Rm2 Juta Cek Untuk Guan Eng Wang Tunai Rm2 Juta Lagi Buat Najib Saksi Pendakwaan Ke 23



(Suara TV) – Bekas Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB), Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini, dia memberikan RM2 juta, masing-masing untuk diserahkan kepada Lim Guan Eng dan Datuk Seri Najib Razak.
Ketika pemeriksaan balas oleh peguam, Gobind Singh Deo yang mewakili Guan Eng, ahli perniagaan berusia 64 tahun itu, mendakwa wang untuk bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dan bekas Perdana Menteri diberikan menerusi orang tengah yang juga ahli perniagaan, G Gnanaraja.
Saksi pendakwaan ke-23 itu memaklumkan cek RM2 juta untuk Guan Eng berkait projek terowong dasar laut dan jalan utama di Pulau Pinang dan mendakwa amaun sama untuk Najib bagi menutup siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap CZCSB, lapor BH pada Isnin.
Gobind: Cek RM2 juta untuk Lim Guan Eng, wang tunai RM2 juta untuk Najib?
Zarul Ahmad: Ya.
Gobind: Kamu hanya pergi sekali ke Hotel Eastin (di Petaling Jaya), pada Ogos 2017?
Zarul Ahmad: Saya bawa RM4 juta pada tarikh itu.
Gobind: Itu satu penipuan.
Zarul Ahmad: Saya tidak setuju.
Gobind: Dalam kenyataan kamu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), RM2 juta yang dibayar daripada wang yang dikeluarkan daripada cek?
Zarul Ahmad: Itu kes lain, itu untuk ahli perniagaan, G Gnanaraja (yang berdepan kes tipu di Mahkamah Shah Alam sebelum ini).
Gobind: Dalam kenyataan kamu kepada SPRM untuk kes Shah Alam, kamu kata RM2 juta daripada cek?
Zarul Ahmad: Saya memperbetulkan perkara itu.
Guan Eng, 63, berdepan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta dalam membantu syarikat milik Zarul Ahmad mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang di Tingkat 28, Komtar, Georgetown, antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Pengerusi DAP itu didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus keuntungan diperoleh syarikat itu sebagai penghargaan mendapatkan projek terbabit.
Guan Eng dituduh melakukan kesalahan berkenaan berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di sini pada Mac 2011.
Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan negeri dilupuskan kepada dua syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut terbabit.
Sementara itu, Zarul Ahmad memaklumkan, dia tidak ingat ketika ditanya oleh Gobind, sama ada RM2 juta daripada cek menjadi punca SPRM mengambil kenyataan daripada bekas Naib Presiden Kanan, Kewangan dan Perkhidmatan Korporat CZCSB, Azli Adam.
Kenyataan turut diambil SPRM daripada seorang lagi bekas pengarah syarikat sama, Ibrahim Sahari, selain kedua-dua mereka dipanggil sebagai saksi untuk kes di Shah Alam.
Gobind: Setakat yang kamu tahu, kamu memperbetulkannya?
Zarul Ahmad: Ya, ketika perbicaraan membabitkan Gnanaraja. Saya tidak ingat tarikhnya.
Gobind: Selepas semua ini, kamu mengambil keputusan untuk mengubah cerita dan meletakkan salah pada Guan Eng.
Zarul Ahmad: Saya tidak setuju.
Gobind kemudian membuat permohonan untuk mendapatkan salinan kenyataan diberikan Zarul Ahmad kepada SPRM.
Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, bertanya sama ada salinan kenyataan itu untuk kes di Shah Alam atau Kuala Lumpur, sebelum peguam terbabit mengesahkan permohonan itu untuk kedua-duanya.
Hakim Azura Alwi menetapkan esok untuk mendengar permohonan itu, selain perbicaraan bersambung 1 hingga 3 November, manakala tahun depan pada 16 dan 17 Januari; 26 dan 27 Februari; 4, 6 dan 15 Mac, 1 hingga 4 April serta 2 dan 3 Mei.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/10/23/rm2-juta-cek-untuk-guan-eng-wang-tunai-rm2-juta-lagi-buat-najib-saksi-pendakwaan-ke-23/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saksi Kes Rasuah Dakwa Beri Rm2 Juta Kepada Guan Eng Najib

Saksi Kes Rasuah Dakwa Beri Rm2 Juta Kepada Guan Eng Najib

papar berkaitan - pada 24/10/2023 - jumlah : 305 hits
bharian com my Oktober 23 2023 Lim Guan Eng dan Datuk Seri Najib Razak Foto NSTPKUALA LUMPUR Bekas Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini dia memberikan R...
Rm2 Juta Untuk Najib Rm2 Juta Untuk Guan Eng Kata Zarul

Rm2 Juta Untuk Najib Rm2 Juta Untuk Guan Eng Kata Zarul

papar berkaitan - pada 23/10/2023 - jumlah : 292 hits
Hidir Reduan Abdul RashidPengarah Eksekutif Kanan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd Zarul Ahmad Mohd Zulkifli memberi keterangan bahawa dia memberikan wang tunai RM2 juta kepada bekas perdana menteri Najib Razak dan cek RM2 juta kepada...
Najib Tutup Akaun Selepas Pindah Rm162 Juta Wang Haram Hasil 1mdb Kata Saksi

Najib Tutup Akaun Selepas Pindah Rm162 Juta Wang Haram Hasil 1mdb Kata Saksi

papar berkaitan - pada 13/10/2023 - jumlah : 301 hits
BernamaKUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini diberitahu Najib Razak menutup satu akaun miliknya di Ambank selepas memindahkan lebih RM162 juta iaitu wang haram hasil daripada dana 1MDB Global Investment Limited ke akaun baharunya Penolong Pe...
Najib Terima Rm2 08 Bilion Wang Haram Daripada Syarikat Pelaburan Tanore Pegawai Polis

Najib Terima Rm2 08 Bilion Wang Haram Daripada Syarikat Pelaburan Tanore Pegawai Polis

papar berkaitan - pada 13/10/2023 - jumlah : 209 hits
BernamaKUALA LUMPUR Seorang pegawai kanan polis memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa akaun Ambank milik Datuk Seri Najib Tun Razak telah menerima wang haram berjumlah AS 681 juta atau RM2 08 bilion daripada Tanore Finance Cor...
I Gave Guan Eng Najib Rm2mil Each Businessman Tells Court

I Gave Guan Eng Najib Rm2mil Each Businessman Tells Court

papar berkaitan - pada 24/10/2023 - jumlah : 200 hits
The star witness in Lim Guan Eng s undersea tunnel corruption trial told the sessions court that he paid out a total of RM4 million to the former Penang chief minister and the then prime minister Najib Razak in 2017 Consortium Zenith BUCG S...
Polis Perak Lupus Dadah Rm2 11 Juta

Polis Perak Lupus Dadah Rm2 11 Juta

papar berkaitan - pada 26/10/2023 - jumlah : 239 hits
POLIS Perak hari ini melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai kira kira RM2 11 juta membabitkan kes yang telah selesai dibicarakan dari 2007 hingga tahun ini Timbalan Ketua Polis negeri Azizi Mat Aris berkata keseluruhan dadah adalah sebera...
Penganalisis Bnm Pertahan Jejak Wang Masuk Ke Akaun Najib

Penganalisis Bnm Pertahan Jejak Wang Masuk Ke Akaun Najib

papar berkaitan - pada 11/10/2023 - jumlah : 232 hits
Penganalisis Bank Negara Malaysia mempertahankan laporannya mengenai jejak wang yang melibatkan berbilion ringgit dana 1MDB yang didakwa akhirnya dimasukkan dalam akaun peribadi bekas perdana menteri Najib Razak Semasa pemeriksaan balas di ...
Prove Plot To Oust You Guan Eng Tells Chow

Prove Plot To Oust You Guan Eng Tells Chow

papar berkaitan - pada 18/10/2023 - jumlah : 151 hits
Former Penang chief minister Lim Guan Eng tells his successor Chow Kon Yeow to put a full stop to rumours DAP chairman Lim Guan Eng has urged Chow Kon Yeow to furnish proof of an alleged plot to oust him as Penang chief minister Chow had re...
Chow Guan Eng S Strained Relations May Dent Dap Ph S Reputations Says Analyst

Chow Guan Eng S Strained Relations May Dent Dap Ph S Reputations Says Analyst

papar berkaitan - pada 25/10/2023 - jumlah : 260 hits
But it is unlikely to result in the party and coalition losing support says Oh Ei Sun The perceived strain in relations between Chow Kon Yeow and Lim Guan Eng may dent the reputations of DAP and Pakatan Harapan but is unlikely to cause them...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord

Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti