Capaian Internet Di Pulau Aman Masih Ketinggalan


NUR Alea Soffiyah Ahmad Hanif (kiri) dan Hanis Syuhada Razali (kanan) terpaksa belajar di luar rumah kerana masalah capaian internet. - Foto NUR IZZATI MOHAMAD



NIBONG TEBAL: Sebahagian pelajar sekolah di Pulau Aman, dekat sini terpaksa merayau sehingga ke Hujung Tanjung, kawasan paling hujung di pulau berkenaan bagi mencari liputan internet untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).
Ada di antara mereka juga menggunakan lebih daripada satu telefon pintar supaya tidak ketinggalan menyertai sesi berkenaan sejak sesi persekolahan bermula kelmarin.
Ia berikutan masalah capaian internet yang tidak kuat dan kerap terputus hingga memberi kesukaran kepada pelajar di pulau terbabit untuk belajar secara dalam talian.
Pelajar Tingkatan 4, Nur Alea Soffiya Ahmad Hanif, 16, berkata dia terpaksa meminjam telefon pintar bapanya untuk mencari capaian internet yang kuat sebelum membuka 'hotspot' dan merangkaikannya dengan telefon pintar miliknya untuk mengikuti kelas secara 'google meet'.
Disebabkan perlu belajar dalam talian ekoran pandemik COVID-19 yang belum berakhir, katanya, dia berusaha sebaik mungkin untuk turut serta mengikuti kelas 'google meet' dengan membeli data internet tanpa had.

"Namun, saya sering berdepan masalah akses internet yang selalu terganggu sehingga terpaksa meninggalkan kelas lebih awal. Masalah ini juga menyebabkan saya penat terpaksa berjalan merayau-rayau sehingga ke Hujung Tanjung yang berjarak kira-kira 10 minit dari rumah.
"Untuk mencari capaian internet yang kuat, saya juga terpaksa meminjam telefon pintar ayah untuk dibuka 'hotspot' dan diletakkan di ceruk tingkap rumah supaya saya dapat mengikuti kelas.
"Namun jika masalah liputan internet berlarutan, saya hanya mampu memohon maaf kepada guru. Mujur guru memahami masalah yang dihadapi," katanya ketika ditemui, hari ini.
Anak sulung daripada lima beradik itu berkata, dia memahami 70 hingga 80 peratus ilmu yang diajar guru melalui kelas dalam talian, namun berharap pandemik COVID-19 dapat berakhir secepat mungkin.
"Ini kerana pembelajaran bersemuka adalah lebih baik, apatah lagi saya bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tahun hadapan," katanya.
Rakannya, Hanis Syuhada Razali, turut menghadapi masalah sama seperti Nur Alea hingga sesi pembelajarannya menjadi kelam kabut. 
"Jika Alea guna data, saya pula guna perkhidmatan jalur lebar kerana ingatkan saya tidak akan berdepan masalah, tetapi masalahnya sama sahaja. Bagaimanapun, saya tidak berputus asa, malah sanggup belajar di tepi tingkap untuk mencari capaian internet.
"Sekarang memang kena usaha sendiri jika tidak, memang saya akan tercicir dalam pelajaran," katanya yang bersama-sama Nur Alea belajar di Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin di Bukit Mertajam.
Tinjauan di Pulau Aman mendapati capaian internet bagi perkhidmatan disediakan semua syarikat komunikasi di negara ini menghadapi masalah dan sering terputus, sekali gus turut memberi kesukaran kepada penduduk sekiranya berdepan kecemasan.
Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Kampung Pulau Aman, Saidi Abd Majid, berkata masalah capaian internet di kampung itu sudah lama dialami mereka.
"Apa yang menjadi kerisauan ialah jika pelajar terpaksa keluar rumah, semata-mata untuk akses internet pada waktu malam. Ia sudah tentu menimbulkan risiko kepada keselamatan mereka.
"Jika boleh, kami mahu syarikat telekomunikasi melaksanakan usaha naik taraf rangkaian sedia ada bagi memudahkan penduduk di sini, agar kami tidak lagi berdepan masalah telekomunikasi dan capaian internet yang terhad," katanya. - Kredit Berita Harian


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2021/01/capaian-internet-di-pulau-aman-masih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Internet Terhad Pelajar Kampung Pulau Aman Gusar Cicir Pelajaran

Internet Terhad Pelajar Kampung Pulau Aman Gusar Cicir Pelajaran

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 265 hits
MALAYSIAKINI Pelajar yang tinggal di kawasan luar bandar seperti di Kampung Pulau Aman dekat Batu Kawan gusar sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah dalam talian terjejas berikutan capaian internet yang terhad di kawasan itu Hanis Syuhad...
Pengarah Murid Tanpa Akses Internet Tidak Akan Ketinggalan Jalani Pdpr Di Sabah

Pengarah Murid Tanpa Akses Internet Tidak Akan Ketinggalan Jalani Pdpr Di Sabah

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 288 hits
Sekolah di Sabah akan menggunakan semua kaedah bagi memastikan program pembelajaran dan pengajaran dari rumah dapat dilaksanakan walaupun tanpa akses internet KOTA KINABALU Pengarah Pendidikan Sabah Mistirine Radin berkata semua sekolah di ...
Tiada Capaian Internet Gajet Seperti Belajar Di Sekolah Daif

Tiada Capaian Internet Gajet Seperti Belajar Di Sekolah Daif

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 344 hits
BH ONLINEAnuar Ahmad SESI persekolahan dibuka Rabu lalu dengan murid yang mengambil peperiksaan utama dibenarkan ke sekolah manakala yang lain terpaksa menjalani pengajaran dan pembelajaran di rumah Wartawan BH Suzalina Halid mendapatkan pa...
Bpbd Cianjur Catat Seratusan Kepala Keluarga Masih Mengungsi

Bpbd Cianjur Catat Seratusan Kepala Keluarga Masih Mengungsi

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 256 hits
Sekretaris BPBD Cianjur Irfan Sopyan mengatakan hanya kaum laki laki yang diizinkan untuk pulang ke rumah guna memastikan kondisi rumahnya masing masing namun menjelang malam mereka diminta kembali ke pengungsian guna menghindari hal yang t...
12 Quote Lucu Untukmu Yang Masih Sering Mengeluhkan Kejomloanmu Dibawa Happy Aja Lagi

12 Quote Lucu Untukmu Yang Masih Sering Mengeluhkan Kejomloanmu Dibawa Happy Aja Lagi

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 166 hits
Sebenarnya kamu nggak jomlo lagi melainkan lagi pacaran jangka panjang sama kebebasan
Isteri Dakwa Dah Cium Kaki Suami Minta Ampun Tapi Sayang Shuk Masih Curang Tak Berubah

Isteri Dakwa Dah Cium Kaki Suami Minta Ampun Tapi Sayang Shuk Masih Curang Tak Berubah

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 1033 hits
Nampaknya kemelut rumah tangga penyampai radio Hot fm Shuk Sahar atau nama sebenarnya Mohammad Shukri bin Mohamed Sahar 34 seakan kembali bergelora Sejak pagi tadi isterinya Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Seraa telah memuat naik beb...
Jamali Shadat Masih Hidup Anak Kesal Penyebaran Berita Kemat1an Bapa

Jamali Shadat Masih Hidup Anak Kesal Penyebaran Berita Kemat1an Bapa

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 348 hits
BERITA pemergian pelawak veteran Datuk Jamali Shadat 78 yang tular di media sosial sejak awal pagi Sabtu adalah palsu dan tidak benar
Thaipusam Dan Masjid Masih Ingat Fitnah Pada Dr Mujahid

Thaipusam Dan Masjid Masih Ingat Fitnah Pada Dr Mujahid

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 215 hits
Soal Thaipusam ini tidak berkait langsung dengan Menteri Agama tetapi tahun lepas menjelang hari thaipusam apakah kita masih ingat Orang yang beserban Berjubah Kononnya ahli tareqat mengfitnah dan menghina Dr Mujahid dengan gambar mengusung...
7 Peluang Bisnis Home Service Yang Masih Jarang Jasa Panggilan Pembawa Banyak Untung

7 Peluang Bisnis Home Service Yang Masih Jarang Jasa Panggilan Pembawa Banyak Untung

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 203 hits
Jasa layanan antar makanan sih udah biasa ya ternyata banyak yang lain yang berpotensi laris lo
Resepi Bbq Kambing

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Buasir Otak Tv Kenapa Ayam Masa Hidup Satu Nama Bila Mati Banyak Nama Be Like

Halal Certification Is A Non Muslim Issue

Sebatan Syariah Daripada Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia

Pelbagai Kaum Makan Budu Dalam Pinggan Sama


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Crescent Petroleum Targets Nioc Assets And Frozen Funds In Escalating Legal Dispute

A Short Interior Painters Guide To Color Psychology And Perceived Size

Ptptn Encourages Savings Plans To Reduce Reliance On Education Loans

Wet Cny For Sabah Sarawak With Continuous Rains Expected Says Metmalaysia

Eleven Masked Men Break Into Puchong Home Two Seriously Injured

Cukup Mudah Masak Ayam Kari Jepun Cepat Dan Sedap Di Makan