Didakwa Terlibat Penggubahan Dana 1mdb Riza Aziz Diikat Jamin Rm1 Juta


Diterbitkan pada 05 July 2019
Riza Shahriz Abdul Aziz mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram. — Foto oleh Miera Zulyana
KUALA LUMPUR, 5 Julai — Selepas ibunya Datin Seri Rosmah Mansor dan bapa tirinya Datuk Seri Najib Razak dihadapkan ke mahkamah berhubung penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), hari ini Riza Shahriz Abdul Aziz pula didakwa.

Najib, 66, menghadapi 42 pertuduhan melibatkan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram membabitkan berbilion ringgit dana 1MDB manakala Rosmah, 67, didakwa atas 20 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah ratusan juta ringgit.

Riza, 42, yang dikenali sebagai Riza Aziz, anak tiri kepada bekas perdana menteri itu, mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah USD248 juta (RM1.25 bilion), hasil daripada penyelewengan 1MDB .

Hakim Rozina Ayob membenarkan Riza diikat jamin RM1 juta dengan dua penjamin warganegara Malaysia dan turut memerintahkannya membayar jaminan itu hari ini selain mengarahkan kesemua pasport yang dimiliki pemilik syarikat Red Granite Pictures itu diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 9 Ogos untuk sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen.

Terdahulu, bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan menawarkan jaminan RM1 juta dengan dua orang penjamin warganegara Malaysia dikenakan terhadap tertuduh.

"Kesemua pasport tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat jaminan," katanya yang turut dibantu Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib.

Peguam Datuk Hariharan Tara Singh tidak membantah jumlah jaminan itu, namun seorang lagi peguam yang mewakili Riza, Datuk K. Kumaraendran memohon supaya jaminan itu dibayar secara ansuran.

"Kami memohon supaya RM500,000 dibayar hari ini dan bakinya dibayar pada Isnin atau Selasa depan," kata Kumaraendran.

Peguam itu turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa pasport anak guamnya tidak lagi sah kerana dia telah dikenakan sekatan perjalanan oleh Jabatan Imigresen.

“Saya tidak mempunyai pasport yang sah,” kata Riza yang turut mengesahkan perkara itu ketika disoal oleh Hakim Rozina.

Mengenai jaminan RM1 juta, Rozina bagaimanapun berkata masih sempat untuk tertuduh membayar kesemua jumlah jaminan kerana kaunter jaminan hanya ditutup pada pukul 4.30 petang, hari ini.

"Kamu boleh cuba selesaikan hari ini kerana masih terlalu awal. Saya rasa kamu boleh dapatkan duit itu (jaminan) hari ini," kata hakim itu.

Selepas kesemua pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah, Riza, yang kelihatan tenang berkata: "Faham pertuduhan, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan".

Bagi pertuduhan pertama, penerbit filem Wolf of The Wall Street itu didakwa telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah USD1,173,104 melalui satu transaksi pemindahan wang daripada akaun bernombor 11116073 milik Good Star Limited di RBS Coutts, Zurich, Switzerland ke akaun City National Bank, Los Angeles, USA bernombor 123248291 milik Red Granite Productions Inc.

Wang berkenaan didakwa hasil daripada penyelewengan ke atas dana 1MDB.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu antara 12 April dan 12 Mei 2011 di City National Bank, Los Angeles Main, 525 South Flower Street, Los Angeles, California, USA.

Riza, yang merupakan anak Rosmah hasil perkahwinan terdahulu, dituduh melakukan kesalahan sama melibatkan USD9 juta melalui transaksi pemindahan wang dari akaun serupa pada 10 Sept 2012 dan Okt 2012 di tempat sama.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat, dia didakwa melakukan perbuatan sama berjumlah USD133 juta dan USD60 juta melalui satu transaksi pemindahan wang daripada akaun bernombor 81134378 milik Aabar Investment PJS Limited di BSI SA, Lugano, Switzerland ke akaun BSI Bank Limited Singapore bernombor 6C02250A milik Red Granite Capital Ltd.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di BSI Ltd, 7 Temaesk Boulevard, #32-01 Suntec Tower One, Singapura pada 18 Jun 2012 dan 23 Okt 2012.

Mengikut pertuduhan kelima tertuduh didakwa melakukan kesalahan serupa berjumlah USD45 juta di tempat sama pada 14 Nov 2012.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Selain Kumaraendran dan Hariharan, pihak pembelaan turut diwakili peguam Datuk Geethan Ram Vincent, Mohd Shukri Ahmad Mansor, Azrul Zulkifli Stork, Syazwani Zawawi dan Mardhiyah Siraj manakala peguam Muhammad Farhan Shafee bertindak sebagai peguam pemerhati bagi Najib.

Prosiding itu turut dihadiri adik tirinya, Mohd Norashman dan Nooryana Najwa. 
 — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/07/didakwa-terlibat-penggubahan-dana-1mdb.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Riza Aziz Dibenar Diikat Jamin Rm1 Juta

Riza Aziz Dibenar Diikat Jamin Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 238 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Selepas ibunya Datin Seri Rosmah Mansor dan bapa tirinya Datuk Seri Najib Tun Razak dihadapkan ke mahkamah berhubung penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad hari ini Riza Shahriz Abdul Aziz pula dida...
Riza Aziz Dituduh Cuci Duit 1mdb Sebanyak As 248 Juta

Riza Aziz Dituduh Cuci Duit 1mdb Sebanyak As 248 Juta

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 271 hits
Diterbitkan Hari ini 9 46 pagi Riza Aziz anak tiri Najib Razak berdepan lima pertuduhan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini Dia tuduh menerima wang secara haram yang berpunca daripada dana 1MDB Menurut kertas pert...
Riza Aziz Ditahan Sprmmalaysia Akan Didakwa Esok

Riza Aziz Ditahan Sprmmalaysia Akan Didakwa Esok

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 249 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan anak tiri bekas perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Riza Shahriz Abdul Aziz JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebo...
Senarai 41 Penerima Dana 1mdb Babit Rm270 Juta Umno Terima Sebanyak

Senarai 41 Penerima Dana 1mdb Babit Rm270 Juta Umno Terima Sebanyak

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 781 hits
Penerima penerima dana 1Malaysia Development Berhad yang terdiri daripada individu dan entiti tempatan telah dikenal pasti seperti dinyatakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM telah menfailkan 41 kes permohonan melucut hak melibat...
Sprmmalaysia Dapatkan Semula Rm270 Juta Daripada Penerima Dana 1mdb

Sprmmalaysia Dapatkan Semula Rm270 Juta Daripada Penerima Dana 1mdb

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 334 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah memfailkan 41 kes permohonan melucut hak melibatkan jumlah dana bernilai RM270 juta yang diterima daripada syarikat pelaburan 1MDB di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dua hari lalu JOHORTIMES MY hubu...
Pemkab Bekasi Alokasikan Dana Rp 755 Juta Untuk Pakaian Dinas 50 Anggota Dprd Baru

Pemkab Bekasi Alokasikan Dana Rp 755 Juta Untuk Pakaian Dinas 50 Anggota Dprd Baru

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 198 hits
Uno merinci setiap pakaian dinas yang akan dipakai anggota DPRD itu dianggarkan sebesar Rp 2 5 juta Artinya untuk enam pakaian dialokasikan sebesar Rp 15 juta untuk satu anggota DPRD Atau sebesar Rp 750 juta untuk 50 anggota DPRD
Sprmmalaysia Fail Permohonan Lucut Harta Hasil Dana 1mdb

Sprmmalaysia Fail Permohonan Lucut Harta Hasil Dana 1mdb

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 289 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah memfailkan permohonan melucutkan hak ke atas hartanah melibatkan hasil dana 1MDB di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 JOHORTIMES ...
Kojadi Pernah Terima Rm15 Juta Daripada 1mdb Guan Eng

Kojadi Pernah Terima Rm15 Juta Daripada 1mdb Guan Eng

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 283 hits
KUALA LUMPUR Dakwaan bahawa Koperasi Jayadiri Sdn Bhd tiada kaitan dengan 1MDB adalah tidak benar kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng Hal ini kerana menurut beliau Kojadi pernah menerima dana sebanyak RM15 juta daripada Yayasan 1MDB dan seba...
Dana 1mdb Mukhriz Tidak Tahu Disalur Kepada Umno Kedah

Dana 1mdb Mukhriz Tidak Tahu Disalur Kepada Umno Kedah

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 234 hits
22 Jun 2019 8 39 PM ALOR SETAR Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata beliau tidak mengetahui mengenai dana yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Bhd
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn