Risiko Ancaman Penggodam Siber Masih Terkawal Mycert


BH ONLINE Foto hiasan KUALA LUMPUR: Tahap risiko ancaman penggodam siber di negara ini masih terkawal kerana kebanyakan organisasi awam dan swasta sudah mengambil langkah mengukuhkan keselamatan sistem masing-masing selain sentiasa siap siaga.
Ketua Jabatan Pasukan Tindakbalas Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT), Megat Muazzam Abdul Mutalib, berkata ancaman yang dibuat oleh kumpulan penggodam Anonymous Malaysia baru-baru ini adalah berbeza dengan ancaman yang pernah dilaporkan pada 2015.
"Ancaman pada 2015, ada propaganda khusus iaitu rasa tidak puas hati dengan keadaan pada waktu itu dan ada elemen ancaman (secara fizikal). Tetapi ancaman terkini, daripada apa yang dimaklumkan ia berkaitan tidak puas hati dengan isu pangkalan data dan kebocoran data.
"Antara tujuan pihak tertentu membuat ancaman ialah untuk mendapatkan maklumat sulit, merencat perkhidmatan atau memberitahu rasa tidak puas hati," katanya ketika dihubungi Bernama Radio dalam program Dalam Radar bertajuk Ancaman Anonymous Malaysia hari ini.
Baru-baru ini satu klip video tular di platform media sosial mengenai kumpulan penggodam "Anonymous Malaysia" yang membuat ancaman serta mendakwa sistem keselamatan Malaysia berada pada tahap rendah dan boleh menyebabkan penggodam menjual segala maklumat yang bocor, selain lebih 46 juta data pengguna syarikat telekomunikasi telah digodam hingga hari ini.
Bagaimanapun, setakat semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum menerima sebarang laporan terdapat laman sesawang kerajaan yang digodam selepas ancaman dibuat kumpulan penggodam itu.
Sementara itu Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) mengeluarkan satu notis amaran kepada semua agensi kerajaan untuk mengambil langkah-langkah perlu bagi mencegah dan meminimumkan impak ancaman serangan siber.
Pada 2015, media melaporkan polis menahan tiga individu dipercayai terbabit memuat naik klip video di laman YouTube bertajuk, We Will Blast Malaysia. Penahanan itu ekoran video berdurasi satu minit 28 saat menggunakan nama Anonymous Malaysia yang memaparkan insiden letupan bom di Bangkok, Thailand dan mendakwa akan membuat tindakan sama di negara ini.
Megat Muazzam berkata masih terdapat segelintir organisasi yang belum bersedia dengan pelan mengurus ancaman siber dan beliau berharap isu ancaman dalam talian diberikan perhatian serius oleh semua pihak baik organisasi, penyedia perkhidmatan dan pengguna.
Beliau berkata kemungkinan untuk pihak berkuasa mengesan penggodam siber adalah tinggi kerana setiap serangan biasanya meninggalkan jejak digital yang boleh dikesan organisasi yang menjadi mangsa melalui sistem keselamatan yang mempunyai log dan boleh membantu siasatan digital forensik. – BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/risiko-ancaman-penggodam-siber-masih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Ancaman Siber Daripada Anonymous Malaysia Kata Menteri

Tiada Ancaman Siber Daripada Anonymous Malaysia Kata Menteri

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 220 hits
Polis pada 29 Jan lalu membuka satu kertas siasatan terhadap Anonymous Malaysia yang memberi amaran kedua akan melancarkan serangan siber ke atas laman web kerajaan dan aset dalam talian KUALA LUMPUR Sistem pertahanan dan laman web kerajaan...
Capaian Internet Di Pulau Aman Masih Ketinggalan

Capaian Internet Di Pulau Aman Masih Ketinggalan

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 472 hits
NUR Alea Soffiyah Ahmad Hanif dan Hanis Syuhada Razali terpaksa belajar di luar rumah kerana masalah capaian internet Foto NUR IZZATI MOHAMADNIBONG TEBAL Sebahagian pelajar sekolah di Pulau Aman dekat sini terpaksa merayau sehingga ke Hujun...
Kawasan Sungai Gampa Di Banjarmasin Masih Terisolasi Akibat Banjir

Kawasan Sungai Gampa Di Banjarmasin Masih Terisolasi Akibat Banjir

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 324 hits
Sungai Biuku yang mengalir di Kelurahan Sungai Andai juga telah dikeruk baik ditambah kelebarannya maupun kedalamannya Namun lantaran tinggi permukaan sungai dan pemukiman penduduk sama maka menimbulkan genangan yang lambat surutnya jika ai...
Isteri Dakwa Dah Cium Kaki Suami Minta Ampun Tapi Sayang Shuk Masih Curang Tak Berubah

Isteri Dakwa Dah Cium Kaki Suami Minta Ampun Tapi Sayang Shuk Masih Curang Tak Berubah

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 1074 hits
Nampaknya kemelut rumah tangga penyampai radio Hot fm Shuk Sahar atau nama sebenarnya Mohammad Shukri bin Mohamed Sahar 34 seakan kembali bergelora Sejak pagi tadi isterinya Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Seraa telah memuat naik beb...
12 Quote Lucu Untukmu Yang Masih Sering Mengeluhkan Kejomloanmu Dibawa Happy Aja Lagi

12 Quote Lucu Untukmu Yang Masih Sering Mengeluhkan Kejomloanmu Dibawa Happy Aja Lagi

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 177 hits
Sebenarnya kamu nggak jomlo lagi melainkan lagi pacaran jangka panjang sama kebebasan
Kapal Laut Tabrakan Di Perairan Gresik 8 Abk Masih Hilang

Kapal Laut Tabrakan Di Perairan Gresik 8 Abk Masih Hilang

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 216 hits
Direktur Kepolisian Perairan dan Udara Polda Jawa Timur Komisaris Besar Polisi Arnapi mengatakan kecelakaan itu terjadi pada Sabtu sekitar pukul 03 15 WIB
Ayah Masih Hidup Disangka Telah Meninggal Dunia Anak Jamali Shadat Terima Panggilan Tidak Henti

Ayah Masih Hidup Disangka Telah Meninggal Dunia Anak Jamali Shadat Terima Panggilan Tidak Henti

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 627 hits
Tular di media sosial hari ini apabila ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab mendakwa pelawak veteran Datuk Jamali Shadat 78 telah meninggal dunia Sumber Facebook Ifa Raziah Official nbsp Berita palsu itu difahamkan telah ters
Bupati Kbb Sudah Negatif Anak Istri Masih Positif Covid 19

Bupati Kbb Sudah Negatif Anak Istri Masih Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 256 hits
Bupati Kabupaten Bandung Barat Aa Umbara Sutisna dinyatakan negatif Covid 19 setelah menjalani perawatan dan isolasi mandiri selama dua pekan Namun sang istri Yuyun Yuningsih dan anaknya Rian Firmansyah masih berstatus positif
Allahu Akbar 4 Hari Terkubur Seorang Perawat Korban Gempa Mamuju Ditemukan Masih Hidup

Allahu Akbar 4 Hari Terkubur Seorang Perawat Korban Gempa Mamuju Ditemukan Masih Hidup

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 295 hits
Kisah ajaib datang dari seorang korban gempa Mamuju Seorang perawat RS Mitra Manakarra di Mamuju berhasil ditemukan dalam kondisi masih hidup usai 4 hari tertimbun puing reruntuhan bangunan Detik detik proses evakuasi perawat tersebut pun v...
Polis Siasat Dakwaan Vokalis Skinhead Diserang Dipukul

Khaled In Turin To Inspect Work On Maritime Aircraft

Advice To Senior Citizens

Zahid Says Umno S Partnership In Unity Government Is About Stability Not Submission To Dap

Why Is Helping Others Important Why Should We Be Generous

Elephant Mothers Form Strong Emotional Bonds With Calves

Aplikasi Info Gempa Bumi Dunia

Kru Dan Icon Entertainment Lakar Sejarah Terima 2 Pengiktirafan Dari The Malaysia Book Of Records


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Adakah Akaun Emas Gap Patuh Syariah

Proses Blog Recovery Www Siinurul Com

Resepi Ikan Bakar Terpaling Sedap Simple Lazat

Catatan Hujung Minggu 10 11 Mei 2025

Wan Dy Sayang Hanya Mainan Chord

Eur Usd 12 Mei Konflik Ukraine Mungkin Dapat Diselesaikan