Susun Atur Dan Daiso 6 Barang Yang Menjadikan Kerja Senang Dan Rumah Kemas
assalamualaikum & salam sejahtera 😊
selamat pagi
pagi-pagi ni, sambil-sambil menggoreng cekodok, teringat la nak up satu entri tentang susun atur di rumah saya ni. guna barang yang dibeli di Daiso. lama dah tersimpan rapi dlm draft folder, sebab tak sempat snap gambar. teruslah snap snap sana sini tadi, maka, sekarang ni menarilah jari-jemari di papan kekunci
dulu-dulu, memang saya salah seorang yang Daiso addict! tak beli pape, tapi mesti nak jejak masuk Daiso, terutama Daiso di Aeon Bandaraya Melaka. besar and syok kalau spend few minutes dlm tu 😄. semua barang rm5, kan. barang di Daiso semua comel-comel dan praktikal. ada barang yang hanya ada di Daiso. dulu-dulu, kedai Eco, Ninso and mr.DIY tak sehebat sekarang. so, Daiso aje la pilihan yg ada utk saya
now, harga barangan Daiso adalah rm5.90 ye. harga asal dolu-kala hanya rm5. naik harga selepas GST. tapi tu la, GST da mansuh sekian lama, harga tak pula turun 😄 hi hi hi..
maka, sebelum pindah rumah 2 tahun lepas, da gaya apa nak susun atur menggunakan barangan Daiso ni. then, klik klik di internet, follow tips provided dan angan-angan 😁. tak mengidamkan perabot dan perhiasan yang mewah dan serba ekslusif. cukup sekadar yang kemas dan praktikal utk diri saya
saya suka konsep - "less is more" 👌. konsep rakyat marhaen aje..
👉 1. bakul sinki
saya beli ni sebenarnya utk dijadikan rak pinggan / mangkuk / cawan selepas dicuci. kebetulan saya memang pasang sinki yang besar dan dalam. mudah nak mencuci-cuci periuk belanga. tapi tu la, sejak menggunakan rak pinggan yang melekat di dinding di atas sinki, rak ni terus bertukar dari fungsi asalnya 👇 kerja senang dan praktikal
[ Baca juga : Beri Nafas Segar Untuk Ruang Sinki ]
dijadikan bakul untuk :defrost kan makanan. seperti dalam gambar tu ada seplastik ciliboh dan 3 ekor ikan tenggiri beku. dibiarkan di situ sehingga hilang bekunya dan ready utk dimasak.letak telur yang da dibasuh. sementara tunggu turn jadi lauk, dok situ la 4 biji telur tu.sayur yang sudah dibasuh, nak toskan, letakkan kat bakul tu.save space atas kabinet dapur 💛. bila tak digunakan, saya cuci bersih bakul tu dan sangkut di pintu dapur 👌
👉 2. bakul selit di almari (under shelf basket)
bakul selit ni memang praktikal! melengkapkan susun atur di banyak ruangan rumah saya. saya ada beberapa di bilik-bilik tidur, rak buku dan di dapur. antara hot item di Daiso ni. ada masa pergi utk beli, sold out! it is small and nice. ia membuatkan satu-satu ruang tu tak dibazirkan
rak buku anak-anak
bakul selit ni tempat mereka selitkan brg sekolah kecil-kecil
mudah capai. mudah lihat. save space di atas meja mahupun dalam laci
khas utk letak alas pinggan dan kain-kain buruk yang sudah dicuci
senang nampak. anak-anak senang nak ambil 😉
di bahagian belakang dapur, ada satu rak putih besar dikhaskan utk saya letakkan peralatan elektrik (gajet dapur) seperti oven, microwave, pengukus, air fryer, pressure cooker dan periuk nasi besar. rak mulig Ikea, tapi now rak ni dah discontinued di Ikea. saya manfaatkan ruang di rak ni untuk selitkan dengan under shelf basket Daiso dan Mr.DIY
letakkan aneka keperluan memasak di dapur
baking paper, microwave wrap dan aluminium foil
and ni saya letakkan aneka plastik
again, mudah anak-anak dara saya nak ambil
semua nampak dgn mata, tak perlu dah nak bertanya
👉 3. wire net
idea susun atur dengan wire net ni saya dapat di pinterest, fb dan blog-blog juga. tq to semua. ia ada pelbagai saiz tau. boleh la pilih bersesuaian dgn ruang yang nak disangkutkan dgn wirenet. ada yang beli utk dijadikan rak pinggan pun ada! digabungkan guna cable tie. save space, kan. very useful 👇. dilekatkan di dinding dan sangkut bakul
memang banyak di Daiso
berbeza warna. berbeza saiz
wire net ni serba boleh, di dapur, di bilik tidur, ruang belajar atau ruang bekerja mahupun dijadikan sangkut pokok-pokok herba di laman belakang 👍
👉 4. bakul tergantung (wire basket)
boleh la tgk gambar kat atas tu kan. dia dijodohkan bersama wirenet 😀. putih dengan putih, coklat dengan coklat. ikut la tema bilik kita. secara kebetulan plak, ada warnanya. bakul ni pun hot item di Daiso. sebab ia praktikal, kan. boleh isi byk barang tanpa penuhkan ruang atas almari. save space
now di Mr.DIY pun dah mula byk pilihan. saya teruja
tapi harganya lebih mahal dari Daiso, more than RM5.90
tapi, bakulnya lebih besar. boleh isi lebih byk barang
👉 5. wire hook
ada banyak jenis wire hook Daiso. pilih saje mana-mana yang berkenan. kesemuanya praktikal utk disangkutkan di wire net. apa terfikir di minda, boleh direalisasikan 😍
bawah ni saya share la ye few susun atur kat rumah ni guna set wire net, wire basket and wire hook. selected aje la. yang lain byk barang disangkutkan 😆, kurang molek share kat blog
rak make-up di tepi cermin. tema coklat
save space di atas almari
senang nampak. senang ambil
rak make-up anak-anak dara tema putih pula 😍
wire hook utk gantung kalendar dan lampu suluh
pe pon nak gantung, mudah dah
di sinki, bertemakan chrome plated wire net
lepas brg dicuci, terus sangkut
once kering, barulah dialih masukkan ke dalam laci
wire basket
wire hook
wire net di belakang pintu dapur 😃
gantung kuali periuk belanga
👉 6. rak berlipat
kalau ke Daiso, memang byk kali la rambang mata. tak tahu nak pilih yang mana. aneka jenis dan aneka warna. kita boleh pilih ikut tema susun atur kita la kan. saya prefer warna putih sebab susun atur more to putih, chrome or coklat. rak berlipat ni amat sesuai utk kita menggunakan sepenuhnya kabinet kita. dan boleh buat pengasingan, jika nak la.
bawah tu pun saya selitkan tin makanan 😃
nak maklumkan la jugak, 👆 tu bukan stok "panik PKP 3.0" ye. tu stok biasa. sebab style saya kalau membeli, akan beli at least 3 tin satu-satu barang tu. intai dulu expiry date nya. bila stok menyusut je, mula la saya restock.
tu la dia 6 barang Daiso yang bantu saya mengemas rumah. susun atur di rumah menjadi mudah dan yang penting, praktikal 👍. tak perlu barang mahal pon.
rumah rakyat marhaen, beginilah. yg murah-murah saje. apa yang penting bagi saya untuk sesuatu susun atur dan dekorasi dapur / rumah :- teratur : kita nampak barang kita dengan jelas. mudah diatur. utk pengkiraan stok pun jadi mudah, kita nampak apa barang yang ada dan tiada.praktikal : utk saya dan anak-anak. mudah dicapai dengan cepat. benda bila nampak, dah tak perlu bertanya, kan. jika dah berkurangan, surely anak-anak akan kata, "Bu, plastik da habis!" kemas : kemas ni subjektif. ada yg kata, kalau simpan dalam kabinet bertutup atau laci, lebih kemas. tak nampak serabut. saya setuju. tapi bagi saya, saya suka kalau nampak. bila nampak, kita akan ambil peduli utk susun atur dgn lebih kemas.sedap mata memandang : ini pun subjektif ikut rasa hati seseorang tu, kan. saya suka kan sesuatu yg simple. bagi saya, bila saya 'nampak', saya happy.mudah alih : ni paling saya suka di antara semua. tidak banyak perabot / kelengkapan / kabinet saya yang fixed. hanyalah kabinet dapur utk memasak dan sinki. saya sukakan perubahan. tak mahu sesuatu tu lama di situ = bosan.
and dapur saya yang kecik ni, dari saya berpindah masuk, Jun 2019 hingga sekarang, byk kali berubah susun atur. ini alih sana. itu alih sini. masih belum fix. masih mencari hala tuju la 😄. masih lagi ligat fikiran mencari idea dekorasi dapur yang terbaik
kemudian, saya kongsi lagi ye sudut-sudut dapur saya yg lain. gembira to share sebab ia something yang mungkin akan beri inspirasi dan manfaat kat orang lain. in shaa Allah... apa yang penting, bajet kecil-kecil aje, tiada yg kayangan 😄
👍
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adianiez.com/2020/12/susun-atur-rumah-guna-barang-daiso-yang-praktikal.html