yus Jambu Meninggal Dunia Takziah admin ucapkan kepada seluruh keluarga Yus Jambu Mari kita sama sama sedekahkan Al Fatihah kepada arwah Yus Jambu Yus Jambu meninggal dunia malam tadi akibat sesak nafas Mari sama s...
Bekas Pembantu Dedah Di Mana Jho Low Meninggal Dunia Menurut Laporan

Bekas Pembantu Dedah Di Mana Jho Low Meninggal Dunia Menurut Laporan

papar berkaitan - pada 31/5/2023 - jumlah : 189 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Bekas pembantu Low Taek Jho atau terkenal sebagai Jho Low yang memaklumkan keberadaan ahli perniagaan dalam buruan itu kepada pihak berkuasa Malaysia meninggal dunia Malay Mail dalam laporannya memetik sumber Suru...
Panas Suspek Disiasat Sprm Meninggal Dunia Di Putrajaya

Panas Suspek Disiasat Sprm Meninggal Dunia Di Putrajaya

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 227 hits
Hariz Mohd Wang PingSeorang lagi suspek yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia meninggal dunia hari ini Difahamkan kejadian itu berlaku di ibu pejabat agensi penguat kuasa terbabit di Putrajaya Suspek itu merupakan seorang lel...
Kemalangan Tak Dijangka Pelakon Snowdrop Park Suryeon Meninggal Dunia

Kemalangan Tak Dijangka Pelakon Snowdrop Park Suryeon Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 12/6/2023 - jumlah : 351 hits
Dunia hiburan Korea disapa dengan satu berita menyentuh hati apabila salah seorang anak seni yang mempunyai impian besar telah meninggal dunia kini ARTIKEL BERKAITAN Pelakon Park Su ryun yang aktif dalam muzikal dan teater meninggal dunia p...
Tercekik Kabut Asap Polusi New York Terburuk Di Dunia Warganya Kembali Pakai Masker

Tercekik Kabut Asap Polusi New York Terburuk Di Dunia Warganya Kembali Pakai Masker

papar berkaitan - pada 9/6/2023 - jumlah : 241 hits
Asap pekat dan langit memerah Itulah gambaran yang terjadi di New York beberapa hari terakhir Kota di pantai timur Amerika Serikat ini terdampak asap kebakaran hutan di Kanada Polusi New York jadi yang paling buruk di dunia Lebih parah dari...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

Navigate The World Of Online Business

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Melembutkan Daging Dengan Cepat

Mak Sentiasa Dalam Hati Adib Pemergian Pelajar Upsi Undang Tangisan Seluruh Negara

Resepi Udang Nestum

Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Hukum Mengunduh Dan Mengambil Manfaat Dari Buku Elektronik Padahal Tertulis Hak Cipta Dilindungi

Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian