Rm2 6b Saifuddin Pertahan Kenyataan
Raziatul Hanum A Rajak28 Oktober 2018
Kenyataan Saifuddin berhubung derma RM 2.6 bilion. (Ubah saiz teks) KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah mempertahankan kenyataannya kelmarin berhubung derma RM 2.6 bilion.
Beliau menegaskan kenyataan itu selari dengan diperkatakan Menteri Luar Arab Saudi, Adel Ahmed Al-Jubeir kepadanya dalam dua pertemuan baru-baru ini.
“Saya menyatakan seadanya. Apa dia (Adel) nak kata selepas ini terserahlah padanya. Dia kata begitu kepada saya semasa di New York (September 2018) dan di Putrajaya (Jumaat lalu). Dan dia kata sedia beri kerjasama dalam penyiasatan berkaitan duit tersebut,” katanya menjawab pertanyaan pengikutnya di Twitter, semalam.
Sebelumnya, beliau ditanyakan soal sekeping gambar yang mendakwa Adel menafikan ditanya tentang wang RM2.6 bilion oleh mana-mana wakil kerajaan Malaysia.
Kelmarin, Saifuddin memberitahu derma RM2.6 bilion yang didakwa diterima bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiada kena mengena dengan kerajaan Arab Saudi.
[ARTIKEL BERKAITAN: Derma RM2.6 bilion tiada kaitan dengan Arab Saudi]
Kenyataan itu jelas berbeza dengan beberapa kenyataan Adel sebelum ini termasuk ketika mengadakan pertemuan dua hala dengan Najib di luar Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-13 di Istanbul pada 14 April 2016.
Memetik laporan Bernama, Adel akui sedar tentang derma tersebut dan pihaknya tidak mengharapkan sebarang balasan.
“Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
“Dan kami juga sedar bahawa Peguam Negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku. Justeru, setahu kami, isu itu ditutup," katanya kepada wartawan Malaysia.
Memetik laporan New York Times pada 5 Februari 2016, Adel pula berkata beliau tidak fikir wang itu datang dari Kerajaan Arab Saudi atau ia derma politik.
“Saya percaya wang itu untuk tujuan pelaburan di Malaysia,” katanya.
Najib melalui catatan di Facebook Jumaat lalu iaitu beberapa jam selepas kenyataan Saifuddin menegaskan telah mengemukakan bukti derma dari Arab Saudi.
“Di hantaran itu, saya turut menunjukkan bukti dokumen-dokumen dari bank yang membuktikan bahawa kebanyakan dana-dana yang disalurkan kepada akaun saya ialah terus dari Kementerian Kewangan Kerajaan Arab Saudi dan dari putera-putera Arab Saudi.
“Hampir semua dana yang disebut RM2.6 bilion ini sudah dikembalikan kepada sumber yang menyalurkan 4 bulan selepas diterima. Saya pun telah didakwa kerana menerima dana ini dan juga didakwa kerana mengembalikannya,” tulisnya.Sinar Harian
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://idahsalam.blogspot.com/2018/10/rm26b-saifuddin-pertahan-kenyataan.html