Rm13 Juta Sumbangan Bina Masjid Sekolah Tahfiz Bukan Rasuah Zahid Beritahu Mahkamah


freemalaysiatoday.com
Bernama
-May 25, 2022 7:11 PM
Sumbangan menerusi 23 cek berjumlah RM13 juta oleh syarikat Mastoro Kenny IT Consultant & Services dimasukkan ke dalam akaun pelanggan Tetuan Lewis & Co, kata Ahmad Zahid Hamidi. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Wang RM13 juta disumbangkan seorang ahli perniagaan kepada Yayasan Akalbudi (YAB) bukan rasuah, sebaliknya bagi membangunkan masjid dan sekolah tahfiz di Bagan Datuk, Perak, kata bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid, 69, memberitahu Mahkamah Tinggi, hari ini, bahawa beliau juga tidak pernah menjanjikan apa-apa projek MyEG kepada ahli perniagaan itu, Junaith Asharab Md Shariff, yang juga pemborong tekstil, sebagai balasan kepada sumbangan tersebut.

Ini kerana kerana MyEG bukan di bawah kendalian Kementerian Dalam Negeri (KDN) tetapi di bawah Kementerian Kewangan, katanya.

Bekas menteri dalam negeri itu, berkata sumbangan menerusi 23 cek (berjumlah RM13 juta) oleh syarikat Mastoro Kenny IT Consultant & Services dimasukkan ke dalam akaun pelanggan Tetuan Lewis & Co dan fakta itu disahkan oleh Junaith Asharab yang juga saksi pendakwaan ke-36 ketika beliau memberi keterangan di mahkamah.

“Pihak pendakwaan sendiri tidak pernah mengemukakan apa-apa keterangan atau bukti di mahkamah yang menunjukkan terdapat apa-apa cadangan atau bukti yang menyatakan saya menjanjikan projek-projek tersebut kepada Junaith Asharab.

“Malah, keterangan Junaith Asharab sendiri juga sangat jelas menyatakan bahawa cek-cek tersebut merupakan sumbangannya untuk pembinaan masjid dan sekolah tahfiz di Bagan Datuk,” katanya.

Zahid berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksi, semasa membela diri atas 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya melibatkan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit dana milik YAB.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, berkata sebelum ini Junaith Asharab memberikan keterangan di mahkamah dengan menyatakan bahawa: “Saya dari keluarga yang terkenal. Keluarga mertua saya kaya raya.”

“Saya juga telah dimaklumkan bahawa Junaith Asharab adalah seorang India muslim yang datang daripada keluarga yang sangat kaya yang kemampuan beliau melampaui kemampuan orang-orang biasa. Saya juga difahamkan bahawa beliau mempunyai satu kemudahan dari segi wang ringgit untuk disumbangkan kepada mana-mana pihak yang diingini.

“Saya juga dimaklumkan bahawa Junaith Asharab turut menyumbang ke atas pembinaan sebuah masjid di India yang tulisan 30 juzuk ayat-ayat Al-Quran pada masjid tersebut dibuat daripada emas dan perkataan ‘Bismillah’ di permulaan setiap surah dibuat daripada berlian,” katanya.

Selain itu, Zahid menafikan bahawa beliau menerima rasuah RM250,000 daripada Junaith Asharab kerana wang tersebut adalah pinjaman yang diberikan kepada adiknya, Nasaee.

“Berdasarkan keterangan yang diberikan oleh Junaith Asharab semasa di peringkat pendakwaan di mahkamah, cek itu adalah pinjaman yang diberikan kepada adik saya (Nasaee). Saya tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan cek ini dan saya tidak mempunyai pengetahuan bahawa cek ini adalah pinjaman kepada adik saya.

“Saya tidak mempunyai pengetahuan peribadi berkenaan pinjaman ini dan apa-apa kaitan dengan cek ini. Saya juga tidak mempunyai pengetahuan bahawa cek ini adalah pinjaman kepada adik saya,” katanya yang mengenali Junaith Asharab sejak 2016 melalui Nasaee.

Bagi pertuduhan rasuah, Zahid didakwa dengan lapan pertuduhan menerima suapan daripada tiga syarikat iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn Bhd sebagai dorongan untuk dirinya sebagai menteri dalam negeri ketika itu bagi membantu syarikat-syarikat berkenaan mendapatkan projek MyEG, membekalkan cip pasport, dan dilantik sebagai pengendali pusat sehenti visa migran, masing-masing di Pakistan dan Nepal.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di cawangan Maybank Dataran Maybank di Jalan Maarof, Bangsar, antara 15 Jul 2016 dan 15 Mac 2018.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/05/rm13-juta-sumbangan-bina-masjid-sekolah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sumbangan Rm13 Juta Untuk Masjid Dan Sekolah Tahfiz Wow

Sumbangan Rm13 Juta Untuk Masjid Dan Sekolah Tahfiz Wow

papar berkaitan - pada 28/5/2022 - jumlah : 107 hits
Sumbangan RM13 juta untuk masjid dan sekolah tahfiz Wow Masjid mana yang dapat Apa canggihnya masjid tu sebab sumbangan RM13 juta tu besar tu Mesti canggih jadinya Sekolah tahfiz mana dapat bantuan Berapa ramai murid sekolah tahfiz tu Ke su...
Laluan Tanpa Tol Bina 30 Masjid Antara Tawaran Bn Jika Pas Terengganu Tumbang

Laluan Tanpa Tol Bina 30 Masjid Antara Tawaran Bn Jika Pas Terengganu Tumbang

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 113 hits
BN Terengganu berjanji akan membina 30 masjid dalam tempoh lima tahun selain membina jalan empat lorong dari Kemaman ke Besut tanpa tol melalui jalan pantai PETALING JAYA Laluan tanpa tol projek Lebuhraya Pantai Timur 3 hingga ke Besut dan ...
Tu Dia Aihhh Umpan Dengan Masjid La Pulak Rakyat Hidup Tak Cukup Makan Nak Bina Masjid Lagi

Tu Dia Aihhh Umpan Dengan Masjid La Pulak Rakyat Hidup Tak Cukup Makan Nak Bina Masjid Lagi

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 131 hits
Laluan tanpa tol bina 30 masjid antara tawaran BN jika PAS Terengganu tumbang May 17 2022 9 BN Terengganu berjanji akan membina 30 masjid dalam tempoh lima tahun selain membina jalan empat lorong dari Kemaman ke Besut tanpa tol melalui jala...
Saman Lobi Kes Mahkamah Dr M Dakwa Zahid Bertemunya 5 Kali

Saman Lobi Kes Mahkamah Dr M Dakwa Zahid Bertemunya 5 Kali

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 155 hits
malaysiakini comDiterbitkan May 17 2022 Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mendakwa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menemuinya sebanyak lima kali antara 2018 hingga 2020 Mahathir berkata demikian dalam pernyataan pembelaannya sebaga...
Catatan Kj Bomoh Direkod Dalam Buku Faraid Uksb Saksi Beritahu Mahkamah

Catatan Kj Bomoh Direkod Dalam Buku Faraid Uksb Saksi Beritahu Mahkamah

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 108 hits
May 20 2022 Buku 555 dalam perbicaraan kes Ahmad Zahid Hamidi adalah lejar yang mencatatkan bayaran yang dibuat oleh syarikat itu kepada beberapa individu antara 2014 dan 2018 SHAH ALAM Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa catatan KJ ...
Kita Jumpa Di Mahkamah Kata Zahid Kepada Dr Mahathir

Kita Jumpa Di Mahkamah Kata Zahid Kepada Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 134 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata dia akan menjawab di mahkamah berhubung dakwaan Dr Mahathir Mohamad bahawa dirinya berjumpa dengan bekas perdana menteri itu untuk membincangkan kes jenayah yang dihadapinya Ini susulan mahk...
Zahid Rm13m For Mosque And Tahfiz School Not Bribe For Myeg Projects

Zahid Rm13m For Mosque And Tahfiz School Not Bribe For Myeg Projects

papar berkaitan - pada 26/5/2022 - jumlah : 159 hits
Ahmad Zahid Hamidi told the High Court in Kuala Lumpur today that an RM13 million contribution given by a businessperson to Yayasan Akalbudi was not a bribe but was for building a mosque and a tahfiz school in Bagan Datuk Perak Zahid 69 sai...
Pendedahan Rasuah Zahid Hamidi Menipiskan Lagi Peluang Umno Menang Pru15

Pendedahan Rasuah Zahid Hamidi Menipiskan Lagi Peluang Umno Menang Pru15

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 186 hits
Kecuali ahli UMNO yang taksub semua rakyat Malaysia rata ratanya terkejut dengan keterangan seorang saksi dalam perbicaraan rasuah melibatkan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi berkaitan sistem pengurusan visa luar negara pada minggu lalu Sak...
Sirul Keluarkan Senjata Dari Stor Bukit Aman Saksi Beritahu Mahkamah

Sirul Keluarkan Senjata Dari Stor Bukit Aman Saksi Beritahu Mahkamah

papar berkaitan - pada 20/5/2022 - jumlah : 141 hits
May 19 2022 6 Seorang saksi memberitahu mahkamah tahun lalu bahawa Sirul Azhar Umar mengaku menembak Altantuya Shaariibuu SHAH ALAM Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu tiada arahan daripada mana mana pegawai kanan kepada Sirul Azhar Umar ya...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Linkedin Menjadi Mitra Plan Indonesia Buka Peluang Kerja Bagi 400 Pencari Kerja Baru Di Jawa Tengah

5 Hidden Features Of Wordpress Com

Hospital Kuala Pilah

From Gear To Gear Exploring The Mechanics Of Ram And Dodge Transmissions

Satisfy Your Pup S Cravings Exploring The World Of Natural Dog Treats

Semua Pm Setuju Isu Subsidi Bersasar