Saksi Kes Rasuah Dakwa Beri Rm2 Juta Kepada Guan Eng Najib


bharian.com.my
Faris Fuad 
[email protected]
Oktober 23, 2023 
Lim Guan Eng (kiri) dan Datuk Seri Najib Razak. - Foto NSTP
KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB), Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini, dia memberikan RM2 juta, masing-masing untuk diserahkan kepada Lim Guan Eng dan Datuk Seri Najib Razak.

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam, Gobind Singh Deo yang mewakili Guan Eng, ahli perniagaan berusia 64 tahun itu, mendakwa wang untuk bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dan bekas Perdana Menteri diberikan menerusi orang tengah yang juga ahli perniagaan, G Gnanaraja.

Saksi pendakwaan ke-23 itu memaklumkan cek RM2 juta untuk Guan Eng berkait projek terowong dasar laut dan jalan utama di Pulau Pinang dan mendakwa amaun sama untuk Najib bagi menutup siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap CZCSB.

Gobind: Cek RM2 juta untuk Lim Guan Eng, wang tunai RM2 juta untuk Najib?

Zarul Ahmad: Ya.

Gobind: Kamu hanya pergi sekali ke Hotel Eastin (di Petaling Jaya), pada Ogos 2017?

Zarul Ahmad: Saya bawa RM4 juta pada tarikh itu.

Gobind: Itu satu penipuan.

Zarul Ahmad: Saya tidak setuju.

Gobind: Dalam kenyataan kamu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), RM2 juta yang dibayar daripada wang yang dikeluarkan daripada cek?

Zarul Ahmad: Itu kes lain, itu untuk ahli perniagaan, G Gnanaraja (yang berdepan kes tipu di Mahkamah Shah Alam sebelum ini).

Gobind: Dalam kenyataan kamu kepada SPRM untuk kes Shah Alam, kamu kata RM2 juta daripada cek?

Zarul Ahmad: Saya memperbetulkan perkara itu.

Guan Eng, 63, berdepan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta dalam membantu syarikat milik Zarul Ahmad mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang di Tingkat 28, Komtar, Georgetown, antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Pengerusi DAP itu didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus keuntungan diperoleh syarikat itu sebagai penghargaan mendapatkan projek terbabit.

Guan Eng dituduh melakukan kesalahan berkenaan berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di sini pada Mac 2011.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan negeri dilupuskan kepada dua syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut terbabit.

Sementara itu, Zarul Ahmad memaklumkan, dia tidak ingat ketika ditanya oleh Gobind, sama ada RM2 juta daripada cek menjadi punca SPRM mengambil kenyataan daripada bekas Naib Presiden Kanan, Kewangan dan Perkhidmatan Korporat CZCSB, Azli Adam.

Kenyataan turut diambil SPRM daripada seorang lagi bekas pengarah syarikat sama, Ibrahim Sahari, selain kedua-dua mereka dipanggil sebagai saksi untuk kes di Shah Alam.

Gobind: Setakat yang kamu tahu, kamu memperbetulkannya?

Zarul Ahmad: Ya, ketika perbicaraan membabitkan Gnanaraja. Saya tidak ingat tarikhnya.

Gobind: Selepas semua ini, kamu mengambil keputusan untuk mengubah cerita dan meletakkan salah pada Guan Eng.

Zarul Ahmad: Saya tidak setuju.

Gobind kemudian membuat permohonan untuk mendapatkan salinan kenyataan diberikan Zarul Ahmad kepada SPRM.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, bertanya sama ada salinan kenyataan itu untuk kes di Shah Alam atau Kuala Lumpur, sebelum peguam terbabit mengesahkan permohonan itu untuk kedua-duanya.

Hakim Azura Alwi menetapkan esok untuk mendengar permohonan itu, selain perbicaraan bersambung 1 hingga 3 November, manakala tahun depan pada 16 dan 17 Januari; 26 dan 27 Februari; 4, 6 dan 15 Mac, 1 hingga 4 April serta 2 dan 3 Mei.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/10/saksi-kes-rasuah-dakwa-beri-rm2-juta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rm2 Juta Cek Untuk Guan Eng Wang Tunai Rm2 Juta Lagi Buat Najib Saksi Pendakwaan Ke 23

Rm2 Juta Cek Untuk Guan Eng Wang Tunai Rm2 Juta Lagi Buat Najib Saksi Pendakwaan Ke 23

papar berkaitan - pada 24/10/2023 - jumlah : 120 hits
Bekas Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini dia memberikan RM2 juta masing masing untuk diserahkan kepada Lim Guan Eng dan Datuk Seri Najib Razak Ketika pemeriks...
Rm2 Juta Untuk Najib Rm2 Juta Untuk Guan Eng Kata Zarul

Rm2 Juta Untuk Najib Rm2 Juta Untuk Guan Eng Kata Zarul

papar berkaitan - pada 23/10/2023 - jumlah : 314 hits
Hidir Reduan Abdul RashidPengarah Eksekutif Kanan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd Zarul Ahmad Mohd Zulkifli memberi keterangan bahawa dia memberikan wang tunai RM2 juta kepada bekas perdana menteri Najib Razak dan cek RM2 juta kepada...
I Gave Guan Eng Najib Rm2mil Each Businessman Tells Court

I Gave Guan Eng Najib Rm2mil Each Businessman Tells Court

papar berkaitan - pada 24/10/2023 - jumlah : 234 hits
The star witness in Lim Guan Eng s undersea tunnel corruption trial told the sessions court that he paid out a total of RM4 million to the former Penang chief minister and the then prime minister Najib Razak in 2017 Consortium Zenith BUCG S...
Najib Tutup Akaun Selepas Pindah Rm162 Juta Wang Haram Hasil 1mdb Kata Saksi

Najib Tutup Akaun Selepas Pindah Rm162 Juta Wang Haram Hasil 1mdb Kata Saksi

papar berkaitan - pada 13/10/2023 - jumlah : 342 hits
BernamaKUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini diberitahu Najib Razak menutup satu akaun miliknya di Ambank selepas memindahkan lebih RM162 juta iaitu wang haram hasil daripada dana 1MDB Global Investment Limited ke akaun baharunya Penolong Pe...
Prove Plot To Oust You Guan Eng Tells Chow

Prove Plot To Oust You Guan Eng Tells Chow

papar berkaitan - pada 18/10/2023 - jumlah : 181 hits
Former Penang chief minister Lim Guan Eng tells his successor Chow Kon Yeow to put a full stop to rumours DAP chairman Lim Guan Eng has urged Chow Kon Yeow to furnish proof of an alleged plot to oust him as Penang chief minister Chow had re...
Gugurkan Sahaja Kes Najib Tan Sri Shafie

Gugurkan Sahaja Kes Najib Tan Sri Shafie

papar berkaitan - pada 26/10/2023 - jumlah : 231 hits
Oleh Adam Malik Kecelaruan demi kecelaruan terjadi pada kes yang dihadapi oleh Datuk Seri Najib Razak Selepas dijatuhkan hukuman Duabelas tahun penjara amat jelas kes semakin hilang arah dan skrip asal semasa kes dicipta sudah keluar dari l...
Yoursay Guan Eng Should Stay Out Of Penang Govt Matters

Yoursay Guan Eng Should Stay Out Of Penang Govt Matters

papar berkaitan - pada 18/10/2023 - jumlah : 185 hits
YOURSAY Let Chief Minister Chow Kon Yeow do his job Mazhilamani Had Penang Chief Minister Chow Kon Yeow remained silent does it mean the planned won t happen Chow had supported Lim Guan Eng when he went through challenging times which is fa...
Usd681 Juta Dalam Akaun Najib Hasil Aktiviti Haram Mahkamah Diberitahu

Usd681 Juta Dalam Akaun Najib Hasil Aktiviti Haram Mahkamah Diberitahu

papar berkaitan - pada 19/10/2023 - jumlah : 164 hits
Ho Kit YenKUALA LUMPUR Seorang pegawai penyiasat polis memberitahu Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan 1MDB Najib Razak bahawa dia mengklasifikasikan sejumlah USD681 juta yang dimasukkan ke dalam akaun bekas perdana menteri itu pada 2013 seba...
Every Scratch On This 1955 Bsa Gold Star Tells A Story

20 Idea Kerja Dari Rumah 2025 Edition

Benedict Tandang Mansang Rerigang Pulai Lelingai Chord

Exploring The Underwater Caves Of The Yucat N Peninsula

Sekuriti Berjaya Menggagalkan Cubaan Seludup Siswi Ke Asrama Lelaki Apabila Mengesyaki Ada Sesuatu Dalam Beg

3h2m Park Avenue Sungai Petani

Buat Program Infaq Bagi Bantuan Sana Sini Tapi Akaun Tiktok Boikotpakmat Dakwa Pak Mat Western Liat Bayar Gaji Staf

Resort Ni Cantik Tepi Pantai Design Pun Estetik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pdrm China Purge Mbi Network For Xi Jin Peng Visit

Unifi Dah Boleh Guna

Pemilihan Pkr Adun Nafi Tunjuk Pistol Pada Pencabar

Tips Bawa Power Bank Dalam Flight Untuk Korang Yang Nak Travel N

Fahmi Cabar Annuar Musa Jumpa Penduduk Kampung Sg Baru Saya Rasa Dia Tak Berani

Musang King Dakwa Semua Penceroboh Di Mahkamah Dan Mereka Yang Melindungi Sejak 40 Tahun Lalu