Riza Aziz Dibenar Diikat Jamin Rm1 Juta


THE MALAYSIAN TIMES 

KUALA LUMPUR: Selepas ibunya Datin Seri Rosmah Mansor dan bapa tirinya Datuk Seri Najib Tun Razak dihadapkan ke mahkamah berhubung penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), hari ini Riza Shahriz Abdul Aziz pula didakwa.

Najib, 66, menghadapi 42 pertuduhan melibatkan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram membabitkan berbilion ringgit dana 1MDB manakala Rosmah, 67, didakwa atas 20 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah ratusan juta ringgit.

Riza, 42, yang dikenali sebagai Riza Aziz, anak tiri kepada bekas perdana menteri itu, mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah USD248 juta (RM1.25 bilion), hasil daripada penyelewengan 1MDB .

Hakim Rozina Ayob membenarkan Riza diikat jamin RM1 juta dengan dua penjamin warganegara Malaysia dan turut memerintahkannya membayar jaminan itu hari ini selain mengarahkan kesemua pasport yang dimiliki pemilik syarikat Red Granite Pictures itu diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 9 Ogos untuk sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen.

Terdahulu, bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan menawarkan jaminan RM1 juta dengan dua orang penjamin warganegara Malaysia dikenakan terhadap tertuduh.

“Kesemua pasport tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat jaminan,” katanya yang turut dibantu Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib.

Peguam Datuk Hariharan Tara Singh tidak membantah jumlah jaminan itu, namun seorang lagi peguam yang mewakili Riza, Datuk K. Kumaraendran memohon supaya jaminan itu dibayar secara ansuran.

“Kami memohon supaya RM500,000 dibayar hari ini dan bakinya dibayar pada Isnin atau Selasa depan,” kata Kumaraendran.

Peguam itu turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa pasport anak guamnya tidak lagi sah kerana dia telah dikenakan sekatan perjalanan oleh Jabatan Imigresen.

“Saya tidak mempunyai pasport yang sah,” kata Riza yang turut mengesahkan perkara itu ketika disoal oleh Hakim Rozina.

Mengenai jaminan RM1 juta, Rozina bagaimanapun berkata masih sempat untuk tertuduh membayar kesemua jumlah jaminan kerana kaunter jaminan hanya ditutup pada pukul 4.30 petang, hari ini.
“Kamu boleh cuba selesaikan hari ini kerana masih terlalu awal. Saya rasa kamu boleh dapatkan duit itu (jaminan) hari ini,” kata hakim itu.

Selepas kesemua pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah, Riza, yang kelihatan tenang berkata: “Faham pertuduhan, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan”.

Bagi pertuduhan pertama, penerbit filem Wolf of The Wall Street itu didakwa telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah USD1,173,104 melalui satu transaksi pemindahan wang daripada akaun bernombor 11116073 milik Good Star Limited di RBS Coutts, Zurich, Switzerland ke akaun City National Bank, Los Angeles, USA bernombor 123248291 milik Red Granite Productions Inc.

Wang berkenaan didakwa hasil daripada penyelewengan ke atas dana 1MDB.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu antara 12 April dan 12 Mei 2011 di City National Bank, Los Angeles Main, 525 South Flower Street, Los Angeles, California, USA.

Riza, yang merupakan anak Rosmah hasil perkahwinan terdahulu, dituduh melakukan kesalahan sama melibatkan USD9 juta melalui transaksi pemindahan wang dari akaun serupa pada 10 Sept 2012 dan Okt 2012 di tempat sama.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat, dia didakwa melakukan perbuatan sama berjumlah USD133 juta dan USD60 juta melalui satu transaksi pemindahan wang daripada akaun bernombor 81134378 milik Aabar Investment PJS Limited di BSI SA, Lugano, Switzerland ke akaun BSI Bank Limited Singapore bernombor 6C02250A milik Red Granite Capital Ltd.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di BSI Ltd, 7 Temaesk Boulevard, #32-01 Suntec Tower One, Singapura pada 18 Jun 2012 dan 23 Okt 2012.

Mengikut pertuduhan kelima tertuduh didakwa melakukan kesalahan serupa berjumlah USD45 juta di tempat sama pada 14 Nov 2012.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Selain Kumaraendran dan Hariharan, pihak pembelaan turut diwakili peguam Datuk Geethan Ram Vincent, Mohd Shukri Ahmad Mansor, Azrul Zulkifli Stork, Syazwani Zawawi dan Mardhiyah Siraj manakala peguam Muhammad Farhan Shafee bertindak sebagai peguam pemerhati bagi Najib.

Prosiding itu turut dihadiri adik tirinya, Mohd Norashman dan Nooryana Najwa.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/07/riza-aziz-dibenar-diikat-jamin-rm1-juta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Didakwa Terlibat Penggubahan Dana 1mdb Riza Aziz Diikat Jamin Rm1 Juta

Didakwa Terlibat Penggubahan Dana 1mdb Riza Aziz Diikat Jamin Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 232 hits
Diterbitkan pada 05 July 2019Riza Shahriz Abdul Aziz mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram Foto oleh Miera ZulyanaKUALA LUMPUR 5 Julai Selepas ibunya Datin Seri Rosmah Mansor dan ba...
Riza Aziz Dituduh Cuci Duit 1mdb Sebanyak As 248 Juta

Riza Aziz Dituduh Cuci Duit 1mdb Sebanyak As 248 Juta

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 267 hits
Diterbitkan Hari ini 9 46 pagi Riza Aziz anak tiri Najib Razak berdepan lima pertuduhan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini Dia tuduh menerima wang secara haram yang berpunca daripada dana 1MDB Menurut kertas pert...
Riza Aziz Freed On Macc Bail

Riza Aziz Freed On Macc Bail

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 362 hits
Riza Aziz PUTRAJAYA Hollywood film producer Riza Aziz who is expected to be slapped with five counts of money laundering charges was freed from Malaysian Anti Corruption Commission custody this evening His lawyer Azrul Zulkifli Stork said R...
Mahkamah Anak Tiri Bekas Pm Riza Aziz Akan Di Dakwa Esok

Mahkamah Anak Tiri Bekas Pm Riza Aziz Akan Di Dakwa Esok

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 215 hits
PUTRAJAYA Anak tiri kepada bekas Perdana Menteri Riza Shahriz Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Riza Aziz akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pihaknya telah telah mend...
Riza Aziz Charged On Five Counts Of Money Laundering Involving Usd248 Million

Riza Aziz Charged On Five Counts Of Money Laundering Involving Usd248 Million

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 286 hits
Riza Shahriz Abdul Aziz the stepson of former prime minister Datuk Seri Najib Tun Razak pleaded not guilty at the Sessions Court here today to five charges of involvement in money laundering activities involving US 248 million which were mi...
Rampasan Dadah Bernilai Rm1 2 Juta

Rampasan Dadah Bernilai Rm1 2 Juta

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 244 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Misi Buru Slot Ke Olimpik 2020 Tajaan Rm1 Juta Diperlukan Bantu Pemain

Misi Buru Slot Ke Olimpik 2020 Tajaan Rm1 Juta Diperlukan Bantu Pemain

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 296 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Jpjebid Siri Vdn Catat Hasil Kutipan Bidaan Rm1 3 Juta

Jpjebid Siri Vdn Catat Hasil Kutipan Bidaan Rm1 3 Juta

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 317 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Dakwaan Pemindahan Rm1 3 Juta Ke Akaun Azmin Tidak Wujud

Dakwaan Pemindahan Rm1 3 Juta Ke Akaun Azmin Tidak Wujud

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 226 hits
KUALA LUMPUR Dakwaan pemindahan wang berjumlah AS 741 440 daripada gergasi kejuruteraan UEM Group Berhad ke dalam akaun bank yang didakwa milik Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak wujud kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan ...
Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Walking The Silk Road Malaysia Kazakhstan Ties And The Path To Muslim Unity

Kerajaan Razak Baginda Diperintah Bayar Rm9 Juta Kepada Keluarga Altantuya

Pm Anwar And President Erdogan Enjoy An Ev Joyride

Apple Dilaporkan Teroka Pengeluaran Iphone Di Indonesia

Ipayment Cara Membuat Pembayaran Online Agensi Yang Terlibat

Guru Tikam Murid 8 Tahun Hingga Maut Di Korea Selatan

Kelalaian Dan Runtuhnya Martabat Guru


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Buffet Ramadan 2025 Doubletree By Hilton Johor Bahru

Performance Punishment Di Tempat Kerja

Peluang Untuk Peneroka Felda Tambah Pendapatan

Les Violettes School Complex A Nature Inspired Learning Environment By Hemaa

Moratorium On Notice Requirement For Rallies Says Saifuddin

Sim Pans Hypocrite Pas For Opposing Non Muslim Affairs Minister Idea