Rider Sanggup Menabung Mahu Isteri Bersalin Di Hospital Swasta Beri Layanan Bak Puteri Raja Sepanjang Tempoh Hamil


ACAP kali warganet dihidangkan dengan isu rumahtangga yang tiada kesudahan seperti suami cur4ng dan tidak bertanggungjawab, tidak terkecuali isteri mempunyai sk4ndal.
Malah, perkongsian seumpama itu mendorong anak muda masa kini lebih memilih kerjaya berbanding mempunyai keluarga.
Menyedari perkongsian kisah negatif berkenaan sering dipaparkan di media sosial, seorang pelayar tampil berkongsi kisah menarik tentang perkahwinannya.
Bercerita kepada mStar, Sabrina Shaharuddin memberitahu, dia bukan sahaja bertuah kerana dikurniakan Muhammad Akmal Noor Azizan sebagai suami malah kehidupannya sebagai isteri umpama seorang puteri raja sejak ijab kabul pada 20 Ogos 2021.
Manakan tidak, suaminya yang baru berusia 23 tahun sentiasa memberi layanan istimewa dan memanjakan dirinya, terutama ketika hamil anak pertama.

“Layanan dia sejak saya hamil lebih manja, sebelum ni pun dah manja tapi sekarang dia beri perhatian lebih kepada saya dan sentiasa pastikan saya tidur dengan selesa.
“Setiap malam dia akan buatkan susu serta ingatkan tentang ubat yang perlu diambil. Dia sangat baik, sentiasa utamakan saya dan keluarga… itu yang buatkan saya sangat hormat pada dia.
“Lebih menggembirakan adalah, dia buat simpanan untuk saya bersalin di hospital swasta yang memang diketahui kosnya tinggi. Dia cakap jangan risau sebab semua dia uruskan, tapi saya pun ada simpanan saya juga.
“Masa suami cakap dia mahu saya bersalin di hospital swasta, saya rasa sangat terkejut sebab tak sanggup nak habiskan duit untuk bayar kos bersalin tu,” ujarnya.
     View this post on Instagram           A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Mereka sentiasa menghabiskan waktu bersama.
Dia yang juga guru tadika kerajaan memberitahu, suaminya sebenarnya pernah menyatakan hasrat untuk saya bersalin di hospital swasta sebelum mereka berkahwin.
Bagaimanapun katanya, pada masa itu, dia tidak memandangnya sebagai perkara serius kerana dirinya adalah kakitangan kerajaan dan semestinya boleh membuat pilihan bilik di hospital awam.
“Sebelum kahwin pun dia ada cita-cita nak saya beranak dekat swasta, tapi saya macam tak kisah sebab saya kerja kerajaan… boleh pilih bilik kalau di hospital kerajaan.
“Tapi sekarang tak tahu macam mana tentang hospital kerajaan sama ada boleh pilih bilik atau tidak. Sebab tu dia kata tak payah pening-pening dan pergi hospital swasta.
“Suami memang mempunyai simpanan sendiri kerana dia bekerja sebagai penghantar barang syarikat kurier.

Suami Sabrina menyediakan tabungan khas untuknya bersalin di hospital swasta.
“Saya tak pasti bila dia mula menabung, yang pasti duit untuk saya bersalin dia letak akaun asing dan sekarang dah terkumpul sebanyak RM12,000. Sekarang saya dah hamil 12 minggu (5 bulan).
“Pemeriksaan kandungan saya masih buat kat klinik kerajaan sebab doktor cakap anak sulung kena banyak rujuk klinik kerajaan,” ujarnya yang sebak dan terharu dengan tindakan suami tercinta.
Katanya lagi, banyak kenangan manis tercipta antara dia dan suami dan yang paling tidak dapat dilupakan adalah suami selalu memberi kejutan dan sentiasa membawanya berjalan-jalan setiap hari cuti.
Mengimbau detik perkenalan, ujar anak kelahiran Permatang Pauh Pulau Pinang itu, perkahwinannya dengan suami yang juga berasal dari negeri sama berlangsung tanpa diduga dan dirancang seperti pasangan bercinta yang lain.

Mesej pertama yang diterima Sabrina daripada suaminya.
Ujarnya, perkenalan mereka hanyalah menerusi Instagram (IG) yang mana suaminya itu adalah follower tetapnya selain sentiasa mengikuti video terbaharunya di TikTok.
“Saya mula kenal dia pada tahun 2019 masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) 1.0 dari IG. Pada masa tu, saya ada buat kerja amal di rumah orang tua-tua di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 12 Disember 2019.
“Kemudian dia ada komen pada satu insta story yang saya buat di rumah orang tua-tua tu. Katanya ‘it so cute, but hmm‘ dan daripada situ permulaan hubungan kami.
“Saya dan suami sering berhubung melalui mesej IG sehinggalah Mac 2020 kami bertukar nombor telefon dan berhubung menerusi WhatsApp.
Kami dalam situasi yang sama dan pasangan kami sama-sama cur4ng kat belakang. Situasi ni menyebabkan saya dan suami sampai ke tahap sekarang iaitu berkahwin.SABRINA SHAHARUDDIN“Tapi kebanyakan mesej kami adalah bertanyakan apa yang dilakukan masa itu. Dia juga sering buat panggilan video di IG,” ujarnya yang turut membuat video tentang perkenalan mereka berdua.
Tambah anak bongsu daripada tiga beradik itu lagi, perkenalan tersebut berlaku ketika dia baru sahaja berpisah dengan teman lelaki.
“Masa saya kenal dia, saya baru putus dengan teman lelaki yang saya dah bercinta hampir lima tahun. Dia pun sama, baru lepas putus dengan teman wanita yang dia dah kenal kira-kira empat tahun.
“Jadi kami dalam situasi yang sama dan pasangan kami sama-sama curang kat belakang. Situasi ni menyebabkan saya dan suami sampai ke tahap sekarang iaitu berkahwin,” ujarnya.

Mesej ringkas yang diterima mengejutkan Sabrina.
Kata Sabrina, keputusan untuk berkahwin diputuskan selepas suaminya melamar menerusi WhatsApp pada 27 Oktober 2020.
“Dia hantar mesej ringkas ‘jom kahwin sayang’. Mungkin masa tu dia dah bosan jadi terus ajak saya kahwin, saya cakap kena ikut adat sebab saya nak tunang dulu.
“Sepanjang perhubungan, kami tak pernah isytihar sebagai ‘couple‘ dan panggilan mesra tu secara spontan. Masa tu, saya ada tanya sama ada dia dah ada duit ke belum dan dia cakap duit dah cukup.

Keluarga berkumpul semasa hari pernikahan Sabrina dan suaminya.
“Lepas daripada tu, saya minta dia datang jumpa ibu saya. Dia hubungi ibu dulu dan mohon izin, ibu pun suruh datang rumah untuk berbincang… mereka tetapkan tarikh tanpa maklumkan pada saya,” katanya sambil menambah suaminya datang sendiri pada 20 November 2020 dan lapan hari kemudian dia hadir bersama keluarga untuk merisik.
Mengakhiri cerita, ujarnya, pada masa itu, kedua-dua belah keluarga agak terkejut kerana perkenalan mereka hanya dalam tempoh yang singkat, namun mereka tidak membantah sebaliknya meneruskan perancangan untuk perkahwinan.
Kisah menariknya menyebabkan video suaminya menabung untuk menyambut cahaya mata pertama tular di TikTok dan mendapat hampir 70,000 tanda suka selain ditonton lebih 511,000 pelayar media sosial, namun ada netizen menyatakan ia satu pembaziran.
Bagaimanapun, kata-kata itu ditentang netizen yang lain dan kebanyakannya memuji tindakan suami Sabrina serta menyatakan dia bertuah kerana mempunyai lelaki seperti itu.
Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : mStar


Sumber: Sinar Viral

Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://encikpenyu.blogspot.com/2022/03/rider-sanggup-menabung-mahu-isteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Selamat Bersalin Baby Boy Hafizh Syahrin Kini Bergelar Bapa Tahniah

Isteri Selamat Bersalin Baby Boy Hafizh Syahrin Kini Bergelar Bapa Tahniah

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 282 hits
Bekas pelumba Moto GP negara Hafizh Syahrin menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT selepas memaklumkan isterinya telah selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka di sebuah hospital swasta di Selangor Menurut Hafizh bayi lelaki seberat 3...
Kebenaran Teman Isteri Bersalin Tertakluk Syarat Stuasi Covid 19

Kebenaran Teman Isteri Bersalin Tertakluk Syarat Stuasi Covid 19

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 166 hits
Kebenaran teman isteri bersalin di mana mana wad bersalin hospital hospital Kementerian Kesihatan Malaysia telah berkuat kuasa sejak Oktober 2021 Bagaimanapun KKM menerusi perkongsian dalam laman Facebook rasminya memaklumkan kebenaran bagi...
Dah Boleh Teman Isteri Bersalin Kkm Keluarkan Garis Panduan Terbaharu Untuk Suami Atau Waris

Dah Boleh Teman Isteri Bersalin Kkm Keluarkan Garis Panduan Terbaharu Untuk Suami Atau Waris

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 190 hits
Bila nak bersalin pasti isteri mahukan suami berada di sisi tapi kerana situasi kes Covid 19 yang semakin tinggi ini dan mengambil kira ibu hamil yang merupakan golongan berisiko tinggi Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum ini telah membu...
Kec0h Isteri Hamil Anak Pertama Haqiem Rusli Minta Doa Orang Ramai Saya Gurau Gurau Je Buat Masa Ni Belum Ada Lagi

Kec0h Isteri Hamil Anak Pertama Haqiem Rusli Minta Doa Orang Ramai Saya Gurau Gurau Je Buat Masa Ni Belum Ada Lagi

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 241 hits
Berita mengenai cahaya mata adalah satu perkara yang dinanti nantikan oleh setiap pasangan yang baru mendirikan rumah tangga Begitu juga dengan penyanyi terkenal Haqiem Rusli dan isterinya Anis Sofea Setelah hampir empat bulan berkahwin sud...
Netizen Nampak Baby Bump Masa Ootd Syak Isteri Remy Ishak Hamil

Netizen Nampak Baby Bump Masa Ootd Syak Isteri Remy Ishak Hamil

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 253 hits
Rakaman terbaru isteri kepada pelakon Remy Ishak iaitu Ezza Yusoff menarik perhatian ramai orang apabila ada yang mend4kwa nampak bentuk baby bump pada perutnya Menerusi video yang dimuat naik dalam laman Instagram Ezza berkongsi Outfit Of ...
Pelakon Raja Ilya Hamil Lima Bulan Tak Mengidam Makan Macam Macam

Pelakon Raja Ilya Hamil Lima Bulan Tak Mengidam Makan Macam Macam

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 309 hits
Pelakon Raja Ilya Hamil Lima Bulan Tak Mengidam Makan Macam Macam Dalam rindu pulang ke tanah air aktres jelita Raja Ilya yang menetap di Perth Australia bersama suami berkongsi berita gembira dirinya hamil lima bulan Raja Ilya yang belum b...
Raja Ilya Umum Hamil 5 Bulan Rindu Nak Balik Malaysia Kempunan Rindu Tu Lebih Dari Kempunan Makan Masa Mengandung

Raja Ilya Umum Hamil 5 Bulan Rindu Nak Balik Malaysia Kempunan Rindu Tu Lebih Dari Kempunan Makan Masa Mengandung

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 317 hits
Pelakon Raja Ilya yang kini menetap di Perth Australia berkongsi berita gembira tentang dirinya yang kini sedang hamil 5 bulan Mengumumkan perkara tersebut melalui akaun Instagram miliknya Ilya akui rasa teruja untuk berkongsi berita gembir...
Esok Patutnya Baby Check Up Sarat Hamil 37 Minggu Isteri Hafizh Syahrin Positif Cov1d 19

Esok Patutnya Baby Check Up Sarat Hamil 37 Minggu Isteri Hafizh Syahrin Positif Cov1d 19

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 207 hits
Bekas peluma MotoGP negara Hafizh Syahrin memohon doa peminat agar mendoakan isterinya Noor Suzana Abdul Manaf yang positif Cov1d 19 diberi kesembuhan Hafizh memuat naik status di akaun media sosial miliknya berkata sepatutnya hari ini Noor...
Tuduh Vanessa Angel Hamil Sebelum Kahwin Bapa Mentua Bengang Doddy Sanggup Buka Aib Anak Sendiri

Tuduh Vanessa Angel Hamil Sebelum Kahwin Bapa Mentua Bengang Doddy Sanggup Buka Aib Anak Sendiri

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 216 hits
Tuduh Vanessa Angel hamil sebelum kahwin bapa mentua bengang Doddy sanggup buka aib anak sendiriSource https www mstar com my spotlight bintang global 2022 03 04 tuduh vanessa angel hamil sebelum kahwin bapa mentua bengang doddy sanggup buk...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik