Rm200 Juta Naik Taraf Kemudahan Pulau Sibu Pulau Besar


RM200 JUTA NAIK TARAF KEMUDAHAN PULAU SIBU, PULAU BESAR
Oleh Abu Hanifah Muhamad
MERSING – Peruntukan RM200 juta akan dimohon dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) untuk menaik taraf kemudahan di Pulau Sibu dan Pulau Besar dalam usaha memberi keselesaan dan menarik lebih ramai pelancong.
Pegawai Daerah Mersing, Asman Shah Abd. Rahman berkata, dana tersebut untuk menyediakan bekalan air dan utiliti di kedua-dua pulau berkenaan.
“Kita akan mohon peruntukan ini daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dalam masa terdekat. Dua pulau tersebut diberi keutamaan kerana dekat dengan bandar Mersing.
“Terdapat 93 buah pulau di Mersing dan hanya lima pulau mempunyai penghuni dan dibangunkan sebagai destinasi pelancongan,” katanya dalam sidang akhbar selepas program Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2020 di Dataran Mersing, di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Kanan Domestik dan Acara Tourism Malaysia, Datuk Dr. Ammar Abd. Ghappar dan Timbalan Pengarah Tourism Johor, Afzan Azhari.
Pihaknya juga merancang membangunkan pulau lain yang mempunyai keistimewaan tersendiri seperti Pulau Rawa yang memiliki dasar laut yang menarik untuk aktiviti menyelam.
Ini termasuk Pulau Tinggi yang sesuai untuk pelbagai kegiatan riadah dan pelancongan manakala Pulau Pemanggil untuk aktiviti memancing.
Sementara itu, Dr. Ammar berkata, industri pelancongan Johor terjejas teruk akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penutupan sempadan Malaysia-Singapura.
Katanya, terdapat 10 hotel di Johor iaitu lapan di Johor Bahru dan dua di daerah ini ditutup kerana tidak dapat bertahan akibat COVID-19.
Sehubungan itu, beliau menggalakkan pelancongan domestik dengan menarik rakyat tempatan untuk melancong di negeri ini dan tidak perlu bergantung kepada pelancong terutamanya dari Singapura yang merupakan penyumbang utama sebelum ini.
Menurutnya, pakej menarik dengan menyasarkan penjawat awam dari negeri lain untuk melancong ke Johor sudah pun dilancarkan dan mendapat maklum balas yang positif.
“Ini kerana mereka kurang terkesan dengan pandemik COVID-19 berbanding mereka yang bekerja swasta,” ujarnya.
Pada masa sama, beliau sedang berbincang dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk memberikan insentif kepada pengusaha pelancongan di negeri ini dalam membantu mereka untuk terus bertahan.
Insentif itu akan diberikan minggu depan sebelum disalurkan menerusi persatuan-persatuan pelancongan untuk diagihkan kepada pengusaha pelancongan yang berdaftar di bawah mereka. – JT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://johortimes.my/2020/10/rm200-juta-naik-taraf-kemudahan-pulau-sibu-pulau-besar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aseania Beach Resort Resort Terbaik Di Pulau Besar Mersing Johor

Aseania Beach Resort Resort Terbaik Di Pulau Besar Mersing Johor

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 567 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraAseania Beach Resort Resort Terbaik di Pulau Besar Mersing Johor Apa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah kali ini aku nak kongsikan dengan anda semua resort terbaik yang ada di Pulau Besa...
Apa Yang Menarik Di Pulau Besar Melaka

Apa Yang Menarik Di Pulau Besar Melaka

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 535 hits
Pulau Besar Melaka a hidden gem of Melaka Walaupun dikatakan hidden gem tapi ibarat unpopular place Sebabnya jarang nampak orang kongsikan bercuti di Pulau Besar Melaka ni Di satu petang yang indah si isteri bertanyakan kepada suami Isteri ...
Pulau Pinang Memimpin Pembangunan Garis Panduan Kemudahan Penjagaan Warga Tua

Pulau Pinang Memimpin Pembangunan Garis Panduan Kemudahan Penjagaan Warga Tua

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 435 hits
GEORGE TOWN Kerajaan Pulau Pinang akan mengkaji bidang kuasa yang ada dan amalan terbaik global untuk merumuskan garis panduan kemudahan penjagaan orang tua untuk peraturan yang lebih baik Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Kerajaan Tempatan ...
Marvel S Spider Man Remastered Hanya Hadir Sebagai Digital Dan Tiada Naik Taraf Percuma

Marvel S Spider Man Remastered Hanya Hadir Sebagai Digital Dan Tiada Naik Taraf Percuma

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 271 hits
Berita baik dimana kita akan dapati Marvel s Spider Man sebuah permainan eksklusif PS4 ini akan didalam bentuk remaster untuk PS5 Namun berita buruknya permainan tersebut tidak akan mendapat tawaran naik taraf dari versi PS4 ke PS5 secara p...
Pulau Pinang Ambil Semula Empangan Mengkuang

Pulau Pinang Ambil Semula Empangan Mengkuang

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 647 hits
Kerajaan Pulau Pinang dilaporkan bersetuju untuk menerima semula projek Empangan Mengkuang yang akan diserahkan pada 26 Oktober ini GEORGETOWN Kerajaan negeri Pulau Pinang bersetuju untuk mengambil semula Empangan Mengkuang yang diperbesark...
Satu Post Ig Cristiano Ronaldo Bernilai Rm3 69 Juta Ini Top 20 Dari Kalangan Atlet

Satu Post Ig Cristiano Ronaldo Bernilai Rm3 69 Juta Ini Top 20 Dari Kalangan Atlet

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 239 hits
Cristiano Ronaldo telah menduduki tempat teratas dalam senarai Rich Rich List di arena sukan untuk satu hantaran post di Instagram IG Setiap post Ronaldi di IG beliau secara purata akan memperolehnya sekitar 889 000 Superstar Juventus mempu...
Penguatkuasaan Khas Jpj Pulau Pinang Terhadap Van Yang Bawa Pekerja

Penguatkuasaan Khas Jpj Pulau Pinang Terhadap Van Yang Bawa Pekerja

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 571 hits
PENGUATKUASAAN KHAS VAN PERSENDIRIAN BAWA PEKERJASeberang Jaya Pulau Pinang 28 September 2020 Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan penguatkuasaan khas ke atas van persendirian membawa pekerja kilang di sekitar Daerah Sebe...
Balik Pulau Pantai Pasir Panjang Lukisan Jalanan

Balik Pulau Pantai Pasir Panjang Lukisan Jalanan

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 829 hits
bersambung dari catatan terdahulu Berdasarkan carian internet kami seterusnya menuju ke sebuah pantai di Balik Pulau Kedudukannya agak jauh dari bandar iaitu di Pulau Betong Tapi bukanlah berada di pulau cuma namanya saja ada pulau Nampakny...
Orang Orang Pulau Pinang Yang Pulang Dari Sabah Mendesak Untuk Menjalani Ujian Covid 19

Orang Orang Pulau Pinang Yang Pulang Dari Sabah Mendesak Untuk Menjalani Ujian Covid 19

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 269 hits
GEORGE TOWN Mereka yang pulang ke Pulau Pinang dari Sabah sangat digalakkan untuk menjalani ujian untuk Covid 19 kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow Dia mengatakan mereka boleh menjalani ujian swab di klinik kerajaan atau di kemudahan kesihata...
Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Cara Cuci Kerang

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly