Rezeki Tidak Pernah Silap Alamat
Menjadi seorang ibu adalah sangat mencabar, bila mana engkau mula bergelar seorang ibu tunggal.Menjalani segala hal dengan bergerak secara solo. Menguruskan segala hal dengan sendiri. Keputusan ya atau tidak hanya engkau mampu menjawabnya. Aku melalui hidup dengan penuh cabaran, tanpa rasa mengeluh atau merungut untuk setiap ujian. Alhamdulillah, membesarkan seorang anak bujang yang kini sudah berusia 5 tahun.
Syukur kerana walau membesarkan dia sendirian ( sekali sekala ayahnya datang pinjam bila hujung minggu atau cuti panjang). Tapi ia memberikan aku banyak kekuatan dalam mengharungi hidup sebagai seorang ibu tunggal. Siapa kata ibu tunggal lemah. Kami sedaya mampu bekerja semata mata untuk memberikan keselesaan pada anak. Memastikan dia membesar dengan sihat dan tidak mendapat sakit yang berat. Kalau boleh, kalau Allah tu bagi sakit, biarlah sampai kepada aku bukan kepada anak.
Aku bergelar ibu tunggal untuk waktu yang agak lama. Terpanggil untuk berkongsi cerita bukan berdebat tentang status, tetapi tentang usaha daya dalam membesarkan anak. Bersyukur kerana aku hanya mempunyai satu anak. Tak tahu lah bagi ibu tunggal lain yang mempunyai anak lebih dari satu atau tiga. Dengan tahap taraf hidup yang kian demanding, aku yakin ramai akan berfikir panjang untuk menambah bilangan anak dalam keluarga. Lihat saja aku yang ada seorang anak bujang. Perbelanjaan sekolah belum lagi tambahan kelas atau dari segi hiburan dan pemakanan termasuk bil sakit atau entah apa lagi. Bagi aku ia normal dan harapan aku, ia satu ibadah supaya anak aku tidak akan melalui susah seperti mana aku lalui.
Aku seorang mommy, pekerja sepenuh masa dan dalam masa yang sama masih lagi berlajar untuk mendapatkan segulung ijazah yang mana zaman muda dulu tidak berkesempatan untuk itu. Tapi demi masa depan. Aku mencabar diri dalam segala hal. At least aku mampu menjadi idola pada anak aku. Tak perlu untuk orang lain, segala yang aku lakukan semata mata untuk anak. Ada saja yang cuba untuk memberi bantuan, tetapi hati berat untuk menerima kerana dikuatiri ia mengharapkan balasan yang tak mampu aku balas. Apa pun terima kasih. Dalam pada aku bekerjaya dan bergiat aktif dalam sukan, aku adalah seorang blogger (part time dan juga influencer di Instagram). Alhamdulillah cara dan kaedah yang aku gunakan untuk mendapatkan duit tepi (duit poket). Penat jangan cakap, tapi aku seronok dan enjoy dengan apa yang aku lakukan. Ada saja yang bertanya , kenapa aku tidak teruskan untuk menjadi seorang blogger sepenuh masa. Jawapan aku ringkas.
Dunia blogger adalah dunia yang sangat mencabar. Terlalu ramai saingan di zaman serba baru dan kemunculan bakat bakat muda yang jauh lebih advance dari skill yang aku ada. Tak selamanya orang akan mengikuti apa yang aku tulis dan buat. Dari segi bayaran juga harus di ambil kira. Bukan maksud aku bayaran rendah atau tidak berbaloi. Dunia pengiklanan,blogger atau influencer ini, adalah aktiviti bermusim dan paham sajalah, jika bermusim keadaannya memang sukar diramal. Sedangkan komitment dan kegala yang wajib di bilk an setiap bulan perlu dilaksanakan. Lagi pula dengan keadaan ekonomi dimana KWSP, EPF SOCSO dan macam macam lagi adalah perkara penting untuk masa hadapan.
Aku bercakap bukan untuk diri aku, tetapi untuk anak. Dan lagi pun kalau nak maju tak seharusnya kekal di tampuk lama, dan bekerja di company yang sama selamanya. Aku faham untuk kaum ibu, kerana ia sudah menepati waktu untuk pulang menguruskan anak dan keluarga. Tetapi untuk lelaki sebagai ketua keluarga harus dipikirkan itu.
Aku bersyukur dengan segala apa yang aku miliki sekarang terutama sekali memiliki anak lelaki yang sangat memahami aku dan tahu yang ibunya adalah seorang tunggal. Aku bersyukur kerana masih diberikan kudrat yang kuat untuk meneruskan hidup walaupun bersediarian tapi Alhamdulillah terasa diri di jaga Allah sentiasa.
Harapan aku tak banyak nak anak aku sihat dilindungi dan disayangi semua orang. Untuk ibu luar sana yang terasa diri lemah, tak dihargai dan tidak dihormati, make a move. Bukan nak racun jadi derhaka. Tapi sentiasa bertabah dan sabar dalam hidup. Lain orang lain cabaran. Lain orang lain pengalaman dan lain orang lain ragamnya. Rezeki insyaAllah senangtiasa ada. Lambat cepat je. Bila kita ikhlas untuk sesuatu, bersyukur untuk sesuatu walaupun sedikit dan sentiasa sedar akan silap diri dan berusaha untuk berubah kepada lebih baik. Ingatlah bahawa Allah sentiasa ada untuk mendengar dari kita meminta dan berdoa kepadanya. Ingat “REZEKI TIDAK PERNAH SILAP ALAMAT”.
Sesukar mana kehidupan yang perlu dilalui ingatlah bahawa, Allah mengetahui tahap kemampuan hambanya dalam menangani masalah tersebut. InsyaAllah bila sabar dan redha. Berusaha dan tabah. Ganjaran itu akan datang dalam pelbagai bentuk dan cara. Jangan dipertikaikan janjiNya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://comot-pink.blogspot.com/2018/10/rezeki-tidak-pernah-silap-alamat.html