Kerja Membersih Rumah Lebih Mudah Dengan Adanya Produk Dari Ciera
Kerja Membersih Rumah Lebih Mudah Dengan Adanya Produk Dari Ciera | Mengemas, dan membersih menjadi tugas harian bagi ibu-ibu di rumah. Namun ianya bukan bagi sesuatu perkara yang mudah kerana setiap permukaan di rumah kita memerlukan pencuci dan pembersih rumah yang khusus sebagai contoh, cermin. Cermin memerlukan pembersih khusus untuk kegunaan permukaan cermin dan begitu juga dengan permukaan lain.
Oleh itu, nak tak nak kita perlu menggunakan pelbagai jenis pencuci serta pembasmi kuman yang sesuai dengan jenis permukaan. Rumah kinah kan ada baby kecik. Tapi bagi rumah kinah yang mempunyai ruang yang terhad akan menyukarkan kinah untuk menyimpan semua jenis pencuci termasuklah pembasmi kuman tu. Mujurlah kinah berjumpa dengan satu produk pembersih dan pembasmi kuman jenama Ciera.
Buat pengetahuan semua, produk pembersih jenama ciera ni sebenarnya di bawah naungan Nature Profusion iaitu merupakan anak syarikat di bawah teknologi Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan merupakan pemenang pelbagai anugerah produk berasaskan tumbuhan dan herba dan dihasilkan oleh kilang yang bertaraf Good Manufacturing Practice (GMP). Produk ciera juga turut menerima pengiktirafan HALAL, SIRIM Eco Label, MyHijau Mark (Greentech Malaysia).
Jadi tak perlu ragu-ragu untuk guna produk ni ye.
Mengapa Kinah Memilih Produk Pembersih CieraSebab utama kinah memilih produk Ciera sebagai agen pembersih utama di rumah ni ialah Ciera adalah produk pembersih rumah dan pembasmi kuman yang menggunakan bahan natural iaitu hasil teknologi yang telah diekstrak daripada campuran tumbuhan unik seperti aloe vera dan teh hijau. Kinah kan ada baby yang semakin aktif, jadi kalau boleh kinah nak cari pembersih yang bebas dengan bahan-bahan kimia yang merbahaya seperti Paraben, SLS dan Phlaseperti Triclosan, Triclocarban, Hypochlorite (peluntur), Chlorhexedine, dan mengandungi alkohol yang melebihi 70%.
Di samping itu, produk ciera adalah mesra alam kerana ianya mudah terbiodegradasi dan sisanya tidak kekal pada alam sekitar. Selain itu, ianya terbukti dapat membunuh 99.9% bakteria yang berbahaya seperti E-coli, Sthaphyloccocus aureus, Candida albicanYeast, Aspergillus niger-mould, dan Pseudomonas aeruginosa serta kuman-kuman kebal antibiotic (MRSA &VISA).
Menarikkan, kesemua tu hanya dalam satu botol je. Senang kerja hakak ni ha.
Produk Keluaran Ciera yang Terdapat Di PasaranSebenarnya terdapat pelbagai jenis produk jenama Ciera yang berada di pasaran seperti
Ciera Eco-Friendly Multi-Purpose Disinfectant, Ciera Eco-Friendly Multi-Purpose Disinfectant Spray, Ciera Eco-Friendly Hand WashCiera Eco-Friendly Instant Hand SanitizerCuera Eco-Fruendly Natural Hand Sanitizer
Dalam banyak-banyak produk Ciera, antara yang terlaris di pasaran ialah Combo Disinfektant iaitu Ciera Eco-Friendly Multi-Purpose Disinfektant (pekat) dan Ciera Eco-Friendly Multi-Purpose Disinfektant Spray (sedia digunakan).
Ciera Eco-Friendly Multipurpose Disinfectant
Ciera eco-friendly multipurpose disinfectant jenis ni adalah pembersih dan pembasmi kuman jenis yang pekat. Apabila nak guna kita cuma bancuh dengan nisbah 1:100 iaitu hanya campurkan 3L air bersama 1 penutup kira-kira 30ml saja. Pembersih pelbagai guna ciera ini dapat membantu membunuh 99.9% bakteria dan kuman termasuklah Superbugs MRSA/VISA serta melindungi kita daripada mikrob patogen.
Dah nama pun multipurpose, semestinya pembersih ni sesuai digunakan untuk semua jenis permukaan seperti perabot, kain, kaca dan sebagainya. Senang sangat la gini semuanya all in one. Paling best tak payah nak bilas dah. Haiii bertambah senang kerja la. Lepas habis cuci semua tu, air bilasan tu jangan buang terus ye, korang boleh siram pada pokok bunga kesayangan. Jimat masa, wang dan air.
Bagi korang yang ada masalah kulit sensitif pasti akan rasa ok ke produk ciera ni. Kinah faham dengan situasi ni sebab ada kawan kinah alami masalah yang sama sampai kena pakai sarung tangan untuk semua jenis pencuci. Tapi Guyz, produk ciera ni selamat digunakan ya kerana ianya langsung tidak merengsakan kulit kita, dan tiada kandungan toksik di dalamnya.
Produk ini terdapat 3 haruman pilihan iaitu Lavender, Floral dan Pine. Kinah memilih haruman floral sebab suka dengan bau bunga bunga. Lepas cuci, wangi rumah ni, semerbak bau bunga dan rasa segar je. Segala bau semua hilang.
Ciera Eco-Friendly Multipurpose Disinfectant SprayBagi yang malas nak bancuh bagai, korang boleh je pilih ciera eco-friendly multi-purpose jenis spray ni. Lebih mudah dan praktikal. Korang boleh terus guna di semua jenis permukaan seperti sofa, permainan, perabot, tingkap tu semua. Paling best, korang dah tak perlu nak bilas bagai dah. Satu lagi, yang kinah perasan, ianya juga dapat membantu menghilangkan kesan minyak dan kotoran di permukaan dapur. Pergh terbaiklah Ciera ni.
Ciera Eco Friendly Hand Wash
Penggunaan pembersih tangan kini menjadi item paling penting di dapur. Ditambah pula dengan pandemik sekarang kita digalakkan untuk kerap membasuh tangan. Jadi, dengan adanya Ciera Eco-Friendly Hand Wash, kulit tangan kita akan sentiasa dilindungi dan ianya terbukti dapat membunuh 99.9% mikrob dan patogen.
Pembersih tangan Ciera ini bersifat hipoallergenik yang telah diuji secara dermatologi dan ianya sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif kerana ianya tidak merengsakan kulit kita serta kandungannya bebas daripada Triclosan, Paraben, SLS.
Kinah suka dengan bau oren dia. Wangi betul.
Ciera Junior Natural Hand SanitizerHand sanitizer dah umpama "bestfriend" sekarang. Wajib ada bersama walau di mana saja kita berada cewahhh. Jadi, kinah semestinya memilih produk Ciera iaitu Ciera Junior Natural Hand Sanitizer. Hand sanitizer keluaran Ciera adalah antiseptik yang selamat digunakan terutamanya untuk kegunaan anak-anak. Si kakak dah booking dulu hand sanitizer ni dia yang punya
Ciera Junior Hand Sanitizer ini telah diformulasi menggunakan bahan berasaskan tumbuhan daripada teknologi AntivaTM yang dapat membantu membunuh 99.9% kulat, bakteria, virus dalam beberapa saat saja. Semestinya ianya mesra dengan kulit kanak-kanak, bebas dadipada Triclosan, Paraben dan tak perlu dibilas. Terdapat 2 variasi iaitu Frutty dan Fantasy
Kesemua produk pembersihan ciera boleh didapati di semua pasaraya di seluruh semenanjung Malaysia seperti TESCO atau kini lebih dikenali Lottu's, MALAKAT MALL, MALAKAT GROCER, dan juga SABASUN HYPERRUNCIT, atau lebih mudah di platform dalam talian SHOPEE, DUKKAN KITA dan eROMMAN
Untuk Maklumat Lebih LanjutNATURE PROFUSION SDN BHDBlok C-G-TG-1 FRIM - MTDC Technology Centre II, Forest Research Institue Malaysia (FRIM)Kepong, Selangor
Telefon : +603-62625776
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apekinah.com/2021/05/kerja-membersih-rumah-lebih-mudah-dengan-produk-ciera.html