Risaukan Kemarahan Rakyat Pm Umum Penubuhan Jawatankuasa Khas Siasat Kematian Adib


 



October 9, 2021 Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas bagi memastikan siasatan menyeluruh dan telus terhadap kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.
Ismail berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat kabinet semalam.
Menurutnya, jawatankuasa ini akan dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan turut dianggotai Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Reezal Merican Naina Merican serta Peguam Negara, Idrus Harun.
“Penubuhan jawatankuasa khas ini membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan kes kematian Allahyarham Adib, 24, yang juga anggota unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, mendapat keadilan dan sekali gus pelaku kematian Adib dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya dalam kenyataan.
Muhammad Adib, mengalami kecederaan parah semasa kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov 2018.
Allahyarham meninggal dunia akibat kecederaan ketika menerima rawatan di Institut Jantung Negara pada 17 Dis 2018.
Inkues ditubuhkan berikutan perselisihan pendapat mengenai punca kematiannya, sama ada disebabkan oleh kemalangan atau serangan yang disengajakan.
Pada 27 September 2019, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Adib disebabkan oleh perlakuan jenayah oleh lebih daripada dua atau tiga orang yang tidak dikenali.
Teliti kes Batu Puteh, dakwaan Tommy Thomas
Selain itu Ismail Sabri berkata jemaah menteri juga bersetuju agar pasukan khas ditubuhkan bagi menyemak semula berkenaan permohonan semakan dan pentafsiran dalam kes Pulau Batu Puteh.
Katanya, pasukan petugas khas ini akan dipengerusikan oleh bekas Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali bagi membuat kajian menyeluruh, meneliti dan mencadangkan opsyen-opsyen yang bersesuaian dengan mendapatkan pandangan daripada pakar undang-undang antarabangsa.
“Usaha ini bertujuan untuk menyemak semula undang-undang berkenaan permohonan semakan dan pentafsiran berkenaan kes Pedra Branca/Pulau Batu Puteh,” katanya.
Pada masa yang sama, katanya, jemaah Mmnteri juga telah membuat keputusan untuk mendapatkan pandangan undang-undang awal berkenaan tindakan undang-undang di bawah “Tort of Misfeasance” ke atas mana-mana pihak yang didapati telah melakukan kecuaian dan kekhilafan ekoran tidak meneruskan permohonan semakan dan pentafsiran kes berkenaan.
Untuk rekod pada 2018, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan untuk berpihak kepada Singapura dalam isu perselisihan wilayah di pulau itu.
Pada penghujung Mei 2018, selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kerajaan PH pimpinan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad ketika itu menarik balik permohonan semakan terhadap keputusan ICJ berkenaan.
Sementara itu, Ismail berkata kabinet turut bersetuju menubuhkan sebuah pasukan petugas khas bagi membuat kajian awal sebelum sebarang tindakan diambil terhadap dakwaan bekas peguam negara, Tommy Thomas di dalam bukunya “My Story: Justice in the Wilderness
“Pasukan petugas khas siasatan yang dicadangkan ini antara lain bertujuan untuk menyiasat dakwaan Tommy Thomas mengenai penyalahgunaan kuasa dalam isu pelantikan hakim, campur tangan badan eksekutif melampau dalam badan kehakiman, pendakwaan terpilih dan bersifat politik serta pelanggaran sumpah kerahsiaan,”katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/10/risaukan-kemarahan-rakyat-pm-umum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jawatankuasa Khas Perlu Umum Hasil Siasatan Kematian Adib Kata Cuepacs

Jawatankuasa Khas Perlu Umum Hasil Siasatan Kematian Adib Kata Cuepacs

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 233 hits
October 9 2021 CUEPACS berharap kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim tidak terus dijadikan modal politik atau isu perkauman demi kepentingan sesetengah pihak PETALING JAYA Kongres Kesatuan Pekerja pekerja di dalam Perkhidmatan Awa...
Jawatankuasa Khas Diharap Kumpul Segera Butiran Penting Kes Adib

Jawatankuasa Khas Diharap Kumpul Segera Butiran Penting Kes Adib

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 106 hits
Oleh SYAHIRAH SALLEH KUALA LUMPUR Keputusan kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Khas untuk menyiasat dan meneliti kes kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim diharap dapat membantu kerajaan mengumpulkan butiran butiran pen...
Peguam Keluarga Adib Harap Jawatankuasa Khas Lakukan Siasatan Telus Beramanah

Peguam Keluarga Adib Harap Jawatankuasa Khas Lakukan Siasatan Telus Beramanah

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 150 hits
Peguam keluarga Adib harap jawatankuasa khas lakukan siasatan telus beramanah Peguam Syazlin Mansor yang mewakili keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim berharap jawatankuasa khas yang ditubuhkan kerajaan bagi menyiasat kematian ang...
Jawatankuasa Khas Kes Adib Lantik Patologi Kanan Periksa Keputusan Koroner

Jawatankuasa Khas Kes Adib Lantik Patologi Kanan Periksa Keputusan Koroner

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 268 hits
Jawatankuasa khas kerajaan yang menyiasat kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim memutuskan untuk melantik seorang ahli patologi kanan untuk membantu siasatan Antara tugas ahli patologi tersebut adalah memeriksa keputusan Mahkamah...
Ketirisan Aim Tubuh Jawatankuasa Siasat Salah Laku

Ketirisan Aim Tubuh Jawatankuasa Siasat Salah Laku

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 177 hits
Parti Pejuang Tanah Air atau Pejuang menggesa kerajaan menubuhkansSuruhanjaya siasatan bebas bagi menyiasat salah laku pengurusan AIM SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www...
Polis Siasat Dakwaan Kematian Lelaki Ketika Ditangkap

Polis Siasat Dakwaan Kematian Lelaki Ketika Ditangkap

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 192 hits
KUALA LUMPUR Polis sedang melakukan siasatan terhadap kematian mengejut seorang lelaki disyaki pengedar dadah yang meninggal dunia semasa tangkapan ke atasnya dilakukan di sebuah rumah pangsa dekat Taman Dato Senu Sentul petang semalam
Ismail Sabri Lebih Wajib Jangan Buat2 Lupa Kes Kematian Adib

Ismail Sabri Lebih Wajib Jangan Buat2 Lupa Kes Kematian Adib

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 281 hits
Secara tiba tiba kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim dalam tragedi rusuhan kuil di Subang yang masih belum terungkai muncul kembali menjadi perbualan dalam sehari dua ini Ia susulan kenyataan Zuraida Kamaruddin Menteri Peru...
Siasatan Kematian Adib Usah Ditutup Walau Sementara Ppmm

Siasatan Kematian Adib Usah Ditutup Walau Sementara Ppmm

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 133 hits
Siasatan kematian Adib usah ditutup walau sementara PPMM Persatuan Peguam Muslim Malaysia mendesak kerajaan bertegas untuk tidak menutup walaupun sementara siasatan kes kematian anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Allahyarham Muha...
Tutup Kes Adib Kenapa Hasil Siasatan Tidak Didedah Kepada Umum

Tutup Kes Adib Kenapa Hasil Siasatan Tidak Didedah Kepada Umum

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 300 hits
Apakah tiada bukti kukuh terhadap pesalah walhal banyak video gambar dirakam ketika kejadian KUALA LUMPUR Kenyataan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin bahawa kes Muhammad Adib Mohd Kassim ditutup sementara ...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools

Zus Ice Watermelon Latte