Rindu Bau Pohon Tin


Judul : RINDU BAU POHON TINPenulis : Hasrizal Abdul JamilPenerbit : Jejak TarbiahTahun terbit : 2020Jumlah muka surat : 221Harga : RM28
Rindu Bau Pohon Tin bukanlah sebuah karya baru, tetapi ia terbitan semula dengan penampilan yang lebih segar oleh Jejak Tarbiah. Sungguh pun saya sudah lama tahu mengenai buku ini (terbitan terdahulu), tetapi ini merupakan kali pertama saya membacanya. Mungkin kerana penampilan barunya yang lebih segar membuatkan saya tertarik nak mengetahui isi buku 😀

Buku ini merupakan catatan kisah kembara penulis di bumi Jordan sekitar tahun 90-an. Bumi di mana penulis menyambung pengajian, juga selaku kumpulan pertama pelajar tajaan JPA yang dihantar ke sana. 
Membacanya membuatkan kita turut bersama merasai pengalaman hidup penulis selama berada di sana. Merasa debaran sewaktu pertama kali tiba di kota Amman, Jordan. Merasa kagum dengan kesungguhan seorang pemuda Cina Muslim dari negara China yang menulis perkataan bahasa Arab yang baru diketahui di tangan, supaya dihafal sebelum waktu solat berikutnya. Juga turut sama menangis sewaktu penulis kehilangan 5 orang sahabatnya dalam satu kemalangan jalan raya di Aqabah

Bukan sekadar ‘menikmati’ pengalaman penulis, buku ini juga memberikan info sejarah dan ibrah (pengajaran) yang boleh kita ambil sebagai panduan hidup. Ia sebuah buku travelog tarbiah


Antara isi dan petikan buku yang menarik perhatian saya :
1. Soal kewangan sering menjadi fokus kerisauan belajar di perantauan, tetapi sebenarnya ujian terbesar di perantauan yang sering mengorbankan seorang penuntut ilmu ialah sebuah kebebasan. Kebebasan yang sering memutuskan tali pada sebuah layang-layang

2. Mu’tah (lokasi universiti penulis) pernah mencatatkan peristiwa bersejarah - peperangan Mu’tah. Ia berlaku pada tahun 8 Hijriah disebabkan oleh pembunuhan Harith bin Umair Al-Azdi yang merupakan utusan Rasulullah S.A.W. kepada Raja Busra

3. Jujur terhadap kejayaan dan kesilapan, pencapaian dan kejatuhan - pada semua itulah munculnya ibrah (pengajaran) yang matang untuk diteladani oleh mereka yang mahu berfikir

4. Berdoalah dalam bahasa yang kita fahami. Semua bahasa adalah bahasa hamba Allah. Doa dalam bahasa Melayu, Urdu dan Turki, dengan memaksudkan apa yang dipinta, lebih bermakna daripada doa bahasa Arab yang panjang sedepa, tetapi kosong daripada makna dan penghayatan

5. Sistem pembelajaran di Jordan memerlukan pelajar hadir kuliah di universiti dan melakukan perbincangan serta perbahasan di dalam kelas. Perbahasan di dalam kelas itulah yang mencanai pemikiran untuk sembuh dari asabiyyah, bertaklid buta, memusuhi perkara yang kita tidak tahu.
6. Besarnya peranan sabar dan pendekatan secara hikmah dalam usaha memperbaiki dan memperbetulkan amalan manusia

7. Manusia yang memaksa dirinya untuk berubah, mereka itulah yang berjaya

8. Mereka yang mahu menjadi pemimpin, jiwanya mesti jiwa integrasi dan engagement, bukan pemencilan, menghukum dan mengesampingkan golongan yang tidak sekepala atau serasa

9. Pada 26 Oktober 1994 di Wadi Arabah, berlangsung Perjanjian Damai di antara Jordan dan Rejim Yahudi Israel yang menyaksikan Jordan mengalami perubahan

10. “Children might fail to follow our word but they will never fail to follow our action. If you want to have listened, listen first. If you want to be respected, respect first. Teach your children with actions and if you want to deliver a message, be the message!”

Rindu Bau Pohon Tin - sebuah buku travelog yang cukup menarik dibaca dan membuka fikiran kita. Juga bacaan baik untuk mereka yang bergelar pelajar, supaya lebih memahami tujuan menuntut ilmu dan tidak tenggelam dalam mengejar keperluan yang tak pernah cukup

——————————————————————-
Selesai membaca buku ini, saya masih ada 2 buah buku dalam siri Travelog Tarbiah untuk dibaca. Juga sebuah lagi dalam siri sama yang masih belum sampai ke tangan saya, buku terkini penulis - catatan kembara di Finland


*Bagi yang nak memiliki buku ini, boleh dapatkan di Instagram : warungkakibuku



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2020/09/rindu-bau-pohon-tin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pencemaran Bau Sungai Gong Empat Beradik Pemilik Kilang Ditahan

Pencemaran Bau Sungai Gong Empat Beradik Pemilik Kilang Ditahan

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 633 hits
KUALA LUMPUR 5 Sept Polis menahan empat lelaki pemilik kilang yang disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran bau di kawasan perindustrian Sungai Gong Rawang Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata kesemua suspek berumur ling...
Empat Beradik Pemilik Kilang Ditahan Reman Disyaki Punca Pencemaran Bau Sungai

Empat Beradik Pemilik Kilang Ditahan Reman Disyaki Punca Pencemaran Bau Sungai

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 456 hits
Seluruh penduduk sekitar Kuala Lumpur dan Selangor terpaksa berdepan detik sukar apabila mereka terputus bekalan air akibat pencemaran bau yang berlaku di sungai utama Sungai Gong Menurut Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata pencem...
Mkl Crimedesk 4 Beradik Pemilik Kilang Pencemaran Bau Direman

Mkl Crimedesk 4 Beradik Pemilik Kilang Pencemaran Bau Direman

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 471 hits
SELAYANG Empat lelaki pemilik kilang yang disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran bau di kawasan perindustrian Sungai Gong Rawang direman selama enam hari bermula hari ini Perintah reman dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Nurul Mardh...
Bau Kek Pisang Menusuk Kalbu Ini Caranya

Bau Kek Pisang Menusuk Kalbu Ini Caranya

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 302 hits
Sedapnya dapat makan kek pisang untuk minum petang hari ini nanti terbayang bayang pula kek pisang yang panas panas dengan baunya yang menusuk pasti sedap Jom hari ini penulis bawakan resepi bagaimana nak buat kek pisang yang sedap lazat ba...
Ekzos Bocor Keluar Bunyi Bau Asap Kuat

Ekzos Bocor Keluar Bunyi Bau Asap Kuat

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 681 hits
Ekzos bocor keluar bunyi bau asap kuat Dalam perkembangan terkini mengenai tragedi empat wanita berusia 21 tahun lemas akibat keracunan karbon monoksida di dalam kereta sehingga menyebabkan tiga daripadanya maut salah seorang mangsa terdahu...
Polis Tahan Empat Beradik Terlibat Pencemaran Bau Sungai Gong

Polis Tahan Empat Beradik Terlibat Pencemaran Bau Sungai Gong

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 303 hits
KUALA LUMPUR 5 SEPT Polis menahan empat lelaki pemilik kilang yang disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran bau di kawasan perindustrian Sungai Gong Rawang Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata kesemua suspek berumur ling...
Pria Di Bandung Lempari Kaca Masjid Di Dago Pelaku Diikat Warga Di Pohon Aku Itu Emang Gila

Pria Di Bandung Lempari Kaca Masjid Di Dago Pelaku Diikat Warga Di Pohon Aku Itu Emang Gila

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 191 hits
Sebuah masjid di Kelurahan Dago Kecamatan Coblong dilempari batu oleh seorang pria pada Rabu pagi Pelaku yang hanya mengenakan sarung dan bertelanjang dada langsung melempar batu ke kaca dinding dan pintu masjid Saat diamankan warga pelaku ...
Pohon Mahoni Tumbang Menimpa Satu Mobil Di Menteng Jakarta Pusat

Pohon Mahoni Tumbang Menimpa Satu Mobil Di Menteng Jakarta Pusat

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 222 hits
Beruntung dalam kejadian tersebut tidak adanya korban jiwa Kini petugas sedang melakukan pemotongan terhadap pohon tersebut
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

How Did Afif Know Of Alleged Rm100m Payment For Pjd Link Asks Pj Mp

Memikirkan The Unknown

Produk Nestle Naik Harga Harga Milo Dan Nescafe Akan Meningkat Ikuti Senarai Produk Nestle Malaysia

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke

Hotel Royal Signature Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman

Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia



Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik

Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan


Hiburan Bersiar Siar Bersama Teman Lelaki Anjing Peliharaan Maya Karin Jadi Tumpuan Netizen Izahhh Haram Tu Izahhh

13 Contoh Pantun Tentang Pendidikan Sebagai Motivasi Untuk Belajar

Ibu Ayah Kena Biasakan Ambil Gambar Kalau Anak Sakit Senang Rujuk Pada Doktor

Tak Sangka Pagi Tadi Kali Terakhir Abang Call Mak Ayah Adik Mangsa Nahas Helikopter Terhempas

Kian Mengecewakan The Midnight Studio Raih Rating Terburuk

Jung Sungil Lee Joobin Dilamar Sertai Drama Guardian