Ridel Boutique Hotel Tarikan Utama Penginapan Terbaik Di Wakaf Che Yeh Kelantan





Syoknya kalau dapat bercuti ke sebuah destinasi yang meriahkan? Kalau ini yang korang cari, bercutilah ke Kota Bharu, bandar yang terletak di dalam negeri Kelantan ini begitu happening bukan hanya kerana penduduknya yang ramah, tapi juga kerana suasana yang sentiasa hidup dengan aktiviti berjual-beli.
Selain ini semua, Kota Bharu juga adalah bandar yang memiliki paling banyak tarikan terkenal di Kelantan, daripada istana-istana lama, muzium-muzium dalam bangunan klasik, hinggalah kepada kedai-kedai makan yang best, Kota Bharu adalah sebuah destinasi dengan pakej percutian yang lengkap dari A ke Z.  
Kalau korang mendambakan percutian di pantai timur yang masih mengekalkan suasana tradisionalnya? Negeri Cik Siti Wan Kembang adalah jawapannya. Banyak sekali bangunan lama, masjid yang indah dan tempat membeli-belah klasik yang terdapat di ibu negeri ini yang terletak di Kota Bharu.
Tak sabar ingin melihat dengan lebih dekat tarikan-tarikan yang ada di bandar tertua di pantai timur ini? Jangan terlebih excited sampai terlupa menempah penginapan pula.
Untuk memudahkan korang membuat tempahan, nah Abe rekemenkan terus Ridel Boutique Hotel di Wakaf  Che Yeh, tak perlu buang masa lagi, mari kito pakak ke Kelate! 

Ridel Boutique Hotel menawarkan penginapan bilik keluarga yang sangat luas, sesuai untuk anda yang mempunyai bilangan keluarga yang ramai.
Kemudahan seperti selimut, bantal dan katil yang disediakan pihak hotel juga sangatlah empuk, membuatkan tidur korang sekeluarga senyenyak bayi, jangan tak terjaga sudahlah ya.
Kemudahan lain seperti akses wifi yang disediakan secara percuma pula memiliki kelajuan yang agak memuaskan untuk sebuah hotel bajet. Keluar pintu hotel dan jalan beberapa langkah jer dah masuk kawasan pasar malam. Syok tak? Hotel dah la betul-betul berhampiran kawasan pasar malam Wakaf Che Yeh,, nak cari tempat makan pun mudah. Mana taknya boleh katakan sekeliling hotel ni ada tempat makan. Tak perlu bazirkan petrol nak pergi makan tempat yang jauh. Jalan kaki pun dah boleh sampai. 

Paling syoknya hotel ni parking dia depan hotel, bila pasar malam dah nak buka korang tak perlu alihkan kenderaan korang. Kalau tempat lain pasti kenaa alihkan. Kadar bayaran parking untuk satu malam pun murah bebenor, cuma RM2.00/ per malam kalau nak dibandingkan dengan hotel-hotel lain yang mengenakan cas RM5.00/per malam.   
Untuk makluman korang, Ridel boutique Hotel Wakaf Che Yeh ni sebenarnya terletak ditengah-tengah Kota Bharu.   Sekitar kiri kanan Ridel Boutique Hotel ni mempunyai daya tarikan tersendiri kerana segala kemudahan yang korang mahukan seperti kemudahan mesin ATM, Stesen petrol, tempat makan 24 jam dan pelbagai lagi ada disekitar hotel. Meh Abe tunjukkan bahagian dalam hotel pulak. 

Kaunter pendaftaran

Lobi 

Laluan ke bilik


Kafeteria
Dah habis melawat sekitar sebelum masuk bilik, jom kita terjah pula satu persatu bilik yang ada kat sini. 


Suite Triple Room


Standard Twin Room


Standard Queen Room


Standard Twin Room



Suite Family Room



Suite Triple Room 
Sekiranya korang bercuti bersama keluarga yang ramai, korang boleh memilih penginapan jenis Suite Family Room yang mampu menampung sekitar 6 orang penginap dalam satu-satu masa. Semua bilik yang ditawarkan di sini memiliki ruang yang cukup luas untuk keselesaan sepanjang penginapan. 


Bilik Air
Sebelum terlupa, hotel ini dilengkapi dengan wifi, penghawa dingin, sarapan pagi percuma, mesra OKU, mesra kanak-kanak dan pelbagai lagi. 
Sedikit info tentang Wakaf Che Yeh, Kota Bharu. Lokasi dimana terletaknya Ridel Boutique hotel. Kalau korang bercuti di Kota Bharu, jangan lupa untuk ke Wakaf Che Yeh. Sini terletak pasar malam yang besar dan meriah. Dibuka dari jam 8 malam hingga 2 pagi, ia adalah tempat menarik yang mesti dikunjungi di waktu malam. Korang boleh membeli-belah barangan tempatan seperti kain batik dan kain pasang atau berbagai barangan dari Thailand yang dijual dengan harga yang murah. Tidak seperti kebanyakan pasar malam biasa yang dibuka secara mingguan, Wakaf Che Yeh dibuka setiap hari. Ia menjadi salah satu tarikan pelancongan yang terkenal di negeri Kelantan.
Lokasi Wakaf Che Yeh terletak di Jalan Kuala Krai tidak jauh dari pusat bandar Kota Bharu. Jaraknya lebih-kurang 10 km, mengambil masa 10 - 20 minit perjalanan bergantung kepada kesesakan jika anda memandu kereta.
Tarikan Tarikan utama Wakaf Che Yeh ialah membeli-belah. Berbagai barangan keperluan harian seperti baju, seluar, kain pasang, aksesori telefon, makanan dan bermacam-macam lagi boleh didapati disini. Gerai-gerai dibuka disepanjang lorong antara bangunan dan tepi jalan. Harga yang ditawarkan adalah lebih murah berbanding tempat lain di Kota Bharu.


Tarikan lain di wakaf Che Yeh ialah makanan. Ia menjadi lokasi pilihan orang-ramai menjamu selera bersama keluarga atau kawan-kawan. Banyak restoran yang menyediakan berbagai menu masakan untuk makan malam. Selain banyak pilihan, harga yang dikenakan juga berpatutan.
Pasar malam Pasar malam ini terletak di tepi jalan dan lorong bangunan. Berbagai barangan dijual seperti pakaian, aksesori, beg dan lain-lain. Gerai-gerai tidak dibahagian mengikut kategori tertentu. Korang perlu berjalan meninjau sendiri melihat apa yang ada.
Kebanyakan gerai di pasar malam ini menjual baju wanita, pakaian lelaki dan pakaian kanak-kanak.
Berjalan-jalan di setiap lorong, berbagai barangan boleh ditemui. Antara yang menarik ialah gerai beg, dompet dan tali pinggang. Harga barangan ini memang lebih murah berbanding tempat lain. Semuanya walking distance je daripada Ridel Boutique Hotel. 
Untuk pengetahuan korang, pasar ini adalah pasar malam yang terbesar di bandar Kota Bharu ni. Apa yang korang nak beli? Barangan rumah? Aksesori? Pakaian? Makanan? Anda tak akan kecewa dengan pilihan yang ada di sini tambahan lagi dengan harga yang murah semacam, memang rambang mata. Bab makanan jangan cerita, di depan hotel ini sahaja anda boleh menjumpai gerai makanan yang mampu menggegarkan deria rasa korang.  Lain macam betul menariknya Kota Bharu ni kan? Kekayaan seni budaya, kedai makan yang menggegarkan deria rasa, tempat bershopping yang entah bila dapat habis dilawati, Kota Bharu adalah sebuah destinasi percutian yang cukup istimewa. 
Sekadar peringatan, hati-hati bercuti di Kelantan ya? Kemungkinan besar sebaik pulang dari Kelantan, berat badan korang sekeluarga bertambah secara tidak sedar kerana boleh dikatakan dalam banyak-banyak negeri di Malaysia ini, masakan negeri ini adalah antara yang sukar dilupakan keenakannya. Selamat bercuti ke Kota Bharu! 
Sebelum Abe terlupa, harga bilik yang ditawarkan di Ridel Boutique Hotel ni antara RM120-RM190 jer tau. Untuk maklumat lanjut jangan lupa hubungi : 
Whatsapp : https://wa.me/c/60139024492Facebook : https://web.facebook.com/ridelboutiquehotel/?_rdc=1&_rdrTel : 09-7434888 / 019-9320773 Alamat : Pt 760, Blok H, Pasar Awam Bersepadu Wakaf Che Yeh , Kota Bharu, Kelantan  
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.queachmad.com/2020/11/ridel-boutique-hotel-tarikan-utama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hotel Bajet Kelantan Ridel Boutique Hotel Wakaf Che Yeh

Hotel Bajet Kelantan Ridel Boutique Hotel Wakaf Che Yeh

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 754 hits
Perkara pertama yang terlintas bila sebut nak melancong ke Kelantan sudah semestinya penginapan hotel Aku ni dah tak sabar sebab habis je tempoh PKPB dan boleh rentas negeri aku sekeluarga nak ke Kelantan seminggu Hahaha gila kan Aah aku te...
Ridel Boutique Hotel Rindunya Bercuti Ke Kelantan

Ridel Boutique Hotel Rindunya Bercuti Ke Kelantan

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 393 hits
Membelek belek semula google photos ini tengok kembalimemori kami sekeluarga pergi bercuti ke Kelantan bulan Januari 2020 Sekejap sahaja masa berlalu selepas itu kita semua dah berhadapan dengan pandemic Covid 19 Allah sungguh rindu nak tra...
Pkpb Kelantan Wakaf Che Yeh Jadi Pekan Mati

Pkpb Kelantan Wakaf Che Yeh Jadi Pekan Mati

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 264 hits
Pasar Malam Wakaf Che Yeh mati Itu gambaran terbaharu yang dapat disimpulkan mengenai aktiviti urus niaga di kawasan berkenaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dikuatkuasakan di negeri ini bermula Sabtu lalu Tinjauan kami mendapa...
Ridel Boutique Hotel Hotel Bajet Yang Murah Dan Berbaloi Di Kelantan

Ridel Boutique Hotel Hotel Bajet Yang Murah Dan Berbaloi Di Kelantan

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 536 hits
Wakaf Che Yeh bukan nama asing lagi di Kelantan Bila sebut je nama tempat ni pasti semua orang akan kenal Kiranya dalam negeri Kelantan tempat ini adalah diantara tempat paling tersohor didalam negeri Disebabkan populariti tempat ini yang t...
Ridel Boutique Hotel Menjanjikan Kelainan Dan Keselesaan Kepada Pengunjung

Ridel Boutique Hotel Menjanjikan Kelainan Dan Keselesaan Kepada Pengunjung

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 355 hits
Sebut kata negeri Kelate Penuh dengan Seni Budaya Sebut kata negeri Kelate Tanah serendah sekebun bunga Tempat molek sereto come Penuh dengan seni budaya Bila terdetik nak datang bercuti ke Kelantan mesti teringat baik baik lagu kat atas tu...
Tiada Pilihan Hotel Di Langkawi Tawar Harga Penginapan Kadar Rendah Demi Kelangsungan

Tiada Pilihan Hotel Di Langkawi Tawar Harga Penginapan Kadar Rendah Demi Kelangsungan

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 354 hits
LANGKAWI Persatuan Hotel Bajet Malaysia Langkawi menawarkan harga penginapan serendah RM50 satu malam bagi menarik pelancong yang dijangka kembali ke pulau peranginan itu susulan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat semalam Penge...
Shanthi Boutique Hotel By Jiakun Architects In Songyang Zheijang

Shanthi Boutique Hotel By Jiakun Architects In Songyang Zheijang

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 288 hits
Project Shanthi Boutique Hotel Architects JIAKUN ARCHITECTS CSD DESIGN Location Songyang Lishui Zheijang China Area 15 069 sf Photographs by Wang Ting An Idyllic Existence in the Appropriate Proximity to the Nature and a Clustered Human Set...
Kelantan Brothers Rake In Big Money With Homemade Cast Nests

Kelantan Brothers Rake In Big Money With Homemade Cast Nests

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 210 hits
Previously Mohd Ilham Che Omar 25 and his younger brother Mohd Shariman 19 received less than 20 orders a month but since March the demand for their cast nets has risen to more than double Mohd Ilham said the requests are coming not only fr...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya