Rimba Bara 2 Bawa Legasi Filem Rock Kepada Generasi Baru




‘Jika Rock Bro dikatakan pengakhiran indah sebuah trilogi Rock, mungkinkah Rock 4 adalah permulaan kepada perjuangan mengembalikan era Rock kepada generasi milenial?’ Pengarah prolifik Mamat Khalid kini kembali dengan naskhah terbaru filem Rock yang bakal menemui penonton mulai 20 Februari 2020 di pawagam-pawagam Malaysia dan Brunei. Tayangan perdana filem Rock 4: Rockers Never Dai yang diadakan di pawagam mmCineplexes, eCurve Mutiara Damansara baru-baru ini menampilkan barisan pelakon muda dan baru yang bakal mencetuskan fenomena ‘rock n roll’ dalam industri muzik tempatan.

Sambutan luar biasa yang diterima dari trilogi filem Rock menjadi ilham dan inspirasi kepada Mamat Khalid untuk menyambung legasi filem tersebut. Rock 4: Rockers Never Dai, diterajui oleh Sharwani NS, Hazama, Adam John, Bulan Terry dan Nazimi Fahmi serta penampilan khas oleh Dato’ Awie, Khir Rahman, Madnoor Hendrix, Edrie Hashim, Pekin Ibrahim, Kamarool Hj Yusof dan ramai lagi.



Rock 4: Rockers Never Dai kembali apabila Ronnie James “Dio” (Sharwani NS) tersedar dari koma selepas berbelas tahun terlibat dalam kemalangan. Dio tidak dapat menerima hakikat bahawa trend muzik telah berubah secara drastik dan tidak lagi menampilkan bakat nyanyian yang sebenar. Semasa dia cuba untuk menyesuaikan diri dengan trend muzik moden, Dio sering mengimbau kembali kenangan ketika dia bersama kumpulan Rimba Bara. Dio tekad untuk menyelamatkan industri muzik rock sebelum terlambat dan dengan adanya media sosial, Dio telah berjaya menubuhkan band Rimba Bara 2. Dapatkah Dio membawa muzik rock kembali ke era kegemilangannya dan menyambung legasi rock melalui Rimba Bara 2?

“Melihat kembali kejayaan filem trilogi Rock, kami percaya filem ini adalah filem yang paling dinanti-nantikan oleh peminat filem Rock tegar di Malaysia. Kami sentiasa mengagumi karya yang dihasilkan oleh Mamat Khalid khususnya filem yang bergenre rock muzikal ini kerana filem ini sangat sebati dengan jiwanya. Karya beliau dizahirkan melalui penceritaan yang berkisarkan perit-getir perjalanan pemuzik Rock tanah air yang sehingga kini masih gigih memperjuangkan muzik bergenre Rock sehingga ia menjadi genre muzik yang popular di seluruh dunia. Rock 4: Rockers Never Dai, filem yang memaparkan revolusi industri muzik bergenre Rock dan bakal membawa anda mengimbau kembali momen penuh nostalgia. Saya pasti anda akan ‘enjoy’ dan ‘sing-out-loud’ bersama! Filem yang diarahkan oleh rockers tegar ini akan membuatkan anda keluar panggung dengan perasaan wow!”, kata Puan Shahila Harun Shah, Pengurus Besar Filem dan Drama, Primeworks Studios.



“Saya yakin naskhah terbaru saya ini bukan sahaja mampu menarik semua lapisan masyarakat untuk menonton malah ia bakal menjadi fenomena baru kepada generasi moden untuk mengenali muzik-muzik rock era 80-an dan 90-an. Rock terbukti ada peminat tersendiri dan saya harap penonton suka. Secara keseluruhannya, Rock 4 adalah sebuah ‘feel good movie’ untuk tahun ini”, ujar Mamat Khalid selaku pengarah filem ini.

Sementara itu, terdapat dua buah runut bunyi rasmi yang mengiringi filem ini, antaranya adalah Kau Yang Bernama Seri’ dinyanyikan semula oleh Hazama dan lagu baru nyanyian dan ciptaan Adam John, iaitu ‘Rock ‘N’ Roll Takkan Mati’. Kedua-dua lagu ini bakal berada di pelantar digital mulai hujung bulan ini. Antara inisiatif lain untuk filem ini adalah membuat satu kompilasi lagu-lagu dari filem Rock (2005), Rock Oo! (2012) dan Rock Bro! (2016) termasuk Rock 4 (2020) yang akan berada di pelantar digital sempena ‘tribute’ kepada Rimba Bara dan legasi filem-filem Rock.



Nantikan filem Rock 4: Rockers Never Dai, sentuhan magis Mamat Khalid yang terbaru yang akan menemui para penonton di 131 pawagam di Malaysia dan Brunei mulai 20 Februari 2020. Layari laman sosial Facebook, Twitter, Instagram serta saluran YouTube Primeworks Studios - Film untuk berita dan informasi terkini. Pengguna laman sosial boleh menggunakan tanda pagar #rock4#rockersneverdai#rimbabara2 bagi berkongsi ulasan tentang filem ini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://feedproxy.google.com/~r/ZulyusmarcomMalaysianLifestyleFoodBeveragesTravelTechnologyAndNews/~3/5derbsM4apI/rimba-bara-2-bawa-legasi-filem-rock.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Niezam Zaidi Bawa Watak Spark Dalam Filem Remp It 2

Niezam Zaidi Bawa Watak Spark Dalam Filem Remp It 2

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 716 hits
Pelakon Niezam Zaidi akan menggalas watak Spark dalam filem Remp It 2 menggantikan tempat pengarah dan pelakon Zul Huzaimy Pemilihan Niezam dibuat Datuk Farid Kamil Ketika merasmikan pelancaran filem Remp It 2 dan Sifu International Enduro ...
Berita Terkini Kerajaan Baru Malaysia 2020

Berita Terkini Kerajaan Baru Malaysia 2020

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 1370 hits
SOURCE appeared first on Berita terkini Kerajaan Baru Malaysia 2020 selepas Tun Mahathir jumpa Ahong Sebenarnya apa yang berlaku dikala tampak tenang di Malaysia pada hujung minggu yang lalu rakyat Malaysia sibuk dengan keluarga masing masi...
Annuar Musa Jawab Kenapa Umno Sokong Kerajaan Gabungan Baru Tun M

Annuar Musa Jawab Kenapa Umno Sokong Kerajaan Gabungan Baru Tun M

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 586 hits
Kita ada pilihan sama ada nak membakarnya atau hulur tangan bina baru TS Anuar MusaBaca dan fahamkan mengapa Umno bertindak menyokong Tun M dibawah TS SAnnuarMusa Segalanya bermula dari dlm PH sendiri Apabila kami di beri bayangan 14 15 Ahl...
Senarai Terkini Menteri Kabinet Baru 2020 Pakatan Harapan

Senarai Terkini Menteri Kabinet Baru 2020 Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 893 hits
Jawatan Penyandang Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Menteri Kewangan Lim Guan Eng Menteri Kewangan
Dosen Ums Temukan Spesies Baru Bakteri Dari Rumput Teki Di Cemoro Sewu

Dosen Ums Temukan Spesies Baru Bakteri Dari Rumput Teki Di Cemoro Sewu

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 204 hits
bakteri tersebut kemudian diajukan namanya sebagai stretomyces cemorosewuensis sp Nov Bakteri itu mempunyai senyawa yang dapat mengatasi resistensi bakteri patogenik terhadap antibiotik
Talian Hayat Baru Sedang Dicari Oleh Pembelot

Talian Hayat Baru Sedang Dicari Oleh Pembelot

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 326 hits
Talian hayat baru sedang dicari khabarnya Azmin akan hadir ke meayuarat Gerakan petang ini 18 yang dibawa 8 cabut
Gabungan Baru Anwar Jumpa Pemimpin Dap Dan Amanah Azmin Ikrar Teruskan Agenda Reformasi

Gabungan Baru Anwar Jumpa Pemimpin Dap Dan Amanah Azmin Ikrar Teruskan Agenda Reformasi

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 606 hits
WARTAWAN MALAYSIAKINI LANGSUNG Malaysiakini membawakan liputan langsung berkenaan perkembangan susulan pertemuan kumpulan kumpulan politik yang bermula pagi ini Terima kasih kerana mengikuti laporan langsung MalaysiakiniSekian liputan kami ...
Korea Selatan Tunda Tahun Ajaran Baru Karena Wabah Corona

Korea Selatan Tunda Tahun Ajaran Baru Karena Wabah Corona

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 183 hits
Korea Selatan memiliki 602 kasus yang dikonfirmasi dan enam kematian akibat Covid 19 setelah lonjakan besar besaran selama akhir pekan terjadi
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Sotong Goreng Lada Sedap Berapi Mudah Dan Padu


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Makin Bersemut Netizen Dakwa Dengar Bella Astillah Panggil Syed Saddiq Baby Tolonglah Kahwin