Rio Ngumoha Selamatkan Maruah 3 Mata Liverpool
Rio Ngumoha Selamatkan Maruah, 3 Mata Liverpool
Awal pagi tadi berlangsung satu perlawanan terakhir Liga Inggeris (PL) bagi minggu kedua antara Liverpool menentang Newcastle.
Perlawanan itu menyaksikan Liverpool menang tipis di gelanggang lawan dengan aksi 100 minit penuh dramatik.
Keseluruhan perlawanan nampak Liverpool agak bergelut dalam perlawanan ini namun, Liverpool berjaya terjemahkan peluang yang ada kepada gol.
Gol pertama Liverpool hadir pada minit 35 hasil rembatan luar kotak dari Ryan Gravenberch.
Sebelum tamat separuh masa pertama, Anthony Gordon dibuang padang selepas terjahan lewat dibuat ke atas Van Dijk.
Tak sampai seminit masuk babak kedua, Liverpool gandakan jaringan menerusi penyerang baru mereka, Hugo Ekitike menjadikan kedudukan 0-2.
Selepas jaringan ini, Liverpool kurang dominasi perlawanan walau menentang 10 pemain Newcastle.
Malah, Newcastle pula tidak henti-henti menyerang kubu pertahanan Liverpool dan hasilnya hadir pada minit 57 apabila tandukan Bruno Guimaraes menerjah gawang Liverpool.
Apabila perlawanan seakan sudah pasti milik Liverpool, penyerang Newcastle William Osula menyamakan kedudukan 2-2 pada minit 88 hasil hantaran sepakan percuma.
Stadium St James Park ‘bergegar’ selepas jaringan penyamaan itu dalam masa yang sama mereka harapkan Newcastle menjaringkan gol kemenangan di hujung babak.
Namun, langit tidak cerah hingga akhirnya buat Newcastle apabila pemain 16 tahun, Rio Ngumoha yang dibawa masuk Liverpool jaringkan gol kemenangan pada minit ke-100.
Hantaran silang dari Mohamed Salah dan dummy yang cantik dari Szoboszlai disudahkan pemain akademi Liverpool itu.
Liverpool Rampas 3 Mata
Sekali gus memadam hasrat Newcastle sekurang-kurangnya mendapat 1 mata dari perlawanan ini.
Ngumoha menjadi penjaring keempat termuda dalam sejarah Premier League selepas James Vaughan, James Milner, Wayne Rooney.
Siapa sangka, pemain 16 tahun ini berjaya menyelamatkan maruah dan 3 mata penting Liverpool di St. James Park.
Liverpool kini menghuni tangga ketiga liga, berkongsi mata dengan Arsenal dan Spurs.
Manakala, Newcastle duduki tangga ke-15 dengan mengumpul 1 mata di atas Manchester United.
Sumber: Stadium Astro, Liverpool FC
BACA JUGA!
The post Rio Ngumoha Selamatkan Maruah, 3 Mata Liverpool appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/08/26/rio-ngumoha-selamatkan-maruah-3-mata-liverpool/