Penganalisis Bnm Pertahan Jejak Wang Masuk Ke Akaun Najib




Penganalisis Bank Negara Malaysia (BNM) mempertahankan laporannya mengenai jejak wang yang melibatkan berbilion ringgit dana 1MDB yang didakwa akhirnya dimasukkan dalam akaun peribadi bekas perdana menteri Najib Razak.
Semasa pemeriksaan balas di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang tadi, saksi pendakwaan ke-47 Adam Ariff Mohd Roslan memberitahu peguam bela Najib, Tania Scivetti berhubung kesimpulannya bahawa AS$20 juta (RM60.6 juta) dana 1MDB mengalir daripada “Putera Faisal” dari Arab Saudi ke akaun tertuduh pada 2011.
Scivetti: Tanpa melihat akaun bank Riyad Duli Yang Teramat Mulia Putera Faisal dan Putera Saud untuk bulan Februari hingga Jun 2011, anda tidak boleh membuat kesimpulan dalam laporan (jejak wang) bahawa AS$20 juta kononnya diterima antara Februari dan 14 Jun 2011 dalam akaun AmIslamic yang dikekalkan atas nama Amprivate Banking-MR (akaun 694 Najib) boleh dikesan kepada bon IMTN (Nota Jangka Sederhana Islam) (yang dikeluarkan oleh Lembaga Pelaburan Terengganu – pendahulu 1MDB – pada 2009).
Adam: Saya tidak bersetuju. Saya pertahan laporan saya. Ia boleh dikesan.
Terdahulu semasa prosiding hari ini di hadapan hakim perbicaraan Collin Lawrence Sequerah, ketua peguam bela Muhammad Shafee Abdullah telah menyoal balas Adam sama ada saksi itu melihat penyata Riyad Bank. Adam mengaku tidak melihat penyata bank itu.
Apabila Shafee meneruskan soalannya, Adam menjelaskan bahawa dia masih boleh membuat kesimpulan bahawa dana 1MDB berakhir dalam akaun Najib kerana dia mempunyai akses kepada salinan penyata bank Good Star Limited yang diperbadankan di Seychelles serta penyata akaun bank Malaysia daripada Najib.
Saksi menjelaskan bahawa dia dapat melukis carta jejak kewangan 1MDB tanpa memerlukan akses kepada akaun Riyad.
Good Star didakwa dikaitkan dengan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho (Jho Low), yang didakwa oleh pendakwa raya bersekongkol dengan Najib.
Pihak pendakwaan sebelum ini berhujah bahawa entiti yang berpangkalan di Seychelles itu telah menerima dana AS$700 juta daripada 1MDB – yang bertujuan untuk disuntik ke dalam usaha sama antara 1MDB dan Petrosaudi International Limited pada 2009.
Adam hari ini berkata dia tidak perlu melihat rekod bank Riyad kerana penyata bank Good Star menunjukkan sejumlah AS$24.5 juta telah dipindahkan daripada entiti itu ke akaun Riyad dalam dua peringkat, satu pada 18 Feb 2011 dan yang kedua pada 10 Jun 2011.
Penganalisis BNM itu menyorot bahawa rekod bank Najib menunjukkan tertuduh menerima sejumlah AS$20 juta (RM60 juta) dalam dua bahagian, iaitu satu pada 24 Feb 2011 dan yang kedua pada 14 Jun 2011.
“Berdasarkan jarak antara tarikh Good Star menghantar dana ke akaun Riyad Bank dan tarikh akaun Riyad Bank menghantar dana ke akaun AmPrivate Banking–MR, serta kedekatan nilai dana yang dihantar ke akaun Riyad Bank dan nilai dana yang dipindahkan ke akaun AmPrivate Banking–MR, adalah munasabah dipercayai bahawa akaun Riyad Bank telah digunakan sebagai akaun pass through untuk memindahkan wang daripada Good Star, yang berasal daripada subjek (1MDB),” Adam berkata dalam laporan jejak kewangannya.
Transaksi “Putera Faisal” didakwa berlaku semasa fasa pertama (Fasa Good Star) daripada empat fasa yang menyaksikan sejumlah RM2.28 bilion dana 1MDB mengalir ke dalam akaun Najib antara 2011 hingga 2014.
Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/682241






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/10/penganalisis-bnm-pertahan-jejak-wang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Tutup Akaun Selepas Pindah Rm162 Juta Wang Haram Hasil 1mdb Kata Saksi

Najib Tutup Akaun Selepas Pindah Rm162 Juta Wang Haram Hasil 1mdb Kata Saksi

papar berkaitan - pada 13/10/2023 - jumlah : 302 hits
BernamaKUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini diberitahu Najib Razak menutup satu akaun miliknya di Ambank selepas memindahkan lebih RM162 juta iaitu wang haram hasil daripada dana 1MDB Global Investment Limited ke akaun baharunya Penolong Pe...
Najib Terima Rm2 08 Bilion Wang Haram Daripada Syarikat Pelaburan Tanore Pegawai Polis

Najib Terima Rm2 08 Bilion Wang Haram Daripada Syarikat Pelaburan Tanore Pegawai Polis

papar berkaitan - pada 13/10/2023 - jumlah : 210 hits
BernamaKUALA LUMPUR Seorang pegawai kanan polis memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa akaun Ambank milik Datuk Seri Najib Tun Razak telah menerima wang haram berjumlah AS 681 juta atau RM2 08 bilion daripada Tanore Finance Cor...
Raja Banduan Sesuka Hati Masuk Keluar Penjara

Raja Banduan Sesuka Hati Masuk Keluar Penjara

papar berkaitan - pada 30/9/2023 - jumlah : 252 hits
AgensiHECTOR Guerrero Flores FOTO AgensiCaracas Polis Venezuela giat memburu ketua kumpulan jenayah yang melarikan diri dari penjara mewah yang dikawalnya sebelum kemudahan itu diserbu baru baru ini Hector Guerrero Flores tidak ditemukan ke...
Keh Keh Masuk Parti Mana Pun Nak Membodek Ja

Keh Keh Masuk Parti Mana Pun Nak Membodek Ja

papar berkaitan - pada 30/9/2023 - jumlah : 131 hits
Pakcik Nuar ni pun Tu bukannya menang tanpa bertanding tapi tak dipertandingkan Kenapa rela bodohkan diri untuk tegakkan benang yang basah Ni bukan kes bodek Tapi nak tutup malu Dia kritik parti lamanya yang tak pertandingkan dua jawatan ut...
Beli Casing Phone Boleh Masuk Syurga Ke Jawapan Leona Buat Netizen Berdekah

Beli Casing Phone Boleh Masuk Syurga Ke Jawapan Leona Buat Netizen Berdekah

papar berkaitan - pada 29/9/2023 - jumlah : 186 hits
Pempengaruh media sosial Kasih Iris Leona meluahkan rasa berang apabila terdapat warganet bertanya soalan yang tidak masuk akal iaitu casing telefon jualannya boleh dibawa masuk ke syurga atau tidak Leona berang netizen tanya jual casing bo...
Hiburan Kalau Arwah Masih Ada Mesti Dia Masuk Gv10 Dan Menyanyi Di Atas Pentas Lebih Besar Kini Shuib

Hiburan Kalau Arwah Masih Ada Mesti Dia Masuk Gv10 Dan Menyanyi Di Atas Pentas Lebih Besar Kini Shuib

papar berkaitan - pada 29/9/2023 - jumlah : 210 hits
Pelawak dan usahawan Shuib berkata jika arwah isterinya Siti Sarah masih hidup pasti allahyarham akan masuk bertanding di Gegar Vaganza musim ke 10 kerana isterinya itu memang suka menyanyi Kata Shuib Siti Sarah pernah menyertai Gegar Vagan...
Pengeluaran Bersasar Lebih Baik Dari Akaun Fleksibel Kwsp Kata Ahli Parlimen Pembangkang

Pengeluaran Bersasar Lebih Baik Dari Akaun Fleksibel Kwsp Kata Ahli Parlimen Pembangkang

papar berkaitan - pada 16/10/2023 - jumlah : 228 hits
Wan Saiful Wan Jan turut bimbang akaun fleksibel KWSP tiada tarikan berbanding SSPM dari segi penyediaan insentif KUALA LUMPUR Seorang Ahli Parlimen pembangkang berkata cadangan kerajaan memperkenalkan akaun fleksibel atau akaun 3 Kumpulan ...
Hooray Sudah Confirm Rm23 5 Billion Fdi Dan Puluh Ribu Peluang Pekerjaan Akan Masuk Hooray

Hooray Sudah Confirm Rm23 5 Billion Fdi Dan Puluh Ribu Peluang Pekerjaan Akan Masuk Hooray

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 267 hits
Tesla electric vehicle plant in Thailandaccording to Thai PM Srettha Thavisin Reuters Elon Musk met Thai PM at UN to discuss EVThai PM met other technology executives in New YorkThai PM told Reuters Tesla Microsoft Google to invest US 5b Te...
Kaesang Saya Masuk Politik Salah Satu Inspirasinya Bapak Sendiri

Kaesang Saya Masuk Politik Salah Satu Inspirasinya Bapak Sendiri

papar berkaitan - pada 28/9/2023 - jumlah : 175 hits
Hal itu dikatakan Kaesang saat membacakan pidato politik usai dilantik sebagai ketua umum di Djakarta Theater Jakarta Pusat Senin malam
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Hiking Gunung Bubu Gerik

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Jihad Membela Fitnah Pas

Lembaga Kursus Untuk Profesional Guna Meningkatkan Teknik Komunikasi

Kaya Homemade Sukatan Untuk Stok Seminggu

Surah Adh Dhuha