Rm3 Billion Untuk 10 Juta Vaksin Mujahid Dapat Mana Angka Tu
Pertama saya mengucapkan terima kasih kerana terima teguran bahawa yg disebut "RM3 Billion untuk 10 juta vaksin" itu adalah jauh dari kebenaran.
RM3 Billion adalah peruntukan yg ada untuk beli vaksin Covid19 yg cukup untuk 70,% rakyat Malaysia. Saya beritahu setakat rundingan yg sebahagiannya belum dimuktamadkan, kosnya baru dalam lingkungan RM2.3B, jauh lebih rendah dari RM3 Billion. Ia mungkin akan menjadi lebih rendah kerana kerajaan belum memutuskan lagi jenis vaksin yg mana selain dari Pfizer dan fasiliti COVAX dan berapa peratus masing masing vaksin yg lain.
Ada dibangkitkan tentang harga yg didedahkan oleh Menteri Kesihatan Belgium. Saya pun mengambil peluang menelitinya.
Apa yg saya boleh rumuskan, tidak jauh sangat bezanya dengan apa yg dibayar oleh Kesatuan Eropah untuk Vaksin berkenaan.
Yang menjadi kekeliruan mungkin kerana tidak faham perbezaan kos untuk seorang rakyat dengan kos untuk setiap dos vaksin.
Kebanyakan vaksin memerlukan 2 dos bagi mencapai tahap pertahanan badan yg diperlukan. Ada jenis yg hanya memadai satu dos sahaja. Vaksin Pfizer-Biontech perlukan 2 dos. Kerana itu dalam jawapan di Parlimen dimaklumkan pembelian 12.8 juta dos Vaksin Pfizer adalah untuk 6.4juta rakyat Malaysia atau 20% dari populasi.
Terima kasih sekali lagi.
Ahmad Amzad Hashim
MR : Tentulah daripada boss dia.. AMANAH ni kan suara DAP
"7 Disember 2020: Peruntukan RM3 bilion vaksin Covid-19 termasuk kos penyimpanan, pengangkutan"https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/288745
Kos yang didedahkan Belgium itu adalah 12 euros (RM60) setiap dos.
"18 Dec 2020: The table briefly published by De Bleeker showed the Belgian government paid 12 euros ($14.7) per dose to buy about five million shots of the Pfizer/BioNTech vaccine."https://www.reuters.com/.../pfizer-irked-after-belgian...
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mindarakyat.net/2020/12/rm3-billion-untuk-10-juta-vaksin.html