Rm10 Juta Diberikan Pusat Kenapa Tak Bagi Kita Bantuan Yang Dapat Hanya Orang Pas


Satu sen pun tak ada - itu dakwaan Pengerusi Umno Terengganu, Ahmad Said, berhubung wang peruntukan untuk wakil-wakil rakyat parti itu di negeri berkenaan untuk membantu rakyat semasa wabak Cobid-19.

Menurut bekas menteri besar Terengganu itu, sudah ada tiga fasa bantuan disalurkan kerajaan negeri - yang dipimpin oleh PAS - setakat ini namun Adun Umno belum menerimanya.

Beliau juga mendakwa jumlah peruntukan yang ditetapkan tidak adil di antara Adun PAS dan Umno walaupun kedua-dua parti itu membentuk Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional (PN).

Semalam YB Wan Sukhairi menafikan dakwaan saya bahawa kerajaan negeri tidak memperuntukkan satu sen pun bantuan Covid-19 kepada Adun Umno-BN. Kerajaan Terengganu sebelum ini sudah mengeluarkan bantuan fasa satu, dua dan tiga.Dalam ketiga-tiga fasa ini, satu sen pun tidak diperuntukan atau disalurkan melalui saya dan rakan-rakan Adun daripada Umno dan BN," Suka sekali lagi saya jelaskan sehingga kini ADUN Umno-BN Terengganu tidak menerima satu sen pun peruntukan kerajaan negeri bagi bantuan covid-19

RM10j untuk kerajaan negeri

DUN Terengganu mempunyai 32 kerusi dengan 22 daripadanya dikuasai PAS. Menteri besar negeri itu ialah Dr Samsuri Mokhtar yang juga naib presiden parti berkenaan.

Di sebalik pembentukan Muafakat Nasional - dan kemudian PN - kerajaan negeri masih dikendalikan oleh PAS dengan tiada seorang pun wakil Umno dibawa menjadi salah seorang exco negeri.

Sebuah lagi kerajaan negeri yang dalam keadaan begitu ialah Kelantan.

Kata Ahmad ketika wakil rakyat PAS menerima dana sebanyak RM350,000 seorang, Adun Umno pula diberikan hanya sebanyak RM45,000.

Bagi pegawai penyelaras DUN PAS - yang ditugaskan di kawasan PAS kalah - mereka menerima dana sebanyak RM305,000.

"Baru-baru ini kerajaan pusat menyalurkan peruntukan RM10 juta bantuan Covid-19 untuk rakyat melalui akaun kerajaan negeri.

"Sebanyak RM300,000 disalurkan kepada setiap DUN, tetapi bagi Adun Umno-BN cuma RM45,000 sahaja diagihkan melalui kami, bakinya disalurkan kepada penyelaras DUN PAS.

"Perkara sebegini tidak berlaku di negeri Perikatan Nasional (PN) yang lain seperti Perlis dan Pahang," katanya.

Sementara itu mengulas apakah beliau sudah berhubung dengan Ahmad Samsuri berhubung perkara itu, Ahmad berkata, tiada apa yang perlu diperkatakan lagi.


Sambut 'gendang' dipalu

"Nak bercakap apa lagi? Memang menteri besar dah tahu sebab dia yang hantar siapa-siapa dia nak bagi. Ketua penerangan dia bagi tahu semalam.

"OK, peruntukan ini bukan untuk wakil rakyat Umno, bukan untuk wakil rakyat PAS tetapi untuk rakyat.

"Kemudian dia kata dah bagi RM45,000. Itu kita tak dipertikaikan, RM45,000 itu awal lagi kerajaan negeri bagi, tapi masalahnya sekarang RM10 juta itu diberikan oleh kerajaan pusat. Kenapa tak bagi kita?" soalnya.

Malah Anggota Dewan Negeri (Adun) Kijal itu berkata beliau sendiri telah turun ke setiap kawasan bagi memastikan bantuan yang dimaklumkan kerajaan negeri itu.

Bagaimanapun, kata Ahmad Said beliau kesal dengan apa yang berlaku.

"Sekarang ini kita (Umno) pergi ke kampung-kampung tanya, dia bagi kepada wakil rakyat dia tapi tak beritahu kita dan diberikan secara sembunyi-sembunyi.

"Orang-orang dia, orang PAS sahaja dia bagi. Orang lain dia tak bagi. Dia cakap sedap, ini untuk rakyat tetapi kenapa ia (bantuan) tak sampai. Yang dapat hanya orang-orang PAS.

"Covid-19 ini tak kira siapa dan duit itu bukan dari kerajaan negeri, kalau dari kerajaan negeri kita tak pertikaikan. Tapi ini dari pusat," katanya.

Ketika diminta mengulas apakah kerajaan Terengganu kini perlu bersikap lebih adil dalam perkara tersebut, Ahmad enggan berbuat demikian.

"Tak payah beritahu (minta kerajaan negeri bersikap lebih adil), tak payah. PAS ini memang dari dulu, tapi kita nak beritahulah kalau macam itu gendang dia, kita akan sambut gendang dia macam itu. Tak ada masalah," katanya.

Pada 12 April lalu, Ahmad Said dilaporkan meminta agar kerajaan negeri menyalurkan peruntukan sebanyak RM10 juta daripada kerajaan Pusat bagi menangani krisis Covid-19 di setiap negeri secara sama rata kepada wakil rakyat.

Ahmad Said berkata, peruntukan itu amat penting untuk mereka agihkan kepada rakyat di kawasan masing-masing.

Sementara itu, seorang lagi bekas menteri besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman turut mengesahkan perkara itu. Menurut Ahmad Razif, sehingga kini beliau hanya menerima peruntukkan RM45,000 sahaja dari kerajaan negeri.

"Saya agih saja bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan dan sebagainya macam biasa menggunakan sumber-sumber sedia ada.

"Kita pun adalah sikit-sikit peruntukan, peruntukan RM45,000 yang diberikan sebelum ini tu kita belanja habislah,"

Setiausaha Akhbar Menteri Besar Terengganu, Mohd Adram Musa, yang dihubungi Malaysiakini pula enggan mengulas lanjut perkara tersebut.

"Menteri besar tak akan respon berita bersifat provokatif dan yang tak produktif," katanya.

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/04/rm10-juta-diberikan-pusat-kenapa-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantuan Khas Rm21 Juta Untuk Pusat Tahfiz Pondok Sekolah Agama

Bantuan Khas Rm21 Juta Untuk Pusat Tahfiz Pondok Sekolah Agama

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 254 hits
Nampaknya pihak kerajaan kita melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut telah mengumumkan penambahan bantuan khas one off kepada pusat Tahfiz Swasta Pondok Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Swasta Perkara ini diumumkan oleh Datu...
Bantuan Covid 19 Di Terengganu Hanya Untuk Penyokong Pas

Bantuan Covid 19 Di Terengganu Hanya Untuk Penyokong Pas

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 278 hits
Sesungguhnya umat Islam itu bersaudara Itulah asas konsep Islam universal yang menyatukan kita baik pada waktu aman atau darurat Semalam Ketua Perhubungan Umno Terengganu Dato Sri Ahmad Said menyatakan Umno serta rakan BN lain tidak menerim...
Virus Corona Anies Penduduk Miskin Dapat Bantuan Rp 1 Juta Per Bulan

Virus Corona Anies Penduduk Miskin Dapat Bantuan Rp 1 Juta Per Bulan

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 317 hits
Gubernur DKI Jakarta Anies Baswedan mengungkap bantuan senilai Rp 1 juta rupiah per keluarga akan dikucurkan ke warga miskin dan rawan miskin di Jakarta yang perekonomiannya terdampak akibat pandemi virus Corona Hal ini terungkap dalam rapa...
Benarkah Kerajaan Ph Hancur Pas Hanya Isi Kekosongan

Benarkah Kerajaan Ph Hancur Pas Hanya Isi Kekosongan

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 416 hits
Selepas surat Presiden Pas Hj Hadi Awang memburuk burukkan Presiden PKR Anwar Ibrahim yang digambarkan mahu merampas kuasa Tun Mahathir sehingga tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan terbaru timbul pula hujah penyokong Pas yang mewajarkan tin...
Bantuan Rm21 Juta Bantu Tahfiz Sekolah Agama Pondok

Bantuan Rm21 Juta Bantu Tahfiz Sekolah Agama Pondok

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 497 hits
BANGI 8 Syaaban 1441H Khamis Bantuan secara one off berjumlah RM21 juta bakal disalurkan kepada semua pusat tahfiz swasta pondok sekolah agama rakyat dan swasta yang berdaftar di seluruh negara Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Zu...
Pas Umno Menutup Kelemahannya Dengan Hanya Menfitnah Dap Sebagai Sasarannya

Pas Umno Menutup Kelemahannya Dengan Hanya Menfitnah Dap Sebagai Sasarannya

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 293 hits
Kenapa DAP dimusuhi oleh PasUmno Sesuatu perlu dilakukan untuk menutup sesuatu kelemahan Maksudnya orang Melayu mesti dihasut dan ditakutkan dengan sesuatu perkara yang sensitif Perkara apa Islam terancam hak Melayu ingin dihapuskan Kerana ...
Kerajaan Hanya Tanggung Rm150 Sehari Bagi 45 Hotel Yang Telah Diwartakan Sebagai Pusat Kuarantin

Kerajaan Hanya Tanggung Rm150 Sehari Bagi 45 Hotel Yang Telah Diwartakan Sebagai Pusat Kuarantin

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 234 hits
SEBENARNYA Kerajaan tidak menanggung sepenuhnya kos bilik dan makan di hotel yang dijadikan pusat kuarantin sebaliknya hanya membayar RM150 sehari Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata setaka
Dampak Corona Singapura Beri Bantuan Tunai Rp9 Juta Bagi Warga Di Atas 21 Tahun

Dampak Corona Singapura Beri Bantuan Tunai Rp9 Juta Bagi Warga Di Atas 21 Tahun

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 223 hits
Menurut Heng dengan bantuan tunai itu maka pemerintah menggelontorkan dana sebesar USD 1 1 miliar
Bertaruh Nyawa Insentif Perawat Covid 19 Rp7 5 Juta Netizen Hanya Untuk Asn Saja

Bertaruh Nyawa Insentif Perawat Covid 19 Rp7 5 Juta Netizen Hanya Untuk Asn Saja

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 332 hits
Senyumperawat com Insentif perawat Covid 19 sudah disampaikan oleh Kemenkeu soal bagaimana rinciannya Presiden Joko Widodo memastikan para tenaga medis akan mendapatkan kompensasi berupa uang Merupakan sebuah apresiasi atas dedikasi tenaga ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids