Rm5 2 Juta Dadah Dirampas Empat Sekeluarga Antara Ditahan


GEORGE TOWN, 4 MC: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang didalangi empat sekeluarga selepas menahan 11 individu dan merampas pelbagai jenis dadah seberat 217 kilogram (kg) bernilai RM5.2 juta dalam serbuan serentak di empat negeri pada Ahad.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Ramli Din berkata pihaknya menjalankan Ops Falcon bermula pukul 12.30 tengah hari dan menyerbu lapan lokasi di sekitar Kedah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Selangor sebelum menahan pasangan suami isteri, anak lelaki mereka dan adik lelaki kepada lelaki itu serta seorang lelaki warga Thailand berusia 21 hingga 53 tahun.
“Selain mereka, polis turut menahan enam lagi lelaki dalam serbuan serentak selama tujuh jam itu membabitkan di rumah, tepi jalan, premis perniagaan dan stor di empat negeri tersebut hasil risikan serta intipan sejak sebulan lepas.
“Polis merampas pelbagai jenis dadah iaitu 104kg ganja, 60kg syabu, 46kg heroin nombor 4 dan ketamin sebanyak 7kg, yang boleh digunakan oleh hampir sejuta penagih dadah jika terlepas ke pasaran. Dadah yang dirampas ini tidak ditanam dan diproses dalam negara sebaliknya dibawa masuk dari negara jiran sebelum dibungkus semula dan diedar untuk pasaran tempatan dan antarabangsa,” katanya semalam.
Beliau berkata heroin yang dirampas dalam serbuan itu merupakan heroin nombor 4 iaitu ketulenannya sangat tinggi malah ia jarang dirampas dalam operasi sebelum ini dan kebiasaannya heroin nombor 3 iaitu ketulenannya rendah digunakan sindiket pengedaran dadah di negara ini.
Ramli berkata susulan pembongkaran sindiket pengedaran dadah itu, polis turut menyita harta milik ahli sindiket berkenaan bernilai RM437,718 antaranya tujuh kenderaan mewah seperti Toyota Vellfire, BMW, Volkswagen dan Porsche serta jam tangan berjenama dan wang tunai RM51,520.
“Kami percaya sindiket itu lumpuh sepenuhnya kerana polis menahan dalang utamanya iaitu pasangan suami isteri bersama ahli keluarga mereka dan semua yang ditahan dalam operasi tersebut mempunyai peranan masing-masing antaranya menjalankan tugas sebagai pengedar dadah, pengawal stor serta pemandu,” katanya.
Menurutnya dalang utama sindiket itu mempunyai 16 rekod lampau berkaitan dadah serta jenayah manakala 5 lagi turut mempunyai rekod lampau termasuk seorang turut dikendaki polis kerana kes bunuh.
“Lima daripada mereka positif dadah dan siasatan lanjut mendapati sindiket itu terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah sejak lapan hingga sembilan bulan lepas. Semua direman sehingga 8 Mac ini bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Ramli berkata sejak 1 Januari hingga semalam, JSJN menahan seramai 33,345 orang termasuk 1,618 warga asing kerana melakukan pelbagai kesalahan termasuk membekal, memiliki serta positif menggunakan dadah dan daripada jumlah itu 470 individu ditahan di bawah Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK).
Beliau berkata sepanjang tempoh sama, polis turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM216 juta dan berjaya membongkar lima makmal memproses dadah.
“Nampaknya trend penyalahgunaan dadah semakin serius dan polis akan terus menggempur sindiket-sindiket tersebut di seluruh negara malah ada dalam kalangan mereka juga cukup berbahaya kerana memiliki senjata api. Setakat ini kita rampas 12 pucuk senjata api dan 209 butir peluru,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata polis turut menyita sebuah kapal pelayaran mewah bernilai RM3 juta milik sindiket pengedaran dadah susulan pembongkaran sindiket pengedaran 12 tan kokain bercampur arang batu di Pulau Pinang, September tahun lepas, menjadikan jumlah keseluruhan harta serta wang yang disita daripada sindiket tersebut RM375.7 juta.
Katanya, kapal tersebut disita pada 28 Februari lepas di Sabah dan polis masih giat mengesan dalang utama sindiket tersebut yang dipercayai bersembunyi di negara jiran.
Sebelum ini, menerusi Ops Eagle Diamond, polis menahan lapan orang terdiri daripada 2 lelaki warga tempatan, lima lelaki warga Myanmar dan seorang lelaki warga China yang berusia antara 33 hingga 51 tahun.
– BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/03/rm52-juta-dadah-dirampas-empat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2 Wanita Malaysia Ditahan Seludup Dadah Di Singapura

2 Wanita Malaysia Ditahan Seludup Dadah Di Singapura

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 439 hits
2 wanita Malaysia ditahan seludup dadah di Singapura Dikemas kini 55 minit yang lalu Diterbitkan pada 21 Feb 2020 2 08PM
Kalau Nak Jumpa Biar Empat Mata Antara Aku Dia Je

Kalau Nak Jumpa Biar Empat Mata Antara Aku Dia Je

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 174 hits
Terdahulu pelawak Ali Puteh meminta usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri datang ke rumah tanpa membawa kamera untuk memohon maaf kepada ibunya The post appeared first on
Luna Maya Pakai T Shirt Seharga Belasan Juta Warganet Melongo

Luna Maya Pakai T Shirt Seharga Belasan Juta Warganet Melongo

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 329 hits
Penampilan Luna Maya kembali mencuri perhatian Salah satu yang mencuri perhatian yakni kaus yang dikenakan Luna Maya
Wanita Penabrak Ibu Hamil Hingga Tewas Tak Ditahan Polisi Pelaku Minta Maaf Beri Rp70 Juta

Wanita Penabrak Ibu Hamil Hingga Tewas Tak Ditahan Polisi Pelaku Minta Maaf Beri Rp70 Juta

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 223 hits
Wanita yang menabrak perempuan hamil berinisial ER hingga meninggal dunia saat ini sudah tak lagi ditahan oleh aparat kepolisian Polisi memberikan penangguhan penahanan kepada Firda Meisari pengendara Toyota Rush yang menabrak wanita hamil ...
Wang Rm5 Juta Dalam Dua Bagasi Untuk Rm Saksi

Wang Rm5 Juta Dalam Dua Bagasi Untuk Rm Saksi

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 227 hits
Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes rasuah isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkaitan projek solar hibrid di Sarawak hari ini diberitahu bahawa wang tunai RM5 juta dalam dua bagasi yang dimasukkan ke dalam se...
Tertekan Kerja Kerja Pembinaan Suri Rumah Fail Saman Rm5 5 Juta

Tertekan Kerja Kerja Pembinaan Suri Rumah Fail Saman Rm5 5 Juta

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 318 hits
KUALA TERENGGANU Tertekan dengan kerja kerja pembinaan berhampiran sehingga mengakibatkan rumah didiami rosak teruk selain berdepan masalah debu dan bunyi bising berterusan sejak lima tahun lalu seorang suri rumah memfailkan saman terhadap ...
Sakit Tumit Kaki Antara Plantar Fasciitis Atau Heel Spurs Penyebabnya

Sakit Tumit Kaki Antara Plantar Fasciitis Atau Heel Spurs Penyebabnya

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 639 hits
Pernahkah anda melihat individu yang yang jalannya tempang dan terhencut hencut dek kerana sakit tumit kaki Mungkin mak anda nenek anda atau anda sendiri sedang mengalaminya Ini semua disebabkan oleh kerana rasa sakit yang mencucuk cucuk di...
Antara Pelajar Cemerlang Remaja Pakai Baju Shell Naik Pentas Ambil Slip Keputusan Spm

Antara Pelajar Cemerlang Remaja Pakai Baju Shell Naik Pentas Ambil Slip Keputusan Spm

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 609 hits
Lain dari yang lain seorang remaja dengan bersahaja memakai baju berlogo Shell ketika mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia di sekolahnya Dalam video yang tular di pelajar berkenaan tampil ke pentas dengan sorakan rakan rakan sebaik ...
Tok Mat Tok Pa Antara Calon Disebut Sebut

Tok Mat Tok Pa Antara Calon Disebut Sebut

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 218 hits
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan dan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dilihat antara calon yang layak dipertimbang menganggotai Kabinet bagi menerajui kementerian yang penting Dal...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner