Polis Tahan Empat Beradik Terlibat Pencemaran Bau Sungai Gong
KUALA LUMPUR, 5 SEPT: Polis menahan empat lelaki pemilik kilang yang  disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran bau di kawasan perindustrian  Sungai Gong, Rawang.
Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam  Jamaludin berkata kesemua suspek berumur lingkungan 50 hingga 60 tahun  ditahan dalam operasi bermula kira-kira 11 malam sehingga 12.30 tengah  malam tadi.
“Tangkapan dibuat di kediaman mereka dan ada yang  ditahan selepas tampil di Balai Polis Daerah Gombak. Kita akan buat  permohonan reman pagi ini di Mahkamah Selayang untuk siasatan lanjut,”  katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati  kilang berkenaan diusahakan oleh empat suspek yang juga adik- beradik  selepas bapa mereka meninggal dunia.
Kes disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan.
Semalam,  Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dilaporkan berkata sebuah  kilang yang disyaki menjadi punca pencemaran bau sehingga menyebabkan  empat Loji Rawatan Air (LRA) di Sungai Selangor dihenti tugas sejak  Khamis lepas, telah disita dan dikompaun serta-merta selain akan  dikenakan tindakan lebih tegas.
Jelasnya, kilang berkenaan disyaki  melepaskan bahan pelarut ke dalam Sungai Gong yang mengalir ke Sungai  Sembah iaitu antara sungai utama bagi Sungai Selangor.
Sebanyak  1,292 kawasan di tujuh wilayah di sekitar Lembah Klang membabitkan  hampir 1.2 juta akaun pengguna mengalami gangguan bekalan air tidak  berjadual bermula Khamis selepas empat LRA dihenti tugas ekoran insiden  pencemaran bau berkenaan.
#Sumber :  -BERNAMA   
MR :  Tahniah  
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


  ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/09/polis-tahan-empat-beradik-terlibat.html