Laluan Tanpa Tol Bina 30 Masjid Antara Tawaran Bn Jika Pas Terengganu Tumbang


 
BN Terengganu berjanji akan membina 30 masjid dalam tempoh lima tahun, selain membina jalan empat lorong dari Kemaman ke Besut tanpa tol melalui jalan pantai.PETALING JAYA: Laluan tanpa tol projek Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) hingga ke Besut dan pembinaan 30 masjid, antara tawaran manifesto Barisan Nasional (BN) Terengganu jika kerajaan PAS negeri itu ditumbangkan.
Ketua Umno Bahagian Besut, Nawi Mohamad, berkata manifesto itu akan dilakukan dalam usaha merancakkan kembali pembangunan di negeri tersebut.
“Saya telah hadir dalam satu perjumpaan bersama Ketua Umno Terengganu Ahmad Said pada Isnin. Antara janji kita, kalau BN menang pada PRU15 (pilihan raya umum ke-15), kita nak teruskan projek Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) hingga ke Besut.
“Selain itu, kalau menang di Terengganu juga, kita akan membina 30 masjid dalam masa lima tahun.
“Kita nak menjadikan Terengganu sebagai negeri maju dan menjana pendapatan orang Terengganu menerusi pelancongan. Jalan empat lorong juga akan dibuat dari Kemaman ke Besut tanpa tol dan secara percuma melalui jalan pantai.
“Jalan itu juga akan melalui Kampung Fikri, Setiu. Datuk Ahmad Said akan buat satu jambatan dan akan ada restoran tengah laut,” katanya menurut laporan Sinar Harian.
Beliau berkata, Tasik Kenyir juga akan terus dimajukan dalam usaha memastikan lebih ramai pelancong hadir ke negeri tersebut.
Hari ini, Bersatu Terengganu mengumumkan akan meletakkan calon di 10 kerusi Dewan Undangan Negeri disandang BN selepas mendapat persetujuan PAS, pada PRU15.
Ketua Bersatu negeri, Razali Idris, berkata PAS melalui perbincangan pengagihan kerusi sudah bersetuju menyerahkan 10 kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen dikuasai BN kepada Bersatu untuk meletakkan calon.
Pada PRU14 lalu, BN memenangi 10 daripada 32 kerusi DUN iaitu Kuala Besut, Jertih, Hulu Besut, Permaisuri, Langkap, Batu Rakit, Seberang Takir, Telemung, Bukit Besi dan Kijal. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/05/laluan-tanpa-tol-bina-30-masjid-antara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Terengganu Lebih Yakin Pas Mungkin Tumbang Pru 15

Umno Terengganu Lebih Yakin Pas Mungkin Tumbang Pru 15

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 142 hits
MOHD SAYUTI OMARPengerusi Umno Terengganu Ahmad Said kata parti itu tidak akan berpakat dengan mana mana pihak dalam pilihan raya akan datang dan akan meletakkan calon di semua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri dan lapan kerusi Parlimen Hari ...
Tiada Kerjasama Dengan Pas Di Terengganu Bn Tanding Semua Kerusi Pru15

Tiada Kerjasama Dengan Pas Di Terengganu Bn Tanding Semua Kerusi Pru15

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 206 hits
PETALING JAYA Umno Terengganu sudah memuktamadkan untuk tidak mengadakan sebarang kerjasama dengan PAS dalam menghadapi pilihan raya umum ke 15 dan akan meletakkan calon bertanding di semua 32 kerusi kerusi Dewan Undangan Negeri serta lapan...
Pas Tidak Akan Bertahan Di Terengganu Pru 15

Pas Tidak Akan Bertahan Di Terengganu Pru 15

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 104 hits
Pas tidak akan bertahan di Terengganu PRU 15Posted By on May 06 2022Perjuangan Pas yang tidak konsisten sejak 2016 kerana berhubung baik dengan Umno dan kemudian menyertai pula kerajaan tebuk atap BN PN menyebabkan banyak penyokong dan ahli...
Terengganu Pas Makes Overtures But Umno Is Busy

Terengganu Pas Makes Overtures But Umno Is Busy

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 152 hits
Terengganu PAS has made further overtures to its Umno counterparts but was met with a dead end According to Astro Awani Terengganu PAS chief Husain Awang said his party was twice unsuccessful in their attempts to organise meetings with Umno...
Muafakat Nasional Terengganu Pas Kata Mahu Kerjasama Pula

Muafakat Nasional Terengganu Pas Kata Mahu Kerjasama Pula

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 135 hits
Usaha PAS untuk meneruskan kerjasama dengan UMNO menerusi Muafakat Nasional di Terengganu masih tergantung Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Husain Awang mendakwa pihaknya cuba mengatur pertemuan dengan pihak UMNO namun sehingga kini masih b...
Selepas Dapat Restu Pas Bersatu Terengganu Letak 10 Calon Lawan Bn

Selepas Dapat Restu Pas Bersatu Terengganu Letak 10 Calon Lawan Bn

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 127 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Bersatu Terengganu akan meletakkan calon di 10 kerusi Dewan Undangan Negeri disandang Barisan Nasional hasil persetujuan bersama PAS pada pilihan raya umum ke 15 Ketua Bersatu negeri Razali Idris berkata pihaknya ...
Tu Dia Aihhh Umpan Dengan Masjid La Pulak Rakyat Hidup Tak Cukup Makan Nak Bina Masjid Lagi

Tu Dia Aihhh Umpan Dengan Masjid La Pulak Rakyat Hidup Tak Cukup Makan Nak Bina Masjid Lagi

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 137 hits
Laluan tanpa tol bina 30 masjid antara tawaran BN jika PAS Terengganu tumbang May 17 2022 9 BN Terengganu berjanji akan membina 30 masjid dalam tempoh lima tahun selain membina jalan empat lorong dari Kemaman ke Besut tanpa tol melalui jala...
Bubarlah Pas Biar Umno Punahkan Islam Ini Tajuk Yang Betul Untuk Ahmad Maslan

Bubarlah Pas Biar Umno Punahkan Islam Ini Tajuk Yang Betul Untuk Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 156 hits
Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan mencadangkan PAS dibubarkan kerana menurutnya Umno sudah cukup membawa wadah perjuangan Islam Saya rasa Ahmad Maslan sepatutnya bercakap begini bubarkan PAS agar kami UMNO lebih mudah menyeleweng dan memus...
Ahmad Maslan Cadang Pas Di Bubarkan Sebab Umno Turut Bawa Wadah Perjuangan Islam

Ahmad Maslan Cadang Pas Di Bubarkan Sebab Umno Turut Bawa Wadah Perjuangan Islam

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 119 hits
KUALA LUMPUR Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini mencadangkan PAS dibubarkan kerana UMNO turut membawa wadah perjuangan Islam Katanya UMNO sudah menjadi parti politik yang turut membawa wadah perjuangan Islam dan sudah me...
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Honor Lancar Empat Peranti Baharu Honor Pad 9 5g Honor X7b 5g Honor Magicbook X 16 Honor Band 9

Persatuan Hotel Bajet Sarankan Penggunaan Pekerja Asing Untuk Industri Perhotelan



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Tiktoker Galih Ditahan Bikin Konten Penistaan Agama Untuk Cari Endorse

Lirik Lagu Cinta Setandan Pisang Eda Ezrin Den Manjo

Mood Blogging On

Banjir Besar Dubai 2024 Ustaz Azhar Idrus

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Update Daftar Link 50 Anggota Aktif Komunitas Blogger Pontianak