Ringgit Susut Ke Paras Terendah Dalam 26 Tahun



KUALA LUMPUR: Nilai ringgit terus mencatat penurunan ketara hari ini apabila mencecah paras 4.795 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) paras terendah

Pada sekitar jam 5 petang ini, ringgit berada di paras 4.795 susut 0.41 peratus berbanding penutup semalam.
Jika disingkap semula, mata wang negara mencapai paras terendah dalam sejarah iaitu 4.88 pada Januari 1998 iaitu ketika kemuncak Krisis Kewangan Asia.
Paras terbaharu hari ini juga mengatasi paras terendah harian yang dicatat pada 23 Oktober 2023 lalu iaitu 4.7925.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, berdasarkan analisis teknikal, ringgit telah pun melepasi paras rintangan iaitu RM4.7958.
"Kita sedia maklum bahawa tren mata wang banyak dipengaruhi oleh faktor luaran. Terbaru, bank pusat China telah pun mengurangkan kadar faedah mereka sebanyak 25 mata asas dan ia melebihi jangkaan penganalisis ekonomi. Situasi ini sudah pasti akan melemahkan mata wang Yuan.
"Ringgit pula dilihat kaitan ketara dengan mata wang yuan. Maka sebarang pergerakan Yuan sudah pasti akan memberi kesan kepada ringgit. Persoalannya, apa yang harus dilakukan oleh pembuat dasar?
"Persoalan ini tidak semudah yang disangka dan jalan penyelesaiannya juga tidak boleh disamakan seperti yang pernah dilaksanakan pada tahun 1998," katanya kepada BH.
Beliau menambah, umum mengetahui bahawa pasaran modal Malaysia begitu terbuka kepada pelabur asing, susulan itu mereka bebas memiliki saham dan bon yang diterbitkan di Malaysia.

Berdasarkan data terkini, nisbah milikan asing dalam Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelabuaran Kerajaan (GII) telah pun merosot ke paras 33.8 peratus dan 9.3 peratus setakat Januari 2023.
Ini berbanding 36.6 peratus dan 10.2 peratus yang dicatatkan pada Julai tahun lalu.
"Ada pelbagai sebab milikan asing berkurangan. Salah satunya adalah pulangan pelaburan yang lebih tinggi di AS berdasarkan perbezaan kadar faedah iaitu Fed Fund Rate berada pada paras 5.50 peratus berbanding OPR 3.0 peratus.
"Namun, penyelesaian isu kelemahan ringgit melalui kenaikan OPR adalah tidak tepat kerana ia boleh melemahkan ekonomi domestik.
"Justeru apakah jalannya? Jalan terbaik adalah dengan menunjukkan bahawa reformasi dasar ekonomi sedang dijalankan dan pelaksanaannya mengikut jadual yang ditetapkan," katanya,
Selain itu, katanya, perubahan dasar perlu berlaku secara beransur-ansur dan tidak mendadak.
"Kemudian, komunikasi kepada rakyat, pelabur dan pengusaha perlu dijalankan supaya mereka mendapat gambaran sebenar apa yang ingin dicapai.
"Pendek kata, perlu konsisten dan realistik. Mungkin inilah caranya yang boleh menarik perhatian pelabur asing untuk membeli saham dan bon di Malaysia dan sekiranya ia berlaku secara berterusan maka ringgit bakal pulih dalam tempoh akan datang," katanya - BH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2024/02/ringgit-susut-ke-paras-terendah-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan Singapura 2024 Defisit S 3 6b Dilaporkan Dalam Tahun Kewangan 2023

Belanjawan Singapura 2024 Defisit S 3 6b Dilaporkan Dalam Tahun Kewangan 2023

papar berkaitan - pada 17/2/2024 - jumlah : 274 hits
Meskipun koleksi pendapatan tahun kewangan 2023 melebihi jangkaan Singapura mengalami defisit fiskal sebanyak S 3 6 billion kata Menteri Kewangan Lawrence Wong dalam Dewan Rakyat semalam Defisit 2023 adalah kira kira 0 5 peratus daripada KD...
Foto Melihat Pameran Retrospektif 50 Tahun God Bless Tampilkan Koleksi Karya Dan Kostum

Foto Melihat Pameran Retrospektif 50 Tahun God Bless Tampilkan Koleksi Karya Dan Kostum

papar berkaitan - pada 17/2/2024 - jumlah : 247 hits
Pameran Retrospektif 50 Tahun God Bless dapat dikunjungi oleh publik mulai 17 Februari 1 Maret 2024 di Galeri Nasional Jakarta
Hari Ulang Tahun Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu Kali Ke 68

Hari Ulang Tahun Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu Kali Ke 68

papar berkaitan - pada 17/2/2024 - jumlah : 320 hits
20 FEBRUARI 1956 Tunku Abdul Rahman sekembalinya dari London selepas perundingan dengan pihak British telah mengumumkan secara rasmi di Padang Pahlawan Banda Hilir bahawa Persekutuan Tanah Melayu akan mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 ...
Kpn Komited Tingkatkan Budaya Membaca Wujudkan Airport Library Mulai Tahun Ini

Kpn Komited Tingkatkan Budaya Membaca Wujudkan Airport Library Mulai Tahun Ini

papar berkaitan - pada 18/2/2024 - jumlah : 303 hits
Kementerian Perpaduan Negara komited tingkatkan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia bagi melahirkan masyarakat berilmu pengetahuan KPN komited tingkatkan budaya membaca Menterinya Datuk Aaron Ago Dagang berkata KPN akan terus ting...
Gadis 21 Tahun Dari Malaysia Mendedahkan Bagaimana Ibunya Mengunci Dia Di Rumah

Gadis 21 Tahun Dari Malaysia Mendedahkan Bagaimana Ibunya Mengunci Dia Di Rumah

papar berkaitan - pada 18/2/2024 - jumlah : 247 hits
IBU bapa ASIA dikenali kerana ketat kepada anak anak mereka Tetapi seberapa ketatnya adalah baik apabila ia berkaitan dengan parenting Seorang wanita muda Malaysia telah meluahkan pada laman Twitter secara anonim bahawa ibunya menghalangnya...
26 Tahun Beli Rumah Rm 1 5 Juta Untuk Ibu Bapa Dia

26 Tahun Beli Rumah Rm 1 5 Juta Untuk Ibu Bapa Dia

papar berkaitan - pada 18/2/2024 - jumlah : 349 hits
BANYAK daripada kita pada usia 26 tahun masih berjuang untuk naik tangga kerjaya apatah lagi bermimpi untuk membeli rumah bernilai RM1 5 juta Tetapi seorang rakyat Malaysia berusia 26 tahun telah melakukannya dan bahagian terbaiknya Dia mem...
Makan Masa Dua Tahun Sebab Kilang Kita Netizen Persoal Tiada Sijil Halal Khairul Aming Tampil Terjelas Hal Sebenar

Makan Masa Dua Tahun Sebab Kilang Kita Netizen Persoal Tiada Sijil Halal Khairul Aming Tampil Terjelas Hal Sebenar

papar berkaitan - pada 18/2/2024 - jumlah : 168 hits
Setiap produk yang diambil oleh masyarakat Muslim perlulah ada pengiktirafan halal daripada pihak berkuasa Seperti baru baru ini ada sesetengah netizen yang mempersoal pergiktirafan halal pada produk produk pempengaruh terkenal Khairul Amin...
Mengupas Tuntas Cara Memilih Slot Gacor Untuk Tahun 2022

Mengupas Tuntas Cara Memilih Slot Gacor Untuk Tahun 2022

papar berkaitan - pada 18/2/2024 - jumlah : 270 hits
Halo para pecinta judi online apakah kamu sedang mencari cara untuk memilih slot gacor untuk tahun 2022 Jangan khawatir karena kali ini kita akan mengupas tuntas cara memilih slot gacor yang tepat untuk menemanimu bermain judi online sepanj...
Budak 10 Tahun Buat Sembilan Laporan Polis Mengadu Bapa Pilih Kasih

Budak 10 Tahun Buat Sembilan Laporan Polis Mengadu Bapa Pilih Kasih

papar berkaitan - pada 17/2/2024 - jumlah : 193 hits
Bunyinya seperti kelakar tetapi itulah yang terjadi di China apabila seorang budak berusia 10 tahun membuat laporan polis apabila mendakwa bapanya pilih kasih Kanak kanak tersebut berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk ke balai polis set...
How Malaysians Can Tactically Deal With Zakir Naik S Non Ban

Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Increment Finance On Flow A One Stop Platform For Trading Lending And Staking

Risiko Asteroid Hentam Bumi Meningkat Nasa

Tercekik Gula Gula 39 Gummy 39 Mata

Online Presence Is Critical For Business

68 Warganegara Asing Diusir Ntl Dilarang Masuk Malaysia

Sambal Tempe Kangkung Buat Pedas Lagi Sedap


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Inovasi Teknologi Untuk Seragam Kerja Ramah Lingkungan

Raikan Kemeriahan Hari Raya Dengan Himpunan Unik Trio Carlo Rino

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord