Rm6 Juta Itu Diminta Dikembalikan Sanusi



KUALA NERANG: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa wang RM6 juta yang dikaitkan dalam isu rasuah Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) adalah sumbangan sebuah syarikat.
Menteri Besar Kedah itu berkata, syarikat terbabit mempunyai konsesi projek loji rawatan air di negeri ini dan berharap konsesi itu akan disambung.
Beliau yang juga Presiden KFA berkata bagaimanapun, kerajaan negeri tidak menyambung konsesi syarikat itu dan wang sumbangan RM6 juta terbabit kemudian meminta wang sumbangan RM6 juta terbabit dipulangkan semula.
"Plot itu saya tahu membabitkan syarikat besar yang lobi untuk dapat sambungan konsesi rawatan air, syarikat itu derma kerana nak suruh kita sambung.
"Saya kata konsesi ini kita tak sambung, kita nak buat sendiri. Dermalah RM80 bilion pun tak sambung, lepas itu dia minta balik duit (sumbangan)," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Daerah Padang Terap di Dewan Tunku Putra.
Beliau ditanya mengenai dakwaan plot yang berlaku dalam pelbagai isu termasuk penahanan reman Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KFA membabitkan isu rasuah RM6 juta.
Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, sumbangan syarikat itu dibuat ketika pasukan bola sepak Kedah masih di bawah pengurusan KFA.
Tegasnya, beliau akan mendedahkan lebih banyak plot secara bersiri selepas ini sekiranya pihak yang berkepentingan mahu terus 'berperang' dengannya.
"Depa (mereka) nak bagi Kedah nampak buruk dengan rasuah, saya tak sambung konsesi mana boleh kata rasuah.
"Semua persatuan bola sepak di negara ini ada terima hasil sumbangan, derma. Mana ada untuk keuntungan urus pasukan bola," katanya.
Pada masa sama, Muhammad Sanusi mengingatkan agensi penguatkuasaan tidak menjadi 'barua' (suruhan) kepada pihak yang memiliki kepentingan politik tertentu.
Sanusi berkata, beliau tidak dapat menerima tindakan yang dilakukan terhadap empat individu yang ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin, kerana ia didakwa menzalimi orang miskin.
Kelmarin, media melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman empat individu termasuk CEO KFA yang mana masing-masing berusia antara 40 hingga 60 tahun bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah bernilai RM6 juta.
Wang rasuah berkenaan dipercayai sebagai balasan bagi membantu seorang pemilik syarikat mendapatkan tender projek pembinaan litar lumba dan projek mengurus, mengoperasi serta menyelenggara lima loji rawatan air di Kedah - BH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2024/01/rm6-juta-itu-diminta-dikembalikan-sanusi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Cakap Banyak Pi Cerita Kat Sprm Mb Sanusi Skandal Rm6 Juta

Jangan Cakap Banyak Pi Cerita Kat Sprm Mb Sanusi Skandal Rm6 Juta

papar berkaitan - pada 10/1/2024 - jumlah : 272 hits
Cerita rasuah RM6 juta melibat persatuan bolasepak kedah KFA kini menjadi Semakin PANAS menarik Seperti yang dilaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia semalam mereka akan memanggil Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor bagi mendapatk...
Sanusi Menghadap Sprm Berkait Isu Rasuah Rm6 Juta

Sanusi Menghadap Sprm Berkait Isu Rasuah Rm6 Juta

papar berkaitan - pada 11/1/2024 - jumlah : 406 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Menteri Besar Sanusi Nor hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Putrajaya untuk memberi penjelasan lanjut berhubung isu rasuah lebih RM6 juta membabitkan Persatuan Bola Sepak Kedah Sanusi yang...
Rasuah Rm6 Juta Sanusi Pula Ke Pejabat Sprm

Rasuah Rm6 Juta Sanusi Pula Ke Pejabat Sprm

papar berkaitan - pada 11/1/2024 - jumlah : 330 hits
PUTRAJAYA Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di sini sekali lagi menjadi tumpuan hari ini apabila Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hadir untuk diambil keterangan berhubung dakwaan rasuah berkait persatua...
Sprm Turun Siasat Penggunaan Rm 3 Juta Itu

Sprm Turun Siasat Penggunaan Rm 3 Juta Itu

papar berkaitan - pada 14/1/2024 - jumlah : 236 hits
Learry Jabul Rasanya untuk mengelak masyarakat membuat spekulasi liar terhadap isu ini maka SPRM harus la terlibat dalam melakukn siasatan terhadap penggunaan Dana RM3 juta tersebut
Mcdonald S Malaysia Tuntut Rm6 Juta Dari Penyokong Kempen Boikot

Mcdonald S Malaysia Tuntut Rm6 Juta Dari Penyokong Kempen Boikot

papar berkaitan - pada 30/12/2023 - jumlah : 428 hits
Malaysiakini nbsp Sebuah kumpulan yang menyokong pemboikotan terhadap jenama antarabangsa utama sebagai tindak balas kepada pencerobohan Israel ke atas Gaza berdepan tuntutan RM6 juta atas kerugian yang dialami oleh rangkaian makanan segera...
Knkt Diminta Segera Investigasi Tabrakan Ka Turangga Vs Ka Lokal Di Cicalengka

Knkt Diminta Segera Investigasi Tabrakan Ka Turangga Vs Ka Lokal Di Cicalengka

papar berkaitan - pada 5/1/2024 - jumlah : 215 hits
Saat ini petugas gabungan masih melakukan evakuasi satu jenazah lainnya yakni Petugas PAM yang terhimpit di gerbong kereta
Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini

Rayhana Oo Rayhana

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

Hidup Yang Serabut Pentingnya Mengingati Tujuan Asal

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya

Totalenergies Raih Kontrak 21 Tahun Bekalkan Tenaga Untuk Pusat Data Google Dari Projek Solar Di Kedah

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Pelajar Dakwa Nampak Kelibat Dipercayai Pocong Di Koridor Kolej