Rindu Mahu Menulis Macam Dulu


AssalamualaikumBismillah

Aku rindu mahu menulis dari hati ke hati. Beberapa hari ini, bukan juga hari tapi minggu aku tiada update apa-apa kat blog. Tiba-tiba aku hilang semangat mahu menulis. Kalau nampak aku update pun just republish balik entri lama

Aku bukan takda idea. Idea tu banyak kat draf. Cuma entahlah, aku jadi rindu mahu menulis macam dulu.
Being a fulltime blogger is hard. Blog nak kena update. Nak kena selalu tengok statistik. Nak kena kejar pageviews dan income. Bukannya tak boleh update macam dulu cuma entahlah. Aku tidak mahu menulis sebab income semata-mata. 
Alhamdulillah. Bulan ini ALLAH murahkan rezeki buat aku. Pertama kali aku dapat hasil RM2000 lebih untuk bulan ini sahaja. Syukur sangat. 
Kawan-kawan tanya macam mana aku boleh dapat hasil sampai macam tu? Aku tak buat apa-apa. Aku cuma menulis macam biasa juga. Dan kebanyakkan entri lama yang banyak membantu untuk kekalkan pageviews aku walaupun aku tak update blog beberapa hari

Hasil income aku daripada Google adsense, paid review dan servis buat blog. Orang ingat aku dapat RM2000 tu daripada google adsense sahaja. No guys! Tidak semudah itu. 
Betullah kata orang. Orang hanya pandang bila kita dah senang je. Masa kita susah orang tak tolong. Orang tak pandang pun. Aku tak kata aku berjaya. Aku tak kata aku sekarang dah senang. Ada yang bertanya nak minta tips nak belajar buat blog sebab nak dapat duit. Tetapi realitinya, bukan semudah itu. 
Alhamdulillah atas segala nikmatNya yang tak terhingga. Sejujurnya aku sangat bersyukur kepada ALLAH dengan kurniaan rezekiNya. Syukur kerana akhirnya apa yang dihajatkan tercapai. Perkara yang aku inginkan dari dulu lagi ALLAH dah makbulkan. Aku terharu sangat guys! 
Impian untuk membeli freezer hasil daripada duit sendiri tercapai. Bagi yang tidak mempunyai pekerjaan tetap seperti aku. Yang hanya menulis blog saja susah nak kumpul duit beli freezer guys. 
Terima kasih sebab sentiasa support blog ini dengan hanya membaca dan klik iklan sahaja anda telah membahagiakan kami sekeluarga. Aku tak pernah minta apa-apa pun. 
Serius aku sangat terharu sebab dah lama aku mengidamkan untuk menghadiahkan freezer kepada pakcik aku di kampung. Tambahan pula bulan ini adalah bulan kelahiran aku (birthday girl) aku rasa dapat beli freezer ini dengan hasil pendapatan sendiri adalah hadiah yang paling bermakna buat aku

Seperti yang aku pernah ceritakan sebelum ini, aku target nak beli frezeer untuk hantar di kampung. Di kampung masih belum ada yang menjual ais atau minuman sejuk. Pakcik aku kat kampung tidak mempunyai sumber pendapatan kerana sakit teruk. 
Hanya dengan berniaga sahaja mereka dapat menampung kehidupan. Sebagai anak buah, aku rasa sedih tak dapat bantu mereka dari segi kewangan. Tetapi dengan adanya frezeer ini, makcik dan pakcik aku bolehlah berniaga ais atau minuman sejuk. Dalam masa yang sama juga aku dapat sumber pendapatan dengan berniaga. 
Aku bukan minta simpati, aku bukan meminta-minta. Aku usaha dengan titik peluh aku sendiri. Dan kamu semualah yang banyak support aku dan bagi semangat untuk aku lebih berkerja keras. 
Kadang-kala untuk membahagiakan orang yang kita sayang tidak perlu duit sampai beribu pun. Kita tak mampu tolong dari segi kewangan kita bantu pula dari segi tenaga. Tak perlu tunggu kaya baru nak tolong. Sebab sampai bila-bila pun kita tak tahu bila kita akan kaya

Salah satu sebab aku tulis semua ini supaya sampai bila-bila aku akan ingat. Bahawa setiap rezeki dan kejayaan itu bukannya datang sendiri. Rezeki yang aku dapat ini hasil daripada usaha, doa, sokongan rakan blogger dan orang tersayang. 
RM2000 tu untuk sesetengah orang mungkin tidak banyak. Tetapi bagi aku ia adalah satu permulaan buat aku untuk lebih berusaha buat yang terbaik lagi untuk blog aku, pembaca dan juga keluarga aku.
Apabila aku menulis, aku mahu apa yang aku tulis dapat bagi manfaat untuk orang. Aku mahu setiap kata-kata dan patah perkataan dapat bagi inspirasi untuk orang lain. Aku nak apabila orang baca blog aku, at the end pembaca rasa apa yang aku tulis ada something yang mereka dapat

Of course income itu penting. Tetapi menulis semata-mata kejar income sahaja aku rasa macam tidak bahagia. Sebab itulah aku cuba berehat untuk beberapa minggu daripada menulis dan fokus dengan servis buat blog untuk orang lain


Macam inilah aku. Setiap kali aku jatuh dan hilang semangat. Aku kembali kepada entri pertama aku. Aku tahu tujuan sebenar aku tidak pernah berubah. Orang lain tak perlu faham. Yang penting aku tahu, apa yang aku buat selama ini tidak pernah lari daripada niat asal aku. 
Terima kasih Nurul, sebab selalu ingatkan diri ini untuk tidak pernah berubah.

Sepanjang hidup selama 25 tahun ini, sudah pelbagai mehnah dan karenah manusia yang dilihat dan hadapi. Apatah lagi mereka yang sudah menjangkaui umur yang melebihi diri saya ini. Sudah tentu lebih banyak pengalaman dan ilmu di dada.

Tetapi hakikatnya, kita semua tetap sedang belajar. Dan setelah belajar, tugas kita yang seterusnya adalah menyampaikan kepada yang belum tahu. Subhanallah. Cantik Allah mengaturkan hidup ini. Kerana itu diri ini mahu berkongsi sesuatu dengan pembaca sekalian.

Sebenarnya terasa diri ini terlalu kerdil. Dan maafkan diri ini kerana terlalu berminat untuk menulis dan berkongsi. Jadi terpaksalah yang membaca menadah matanya untuk membaca entri yang tidak seberapa ini



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.siinurul.com/2020/06/rindu-mahu-menulis-macam-dulu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hang Tunggu Apa Lagi Aku Rasa Alexder Pittsuwan Thomprason Orang Sama Dulu Kah Kah Kah

Hang Tunggu Apa Lagi Aku Rasa Alexder Pittsuwan Thomprason Orang Sama Dulu Kah Kah Kah

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 480 hits
Peguam AMANAH tawar khidmat guaman percuma untuk ulama PasSusulan tersebarnya beberapa rakaman video membabitkan dakwaan skandal mengaitkan seorang Ulama Pas peguam kanun AMANAH mengatakan bersedia menawarkan khidmat guaman percuma kepada U...
Jangan Mudah Beri Apa Anak Nak Ajar Bersabar Dulu Ibu Ayah Mesti Bertahan

Jangan Mudah Beri Apa Anak Nak Ajar Bersabar Dulu Ibu Ayah Mesti Bertahan

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 412 hits
Apa ibu bapa akan lakukan sekiranya anak merengek nak sesuatu Adakah terus memberi sebab tak mahu anak lagi lama merengek dan menangis atau biar dulu sambil menjelaskan kenapa bukan sekarang boleh dapat Ibu bapa kena belajar ilmu ini dan ja...
Dian Piesesha Aku Masih Seperti Yang Dulu Chord

Dian Piesesha Aku Masih Seperti Yang Dulu Chord

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 358 hits
G D G D A D D A aku masih seperti Dyang dulu D G menunggumu sampai Aakhir hidupku Gkesetiaanku tak luntur D Ghatipun rela berkorban D A demi keutuhan kau D Adan aku D A Dbiarkanlah aku memiliki D G semua cinta yang ada Adi hatimu Gapapun ka...
Youtuber Sampah Ferdian Paleka Dulu Dimaki Sekarang Buat Ini Hingga Tuai Pujian

Youtuber Sampah Ferdian Paleka Dulu Dimaki Sekarang Buat Ini Hingga Tuai Pujian

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 211 hits
Setelah sempat menggegerkan masyarakat Indonesia dengan video prank sampah yang ia lakukan Youtuber Ferdian Paleka terlihat kembali mengunggah sebuah video di kanal Youtube pribadinya usai bebas dari penjara Dalam kontennya kali ini Ferdian...
Wah Lebai Kena Reject Dulu Masa Nak Minang Anak Dara Buat No 2

Wah Lebai Kena Reject Dulu Masa Nak Minang Anak Dara Buat No 2

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 410 hits
Norshidah Mat Daud Sahhhh Dia nak tambah bini kena reject ngan mak budak pompuan tu
My Big Dream Suatu Ketika Dulu

My Big Dream Suatu Ketika Dulu

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 302 hits
HanyaSebuahKenanganAssalamualaikum Hai readers Terasa pagi ni macam nak membebel dekat blog Sebab stress Macam macam hal la yang terjadi So jalan penyelesaian nak hilangkan kepenatan stress tu haaa jom la kita bebel Tajuk bebelan harini my ...
Dulu Dr Mahathir Merayu Pada Anwar Di Mahkamah Sekarang Merayu Di Pejabat Pkr Pula Kenapa Terdesak Nak Jadi Pm

Dulu Dr Mahathir Merayu Pada Anwar Di Mahkamah Sekarang Merayu Di Pejabat Pkr Pula Kenapa Terdesak Nak Jadi Pm

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 571 hits
Siapa sebenarnya yang terdesak atau bergolek golek sambil menghentak hentak kaki atas simen untuk menjadi Perdana Menteri Dr Mahathir atau Anwar Semalam laman blog ini menyiarkan bagaimana strategi Anwar untuk pancung Dr Mahathir buat selam...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Worldcoin Dan Ai

Sampul Duit Raya Menghargai Tradisi Dan Budaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi

Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2