Ristech Cafe Satu Satunya Di Enstek Nilai Menggabungkan Tiga Benua Masakkan
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kali ini Maha dan kawan-kawan merantau jauh sikit untuk mencari tempat makan yang best dan cuba sendiri makanan mereka. Tak adalah jauh mana sangat pun kat Nilai jer sempadan Selangor kalau dari KL dalam 40 minit sampai hehehe
Tetapi yang menarik kafe ini adalah bukan sahaja terletak pada lokasinya tapi juga adalah daripada hidangan makanan yang disediakan di kafe ini. Ini lah kafe yang Maha terjah hari tu iaitu Ristech Cafe yang terletak di Bandar Enstek Nilai. Kafe ini berkedudukan di tingkat atas deret kedai jadi korang kena tengok betul-betul papan tanda kafe ini. Paling senang korang cari jer Segi Fresh Market Bandar Enstek dan kafe tu ada kat atas pasaraya tersebut
Hebatnya kafe ini adalah gabungan tiga jenis masakkan daripada benua yang berbeza. Ia menyajikan hidangan masakan Itali, Korea dan Barat yang dipelajari sendiri oleh pemilik kafe ini dan juga merupakan tukang masak kat kafe ini juga. Siapa sangka anak Melayu mampu menyediakan semua juadah dari negara luar ni. Segi penyediaan bahan-bahan, cara masakkan dan juga kualiti memang beliau pantau untuk kepuasan pelanggan
Cajun Chicken Alfredo - RM12.90
Hari tu masa Maha datang cuba makanan kat sini kami dihidangan dengan dua jenis pasta iaitu pertama Cajun Chicken Alfredo dan juga satu lagi Linguine Shrimp and Spinach. Dua-dua ni dilimpahi dengan cheese yang banyak tak kedekut dan juga yang cajun tu ada daging ayam didalamnya bersama sosej. Manakala yang linguine dalam tu ada udang dalamnya. Linguine Shrimp and Spinach - RM12.90
Biasalah makanan Itali macam ni tidak pedas dan juga sangat berkrim kena makan setelah ia siap dimasak takut nanti cheese tu keras. Satu hidanga ni sesuai untuk seorang makan kalau datang dating dengan pasangan korang boleh order kedua-dua menu ni dan saling tukar-tukar rasa barulah romantik
Ganjang Chikin - RM8.50 (6pcs)
Yangnyeom Chikin - RM8.50 (6pcs)
Kemudian untuk makanan dari negara K-Pop pula kat sini kami disajikan dengan dua jenis ayam goreng bersos istimewa iaitu Ganjang Chikin dan juga Yangnyeom Chikin. Bagi Maha ayam tu sangat sedap digoreng sempurna dan kalau korang suka pedas kena cuba Yangnyeom tu memang pedas. Manakala yang Ganjang tu pula lebih manis sikit sebab dihasilkan daripada soya sos
Deep Fried Cordon Blue - RM18.90
Deep Fried Chicken Chop Special - RM14.90
Bagi yang suka western food boleh cuba pula mereka punya Deep Fried Cordon Blue dan juga Deep Fried Chicken Chop Special. Kedua-dua ini beza dari segi satu tu ada sos putih tak silap macam krim sos dan satu lagi yang chicken chop sinonim dengan sos black paper. Bagi Maha hidangan ni kuantitinya sangat besar dan juga boleh kenyang kalau makan seorang. Swedish Meatball - RM10.90
Ristech Meat & Greet - RM5.00
Selain itu juga, masakan barat yang popular kat sini adalah mereka punya Swedish Meatball dan Ristech Meat & Greet. Ada dua jenis ball iaitu daging dan ayam yang dihasilkan sendiri. Sesuai dengan sos yang disediakan berkrim dan sangat disukai oleh kanak-kanak. Kemudian yang meat & greet tu lebih kepada buger dengan diapit oleh wafer. Patty dihasilkan sendiri sebab tu tebal dan besar. Ini sesuai untuk yang nak makan sewaktu dalam perjalanan sebab konsep 'Grab & Go'
Roti Goyang - RM7.00
Mulai minggu lepas kat sini juga menyediakan juadah untuk sarapan pagi. Jadi orang yang berhampiran boleh nikmati konsep sarapan English style sikit dimana kat sini ada 3 menu sarapan pagi utama iaitu Omelette Toast, Cinnamon Toast dan juga yang orang Malaysia suka adalah Roti Goyang semua harga RM7.00 sahaja. Semua sarapan ni kalau korang order akan dapat sekali 'Hot Espresso'. Boleh free flow dengan kopi kampung bukan Espresso tau hehehe. Green Tea Latte Viral - RM5.50, Ajushi Milk Tea Viral - RM7.00 dan Teh Puaka JB Viral - RM5.50
Kalau makan tak ada minum tak sah jugakan kat sini mereka ada minuman istimewa mereka sendiri iaitu Green Tea Latte Viral, Ajushi Milk Tea Viral dan juga Teh Puaka JB Viral. Ketiga-tiga ni korang memang kena cuba lain dari tempat lain. Paling best adalah Ajushi yang ada Boba kat dalamnya dihasilkan sendiri tau. Tak perlu baris panjang sini pun dah ada yang viral dan sedapkan.
Konsep kafe ini bagi Maha mereka menekankan kepada santai dan juga hiburan dimana dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu tempat untuk mereka yang kaki game boleh main video game sepuasnya dengan hanya RM18 untuk dua jam. Ada juga bahagian layan diri dimana korang hanya beli mee segera dalam cup kat kaunter dan korang masak sendiri mee tu dengan bahan tambahan yang disediakan. Selalu student sukalah bila time belum masuk pinjaman lagi wakakaka
Sebab kata boss sini ramai pelanggan mereka terdiri daripada golongan student sebab kat sini juga ada sediakan wifi percuma dan siaran TV. Jadi boleh order minuman dan online sampai pengsan. Tapi bila lapar orderlah makanan sekali hehehe. Konsep ini sangat menarik tak sia-sia Maha datang jauh-jauh dengan kawan-kawan untuk makan di sini. Korang yang rasa nak cuba juga boleh datang sebab kafe ini buka setiap hari kecuali hari Jumaat tutup.
Sekarang mereka start buka seawal pagi, jadi waktu operasi tu dari pukul 8.00 pagi sampai pukul 12.00 tengah hari untuk sarapan dan tutup sekejap kemudian buka semula dari pukul 3.00 petang hingga 10.30 malam untuk makan malam. Kalau korang nak buat private function juga ada ruang khas untuk majlis seperti hari jadi, reunion dan macam-macam lagi lah. Maha nak mark kafe ini tempat korang wajib cuba ok. Nanti dah cuba komen sini ok. Selamat menjamu selera semua
Layari laman social media untuk sebarang update terkini kafe ini :Facebook : https://www.facebook.com/RistechCafe.admin/Instagram : https://www.instagram.com/ristech_cafe
Alamat : Ristech Cafe C29-1, Jalan Pusat Niaga 1, KLIA Kuarters Business Centre, 71800 Nilai, Negeri SembilanTel : 019-2969306
Ranking Mahamahu :-Kebersihan : 4/5Kesedapan : 4/5Harga : 4/5
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2019/07/ristech-cafe-satu-satunya-di-enstek-nilai.html