Rm6 Billion Hangus Kapal Perang Tak Siap Siap Sprm Tahan Dua Ceo




Kapal LCS TLDM yang tak siap-siap

Projek bernilai RM9.128 bilion itu dianugerahkan kepada BNS oleh kerajaan melalui Kementerian Pertahanan dengan RM6 bilion sudah dibayar bagi tujuan pembinaan keenam-enam kapal tersebut secara serentak.
Untuk rekod, enam LCS kelas Frigat akan dilengkapi peralatan dan sistem untuk peperangan empat dimensi antaranya sistem Surface to Air Missile (SAM), Surface to Surface Missile (SSM), Medium Caliber Gun (MCG), Small Caliber Gun (SCG), Towed Array Sonar (TAS), Torpedo dan juga Decoy Launching System (DLS) yang canggih.
Selain itu, LCS yang diperolehi ini mempunyai reka bentuk stealth yang moden dan bakal memenuhi keupayaan pertahanan abad ke-21. Perolehan ini akan turut mengukuhkan TLDM sebagai sebuah angkatan laut yang kredibel di rantau Asia Tenggara dan antarabangsa.
Bagaimanapun, hingga kini tiada satu pun LCS yang disiapkan dan diserah kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), walaupun perjanjian kontrak pada Januari 2014 menggariskan bahawa LCS 1 sepatutnya diserahkan kepada kerajaan pada April 2019.
Laporan berkaitan..
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat yang terbabit dalam kontrak perolehan enam buah kapal Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS).
Mereka yang berusia 79 dan 49 tahun ditahan selepas hadir bagi membantu siasatan di Ibu Pejabat SPRM, lewat petang semalam.
Jurucakap SPRM, berkata kedua-dua mereka ditahan kerana disyaki melakukan penyelewengan dan menerima rasuah menerusi pembayaran yang dibuat kepada tiga syarikat di luar negara.
"Seorang daripada mereka juga disyaki menerima rasuah daripada sub-kontraktor yang dilantik bagi mengendalikan projek itu," katanya.
Difahamkan dengan penahanan itu SPRM menemui petunjuk baharu untuk terus melakukan siasatan terhadap kontrak perolehan enam kapal Littoral Combat Ship (LCS) yang dilaksanakan oleh Bousted Naval Shipyard.
Siasatan tertumpu kepada kesalahan di bawah seksyen 16 Akta SPRM 2009 dan seksyen 409 Kanun Kesiksaan.
Sementara itu Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi BH mengesahkan penahanan baharu itu.
"Berdasarkan petunjuk baru, SPRM menahan dua orang," katanya ringkas.
Presiden Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (PVTLDM), Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid, pada 21 November tahun lalu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung projek pembinaan enam kapal LCS yang gagal diserahkan mengikut jadual.
Projek itu bernilai RM9.128 bilion dianugerahkan kepada BNS oleh kerajaan melalui Kementerian Pertahanan dan sejumlah RM6 bilion sudah dibayar bagi tujuan pembinaan keenam-enam kapal berkenaan secara serentak.
Bagaimanapun, hingga kini tiada satu pun LCS yang disiapkan dan diserah kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), walaupun perjanjian kontrak pada Januari 2014 menggariskan bahawa LCS 1 sepatutnya diserahkan kepada kerajaan pada April 2019.
Pada penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pertahanan di Dewan Rakyat pada 2020, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang ketika itu Menteri Pertahanan, berkata kerajaan setakat ini menolak pilihan penyelesaian pertama bagi merungkai isu berkaitan pembinaan (LCS) iaitu melantik Naval Group France sebagai kontraktor penyelamat untuk menyiapkan sekurang-kurangnya dua unit LCS.
"Dalam keputusan Kabinet, kita sebulat suara berpendapat bahawa pilihan pertama tak perlu digunakan, justeru tinggal dua pilihan saja sekarang.
"Ia sama ada projek ini diserahkan kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) untuk teruskan projek pembinaan LCS dengan suntikan tambahan RM3 bilion.
"Pilihan ketiga, ialah dengan menamatkan kontrak, kita lantik syarikat lain sebagai syarikat penyelamat. Mungkin kita boleh beri BNS peluang, tetapi mereka perlu bentangkan dari segi perancangan untuk meneruskan projek," katanya lapor Berita Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/01/rm6-billion-hangus-kapal-perang-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sprm Tahan Broker Kes Kontrak Perolehan Kapal Tempur Pesisir Pantai Bernilai Rm24 Juta

Sprm Tahan Broker Kes Kontrak Perolehan Kapal Tempur Pesisir Pantai Bernilai Rm24 Juta

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 160 hits
MALAYSIA NOW Suspek dipercayai mengemukakan dokumen palsu berhubung kontrak tersebut Suspek direman selepas SPRM mendapat perintah Mahkamah Majistret Putrajaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan seorang broker bagi membantu sias...
Rapat Dengan Dpr Prabowo Bahas Penjualan Kapal Perang

Rapat Dengan Dpr Prabowo Bahas Penjualan Kapal Perang

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 123 hits
Untuk itu rapat kerja digelar Komisi I untuk membahas persetujuan penjualan dua kapal perang tersebut
Guna Kaedah Kiub Simpan Santan Segar Lagi Tahan Lama Nak Guna Masuk Seketul Dua

Guna Kaedah Kiub Simpan Santan Segar Lagi Tahan Lama Nak Guna Masuk Seketul Dua

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 125 hits
Sama macam kita jika kena dengan gayanya menu bersantan paling digemari anak anak Asal sahaja menu ada kuah lemak anak makan bertambah tambah Pun begitu bila stok santan habis di rumah mulalah jadi cemas Idea menyimpan santan seperti yang d...
Dana Mitra Diseleweng Sprm Tahan 22 Suspek

Dana Mitra Diseleweng Sprm Tahan 22 Suspek

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 114 hits
SHAH ALAM Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan seramai 22 individu berhubung kes penyelewengan geran dana program pembangunan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia di bawah Kementerian Perpaduan Negara Menurut sumber SPRM ke...
Ismail Pm Dua Kali Gagal Jika Tidak Tangani Integriti Sprm Dengan Serius

Ismail Pm Dua Kali Gagal Jika Tidak Tangani Integriti Sprm Dengan Serius

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 184 hits
Oleh MALAYSIA DATELINE January 12 2022Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu mempertimbangkan secara serius untuk meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dibawah parlimen dan memberikan laluan kepada Jawatankuasa Kha...
Sprm Tahan 25 Individu Kes Dokumen Palsu Tender Pembersihan Rm60 Juta

Sprm Tahan 25 Individu Kes Dokumen Palsu Tender Pembersihan Rm60 Juta

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 188 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan seramai 25 individu bagi membantu siasatan kes mengemukakan penyata akaun palsu beberapa syarikat kepada sebuah syarikat pembersihan bagi memasuki tender bernilai lebih RM60 juta pada 2018 dan ...
Dua Askar Israel Maut Ditembak Pasukan Sendiri

Dua Askar Israel Maut Ditembak Pasukan Sendiri

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 265 hits
Dua askar Israel maut ditembak pasukan sendiri BAITULMUQADDIS Dua pegawai tentera Israel terbunuh selepas terlibat dalam satu insiden tembakan ketika mereka melakukan rondaan pada waktu malam lapor agensi berita United Press International s...
Selepas Dua Dekad Jenama Nakada Ikat Aznil Nawawi Jadi Duta

Selepas Dua Dekad Jenama Nakada Ikat Aznil Nawawi Jadi Duta

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 177 hits
Beroperasi sejak lebih dua dekad syarikat Nakada Group sebenarnya dimiliki dan diusahakan dua adik beradik dari Malaysia Datuk Yap Kok Heng dan Datuk Kok Siang Biarpun kedengaran seperti nama dari Jepun hakikatnya jenama itu diangkat dari s...
Nicol David Wanita Asia Pertama Digelar Ratu Skuasy Dunia

E Jamin Judiciary Bar Agree On Proposal To Reinstate Similar E Bail System

Video Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Maut Ditembak

Adakah Batuk Membatalkan Solat Ust Azhar Idrus

Buasir Otak Tv Hadiah Hari Guru Ikut Kerja Bapa Be Like

Kelebihan Berpuasa Hari Putih

Ppim Sedia Bantu Cari Penyelesaian Harian Metro 17 05 2024

More Than 20 Ji Members In Johor Igp



Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan


Asean Night Bazaar Hatyai Thailand

10 Tips Untuk Meningkatkan Rekaan Kad Perniagaan Anda

Xiaomi Pad 6s Pro 12 4 Idea Besar Pada Skrin Yang Lebih Besar

Honor Menawarkan Program Beta Android 15 Kepada Pembangun Untuk Honor Magic6 Pro Dan Honor Magic V2

Lebih Gempar Dua Ditahan Cuba Masuk Istana Negara Bawa Parang Dalam Kereta

Apa Aku Buat Sekarang Ni