Bantuan Covid 19 Di Terengganu Hanya Untuk Penyokong Pas




Oleh RAJA KAMARUL BAHRIN SHAHApril 17, 2020 ‘Sesungguhnya umat Islam itu bersaudara’. Itulah asas konsep Islam universal yang menyatukan kita baik pada waktu aman atau darurat.Semalam Ketua Perhubungan Umno Terengganu, Dato Sri Ahmad Said menyatakan Umno serta rakan BN lain tidak menerima apa-apa bantuan langsung dari kerajaan Pas Terengganu dari peruntukan RM10 juta bantuan krisis Covid-19 dari Kerajaan Pusat.Perlu diingat Umno-BN bersama PPBM merupakan rakan Pas dalam Perikatan Nasional. Mereka merupakan gabungan yang di katakan kerajaan Melayu-Islam yang didominasi oleh tiga parti Melayu-Islam itu.Kalau rakan satu angkatan Muafakat Nasional pun tidak dihulurkan bantuan Covid-19, apa pula nasib rakyat biasa yang lain yang dibiarkan terpinggir pada waktu mereka memerlukan bantuan serta pembelaan menjelang bulan Ramadhan ini?Minggu lepas, saya telah menyuarakan keluhan rakyat biasa Terengganu yang bukan daripada kalangan penyokong Pas yang tidak menerima apa-apa bantuan langsung.
Kerajaan Pas Terengganu menjawab bahawa mereka telah selesai fasa ketiga pembahagian bantuan. Yang nyata ramai rakyat bukan penyokong Pas belum menerima apa-apa bantuan.Semalam, sahihlah dengan pendedahan Ketua Perhubungan Umno Terengganu bahawa bantuan Covid-19 hanya diberi kepada penyokong Pas sahaja.Amatlah mendukacitakan Kerajaan Terengganu, yang diterajui parti yang mengakui sebuah parti Islam, mengamalkan diskriminasi pembahagian bantuan rakyat susah dalam negeri yang 97 peratus rakyatnya Islam-Melayu.Sangat memalukan dibandingkan di pantai barat beberapa NGO swasta kecil membahagikan bantuan makanan percuma tidak mengira agama dan kaum sementara negeri digelar Kuwait Malaysia, bukan sahaja tidak mengeluarkan wang negeri untuk membantu rakyat umum, tetapi menafikan peruntukan kerajaan pusat yang di peruntukan khas untuk bantuan Covid-19.Pendedahan YB Dato Ahmad Said menunjukkan sikap disriminasi Pas walaupun dalam kalangan rakan satu angkatan, satu agama dan bangsa dalam PN. Tuduhan ini juga di sokong oleh seorang lagi mantan Menteri Besar Terengganu Dato Sri Razif.Ini juga mendedahkan Pas bukan sahaja enggan untuk berkongsi peruntukkan bantuan untuk rakyat tetapi juga berkongsi kuasa di peringkat negeri.Walaupun di peringkat pusat PAS memiliki 8 perlantikan Menteri dan Timbalan Menteri, di negeri milik PAS tiada langsung lantikan dari UMNO atau PN di dalam EXCO Negeri. Sebagai mantan Menteri Besar Negeri, sekurang kurangnya Dato Ahmad Said dan Dato Razif patut di lantik dalam Exco Negeri Terengganu.Inilah sikap PAS yang tidak ingin berkongsi kuasa. Mereka hanya ingin menerima tetapi enggan memberi atau berkongsi.Semasa Kerajaan PH memerintah, kami bukan sahaja memberikan Royalti terus kepada Terengganu, tetapi berbagai Kementerian Kerajaan PH juga menurunkan peruntukan masing-masing kepada Negeri.Hari ini, Kerajaan PAS Negeri tidak memberi langsung bantuan kepada rakyat biasa, selain dari penyokong parti sendiri, dan membiarkan rakyat lain dalam kesusahan di ambang menyambut bulan ramadhan yang mulia ini.Di manakah semangat Islam yang bersaudara, baik di kalangan rakan mereka sendiri dari Perikatan Nasional, atau di kalangan rakyat Islam- Melayu Terengganu lain yang menghadapi kesusahan di Negeri Darul Iman ini ?Apapun slogan PAS menyatakan di bibir hari ini, sebenarnya pegangan perjuangan PAS masih berada pada amanat tahun 1981 di Banggol Peradong.Amanat YB Haji Hadi Awang di Banggol Peradong masih mencorakkan politik mereka yang hanya percaya yang hanya diri mereka yang betul dan tiada akan bolih ujud kerjasama berkekalan yang bermakna dengan mana mana pihak lain. Inilah yang di alami oleh PN bersama UMNO dan PPBM hari ini.Peristiwa bersejarah Banggol Peradong amat mendalam kesannya di mana dalam suatu masyarakat tempatan keluarga diasingkan, suami isteri bertelagah dan komuniti berpecah belah.Walaupun ini kurang di perkatakan hari ini, malangnya budayanya masih ujud di lubuk hati masyarakat tempatan PAS Terengganu terutamanya terhadap UMNO.Malangnya semasa masyarakat seluruh dunia hari ini bolh melupakan persengketaan dan perbezaan semasa menghadapi wabak Covid, seperti masyarakat Sunni dan Shiah serta rakyat Islam dan Yahudi yang bolih berdamai, tetapi Kerajaan PAS Terengganu sangat menebal sikap pemusuhan mereka.Tidak berapa hari lagi tinggal sebelum bulan ramadhan yang mulia tiba di mana yang susah amat mengharapkan bantuan. Malangnya sikap kerajaan PAS negeri Terengganu Darul Iman, masih meminggirkan sesama Islam dan Melayu rakyat sendiri di bulan yang mulia menghadapi krisis global Covid.Perlu kita renung makna apa yang ada pada nama ‘Kerajaan Islam Melayu’ yang di laungkan oleh PAS.Tidak ada taburan rakyat yang lebih ramainya Islam dan Melayu di Malaysia selain dari Terengganu.Di antara empat negeri termiskin, tidak ada taburan rakyat termiskin nelayan serta petani yang lebih ramai di Malaysia selain dari Terengganu.Inikah caranya sebuah kerajaan Islam memimpin negeri begelar Darul Iman di bawah kerajaan Islam Melayu ?Didalam situasi hari ini nampaknya, “Islam-Melayu hanya di bibir, PAS sebenarnya bersendiri di hati”.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/bantuan-covid-19-di-terengganu-hanya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rm10 Juta Diberikan Pusat Kenapa Tak Bagi Kita Bantuan Yang Dapat Hanya Orang Pas

Rm10 Juta Diberikan Pusat Kenapa Tak Bagi Kita Bantuan Yang Dapat Hanya Orang Pas

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 260 hits
Satu sen pun tak ada itu dakwaan Pengerusi Umno Terengganu Ahmad Said berhubung wang peruntukan untuk wakil wakil rakyat parti itu di negeri berkenaan untuk membantu rakyat semasa wabak Cobid 19 Menurut bekas menteri besar Terengganu itu su...
Covid 19 199 Penggiat Pelancongan Terengganu Bakal Terima Bantuan One Off

Covid 19 199 Penggiat Pelancongan Terengganu Bakal Terima Bantuan One Off

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 249 hits
KUALA TERENGGANU 12 April Kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan wang tunai berbentuk sekali bayar kepada penggiat industri pelancongan yang terjejas akibat COVID 19 Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan Dan Teknologi Maklumat Neg...
Covid 19 Hanya Mampu Di Luar Pagar Lambaian Terakhir Dr Hadio

Covid 19 Hanya Mampu Di Luar Pagar Lambaian Terakhir Dr Hadio

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 269 hits
MANGSA COVID 19 DI JAKARTA DR HADIO ALI HANYA BERDIRI DI LUAR PAGAR MELIHAT ANAK ANAK DAN ISTERINYA BUAT KALI TERAKHIRIni gambar terakhir Dr Hadio Ali yang meninggal dunia baru baru ini selepas berjuang merawat pesakit pesakit jangkitan wab...
Covid 19 Pekerja Kontrak Pengurusan Sisa Pepejal Terima Bantuan

Covid 19 Pekerja Kontrak Pengurusan Sisa Pepejal Terima Bantuan

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 279 hits
Oleh Ahmad Ezani RazaliKEMAMAN 13 April Seramai 145 orang pekerja kontrak pengurusan sisa pepejal seluruh Kemaman yang melibatkan Dewan Undangan Negeri Kemasik Kijal Cukai dan Air Putih masing masing menerima bantuan kelmarin Penolong Penga...
Bekas Ratu Cantik Jadi Doktor Rawat Covid 19 Turut Beri Bantuan Guna Duit Sendiri

Bekas Ratu Cantik Jadi Doktor Rawat Covid 19 Turut Beri Bantuan Guna Duit Sendiri

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 351 hits
Gelaran peserta Miss World Malaysia 2019 nbsp yang disandang oleh Dr Nisha Thayananthan sememangnya layak diterima berikutan baktinya ketika ini apabila menjadi salah seorang frontliner yang bertugas melawan Covid 19 di Hospital Putrajaya D...
Bapa Meninggal Akibat Covid 19 Enam Beradik Ini Perlu Bantuan

Bapa Meninggal Akibat Covid 19 Enam Beradik Ini Perlu Bantuan

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 253 hits
Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum Maafkan pena bisu ini yang sering menulis hari demi hari Ada waktunya aku tak bisa memendam rasa menjeruk hati menangis sendiri Aku mulakan petang Jumaat penghulu segala hari yang mulia ini denga...
Bantuan Covid 19 Sabah

Bantuan Covid 19 Sabah

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 867 hits
BANTUAN COVID 19 SABAH Kerajaan negeri Sabah telah melancarkan sistem atas talian online iaitu untuk mengurusakan bantuan Covid 19 kepada rakyat negeri ini Portal ini merangkumi semua jenis pakej bantuan Covid 19 yang disediakan oleh keraja...
Mula Sesi Persekolahan Hanya Selepas Krisis Covid 19 Tamat Persatuan Beritahu Kpm

Mula Sesi Persekolahan Hanya Selepas Krisis Covid 19 Tamat Persatuan Beritahu Kpm

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 293 hits
April 10 2020 6 57 AMSetiausaha Page Tunku Munawirah Putra berkata pelajar perlu memahami dan mematuhi SOP seperti penjarakan sosial 1 meter antara pelajar serta guru semasa di dalam kelas dan kantin sekolah PETALING JAYA Persatuan Kumpulan...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Petua Cara Membersihkan Hati

Tragedi Pilu Anak Lelaki 6 Tahun Mati Akibat Didera Ibu Sendiri

Umur Berkurang Setiap Masa

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino