Rm136 000 Sebulan Ismail Sabri Bayar Penasihat Paling Besar Sejak Era Najib


malaysiakini.com

Diterbitkan: Dec 13, 2021 7:02 PM

PARLIMEN | Kerajaan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berbelanja paling besar untuk mengambil penasihat khas sejak era Najib Razak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Abd Latiff Ahmad berkata pada masa ini, kerajaan Ismail Sabri telah mengambil seramai lima penasihat khas dengan menelan belanja RM136,136 sebulan.

Abd Latiff berkata demikian berdasarkan jawapan parlimen kepada Ahli Parlimen Alor Setar PKR Chan Ming Kai yang meminta senarai semua penasihat khas yang diupah oleh kerajaan pada masa lalu dan kini.

Penasihat khas semasa ialah Abdul Hadi Awang (Duta Khas ke Timur Tengah), Tiong King Sing (Duta Khas ke China), Richard Riot (Duta Khas ke Jepun, Korea dan Taiwan), S Vigneswaran (Duta Khas ke India dan Asia Selatan) dan Azalina Othman Said (penasihat khas undang-undang dan hak asasi manusia).
Mereka diupah antara Ogos dan Oktober dan masing-masing dibayar RM27,227.20 sebulan.

Sekiranya mereka berkhidmat selama dua tahun penuh, mereka dijangka membelanjakan wang pembayar cukai berjumlah RM3.267 juta.

Kos RM136,136 sebulan adalah lebih tinggi daripada kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin yang mentadbir sebelum Ismail Sabri.

Muhyiddin juga mempunyai empat orang penasihat dengan gaji RM27,227.20 sebulan, kecuali Dr Jemilah Mahmood (penasihat khas kesihatan awam) yang diberi gaji RM18,204.67.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan RM99,886.27 sebulan.
Menjelang penghujung tempoh perkhidmatan Muhyiddin, presiden Bersatu itu turut melantik timbalan partinya Ahmad Faizal Azumu sebagai penasihat khas dengan gaji RM27,227.20 yang menjadikan kos keseluruhan sebanyak 127,113.47.

Bagaimanapun, Ahmad Faizal hanya berkhidmat dalam jawatan itu selama 22 hari berikutan kejatuhan kerajaan Muhyiddin pada Ogos.

Semasa Dr Mahathir Mohamad berkhidmat sebagai perdana menteri kerajaan Pakatan Harapan, dia mempunyai empat orang penasihat.

Mereka ialah Daim Zainuddin yang tidak mengambil gaji, Abdul Kadir Jasin yang menerima RM9,038 sebulan, Tan Kok Wai yang dibayar RM18,204.67 sebulan dan Muhammed Abdul Khalid yang diberi RM19,610.33 sebulan.
Kos keseluruhan sebanyak RM46.853 sebulan.

Pemegang rekod ialah Najib Razak yang berkhidmat sebagai perdana menteri keenam dari 2009 ke 2018.

Dia mempunyai seramai 16 orang penasihat. Jumlah yang besar itu sebahagiannya disebabkan oleh tempoh perkhidmatannya yang panjang selama sembilan tahun.

Mereka berkhidmat pada tempoh berbeza tetapi ketika kemuncaknya pada 2018, Najib mempunyai seramai 10 penasihat khas aktif yang menerima gaji keseluruhan RM244,791.65 sebulan.

Terdapat juga tiga orang penasihat yang tidak mengambil gaji.

Sebelum itu, kerajaan Abdullah Ahmad Badawi yang berkhidmat sejak 2003 hingga 2009 hanya mempunyai seorang penasihat khas, dengan gaji bulanan RM17,820.

Ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri keempat, dia hanya mempunyai seorang penasihat khas pada satu-satu masa, juga dengan gaji RM17,820.

Seorang telah diupah antara 1982 dan 1989 manakala seorang lagi diupah antara 2001 dan 2003.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/12/rm136000-sebulan-ismail-sabri-bayar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Terpaksa Tanggung Kos Rm136 136 Sebulan Untuk Bayar Penasihat Ismail Sabri

Kerajaan Terpaksa Tanggung Kos Rm136 136 Sebulan Untuk Bayar Penasihat Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 220 hits
December 14 2021 Kos RM136 136 sebulan adalah lebih tinggi daripada kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin yang mentadbir sebelum Ismail Sabri Muhyiddin juga mempunyai empat orang penasihat dengan gaji RM27 227 20 sebulan kecuali Dr Jemilah Mah...
Ismail Sabri Berbelanja Besar Daripada Najib

Ismail Sabri Berbelanja Besar Daripada Najib

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 277 hits
Kerajaan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berbelanja paling besar untuk mengambil penasihat khas sejak era Najib Razak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abd Latiff Ahmad berkata pada masa ini kerajaan Ismail Sabri telah mengambil serama...
At Rm136k A Month Ismail Sabri Spending Most On Advisers Since Najib S Era

At Rm136k A Month Ismail Sabri Spending Most On Advisers Since Najib S Era

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 211 hits
Prime Minister Ismail Sabri Yaakob s government has been spending the most to hire special advisers since Najib Abdul Razak s era Minister in the Prime Minister s Department Abd Latiff Ahmad said at present Ismail Sabri s government has hir...
Wartawan Wira Tak Didendang Di Era Covid Kata Ismail Sabri

Wartawan Wira Tak Didendang Di Era Covid Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 262 hits
Media yang bebas dan terbuka disifatkan sebagai mekanisme semak dan imbang yang menjadi teras konsep Keluarga Malaysia kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob PETALING JAYA Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakon menyifatkan wartawan wira yang...
Najib Bersatu Susun Propaganda Untuk Tumbangkan Ismail Sabri

Najib Bersatu Susun Propaganda Untuk Tumbangkan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 263 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak mendakwa bahawa Bersatu sedang menyusunkan propaganda untuk menumbangkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Ahli Parlimen Pekan itu berkata bahawa objektif utama mereka ialah untuk mengembalikan Muhyiddin ...
Sebenarnya Berapa Ramai Penasihat Yang Ismail Sabri Ada

Sebenarnya Berapa Ramai Penasihat Yang Ismail Sabri Ada

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 305 hits
ISMAIL Sabri Yaakob yang dilantik sebagai perdana menteri pada 20 Ogos lalu membentuk barisan kabinet dengan 31 menteri dan 38 timbalan menteri bagi membantu beliau mentadbir negara Beliau juga meneruskan gaya awal pendahulunya Muhyiddin Ya...
Jangan Marah Terimalah Hakikat Ismail Sabri Memang Perlu Ramai Penasihat Di Sisinya

Jangan Marah Terimalah Hakikat Ismail Sabri Memang Perlu Ramai Penasihat Di Sisinya

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 268 hits
Semalam ramai yang terkejut dengan laporan tentang perlantikan Pengerusi UMNO Kedah Jamil Khir Baharom sebagai penasihat agama kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Dengan perlantikan ini bermakna Ismail Sabri kini mempunyai tiga penas...
Keputusan Kes Najib Kedudukan Ismail Sabri Goyah

Keputusan Kes Najib Kedudukan Ismail Sabri Goyah

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 317 hits
December 16 2021 Kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yakub dikatakan dalam bahaya berikutan keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan ke atas Datuk Seri Najib Razak Ekoran itu kekecohan berlaku di Jabatan Perdana Menteri...
Daggers Out For Ismail Sabri In Bersatu Propaganda Machine Claims Najib

Daggers Out For Ismail Sabri In Bersatu Propaganda Machine Claims Najib

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 284 hits
The Bersatu propaganda machine is moving against Prime Minister Ismail Sabri Yaakob who is from Umno claims BN advisory board chairperson Najib Abdul Razak He said they are blaming Ismail Sabri for the rising prices of goods when it is Bers...
Buasir Otak Tv Tak Buat Latihan Cikgu Bagi Be Like

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan

Navigating The Wild How To Use Natural Landmarks For Direction

Drama Mandul Bukan Pilihan

My Life As A Teacher At Smk Ladang Kerilla

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

Memalukan Nak Cabar Siapa Ni Aksi Mesra Pempengaruh Bertudung Dan Penyanyi Undang Kritikan Netizen

Polis Lari Lintang Pukang Dengar Bunyi Letupan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Igp Malaysia Risks Becoming Terror Transit Hub As Is Linked Bangladeshis Recruit Migrant Workers Via Social Media

Unboxing Hadiah Daripada Blogger Kak Amie Terima Kasih Sudi Menghargai

Tuan Ibrahim Perikatan Nasional Akan Tubuhkan Jawatankuasa Khas Bantu Rakyat Hadapi Tekanan Ekonomi

The Graduate A Slick Bmw Boxer Bobber Built From R65 And R100 Parts

Dividen Koperasi Tnb Panduan Pengeluaran

Penumpang Disangka Penyeludup Beri Persembahan Tak Dijangka Dalam Zon Pemeriksaan