Rezeki Pkp Suami Isteri Tak Sangka Jual Nasi Lemak Tepi Jalan Dari 18kg Beras Licin Dalam Masa 3 Jam


Jika usaha, tidak mustahil untuk kita berjaya. Inilah ungkapan yang sesuai diberikan kepada pasangan suami isteri yang bertungkus lumus berniaga sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan.
Seperti perkongsian daripada Natipah Abu ini, pasangan ini terpaksa berniaga di kawasan rumah disebabkan oleh punca pendapatan mereka terjejas akibat PKP. Namun dengan berkat kesabaran dan ketabahan, mereka berniaga nasi lemak pada awal pagi dan mendapat hasil yang tidak diduga.
Rezeki Allah sangat luas. Tidak salah untuk kita sama-sama berkongsi rezeki dengan pasangan ini. Menerusi laman Facebook Natipah Abu, pasangan ini berniaga seawal 6.30 pagi di Tapak Nyoq Bakar, Tikam Batu Sungai Petani.
“Rezeki Allah sangat luas…”
Sahabat kita ini antara salah seorang pengusaha katering. Isteri pula bekerja di kantin sekolah.
PKP tiada lagi sebarang majlis perkahwinan atau sebarang majlis keraian. Kantin sekolah pula  ditutup. Keduanya hilang punca pendapatan tetap yang agak lumayan selama ini. Simpanan pula semakin hari semakin menyusut.
Maka kedua pasangan suami isteri ini sepakat utk memulakan perniagaan menjual nasi lemak di tepi jalan. Sebaik selesai saja solat subuh, pasangan suami isteri ini terus keluar rumah. Hari pertama, mereka berjaya menjual nasi lemak dari 4 kg beras dalam masa tak sampai pun setengah jam.
Hari seterusnya .. mereka mula menaikkan jumlah sukatan beras. Mereka menggunakan Facebook dan ‘group wassap’ untuk mengiklankan perniagaan nasi lemak mereka. Harga yang dikenakan mereka juga sangat berpatutan selain menu lauk yang sedap dan berbeza setiap hari. Kelebihan ini menjadikan nasi lemak mereka terkenal dalam masa singkat.
Kini, mereka mampu menjual nasi lemak yang dimasak dgn 18 kg beras sehari dalam masa tiga jam. Sampai di tapak niaga sekitar jam 6. 30 pagi … pada jam 9. 30 pagi, nasi lemak mereka sudah habis dijual dan dengan pendapatan kasar RM600.
Bermakna … sebelum matahari naik terpacak, mereka sudah pun menutup gerai. Itulah ganjaran di atas pengorbanan mereka yang bangun awal pagi untuk memasak sedangkan ketika itu, orang lain sedang nyenyak dibuai mimpi. Mencari rezeki yang halal dan berkat demi anak-anak.
Selain menyediakan air teh percuma kepada pelanggan, keluar awal pagi sesudah subuh tatkala pintu rezeki sedang terbuka luas itu, antara rahsia kejayaan perniagaan nasi lemak mereka. Begitulah  rezeki ada di mana-mana. Terpulang kepada kita bagaimana untuk berusaha. InsyaAllah.
NASI LEMAK ABG JATD
TAPAK NYOQ BAKAR, TIKAM BATU, SG PETANI.
Sumber: Natipah Abu
The post Rezeki PKP, Suami Isteri Tak Sangka Jual Nasi Lemak Tepi Jalan Dari 18kg Beras ‘Licin’ Dalam Masa 3 Jam appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/06/09/rezeki-pkp-suami-isteri-tak-sangka-jual-nasi-lemak-tepi-jalan-dari-18kg-beras-licin-dalam-masa-3-jam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bawa Anjing Berjalan Di Pantai Suami Isteri Ini Tak Sangka Jumpa Bangkai Pesawat Wwii

Bawa Anjing Berjalan Di Pantai Suami Isteri Ini Tak Sangka Jumpa Bangkai Pesawat Wwii

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 313 hits
Debi Louise dan pasangannya Graham Holden tidak menyangka rutin harian mereka bakal membawa kepada penemuan serpihan pesawat pejuang yang digunakan ketika Perang Dunia Kedua Pasangan itu dikatakan sedang membawa anjing mereka bersiar siar d...
Gunakan Masa Terluang Semasa Pkpb Shah Iskandar Tak Malu Jual Mangga Tepi Jalan

Gunakan Masa Terluang Semasa Pkpb Shah Iskandar Tak Malu Jual Mangga Tepi Jalan

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 391 hits
Bukan seseorang yang jenis duduk diam pelakon Shah Iskandar memilih untuk menghabiskan masa lapangnya dengan menjual buah buahan di tepi jalan susulan dari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersayarat Meskipun simpananya masih mencuku...
Lepas Kahwin Semua Kawan Dia Hilang Suami Jadi Bff Dunia Akhirat Biar Je Isteri Nak Berkepit 24 Jam

Lepas Kahwin Semua Kawan Dia Hilang Suami Jadi Bff Dunia Akhirat Biar Je Isteri Nak Berkepit 24 Jam

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 572 hits
Kalau boleh 24 jam isteri nak berkepit dengan suami lepas kahwin isteri hilang dah semua kawan rapat dia sebab isteri sentiasa merasakan yang suami adalah rakan paling rapat dunia akhirat yang mereka ada Itulah kenyataan paling tepat untuk ...
Tak Mampu Beli Baju Raya Anak Pasangan Suami Isteri Gendong Anak Tak Berbaju Gembira Pilih Baju Terpakai

Tak Mampu Beli Baju Raya Anak Pasangan Suami Isteri Gendong Anak Tak Berbaju Gembira Pilih Baju Terpakai

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 409 hits
Dalam kita sibuk bergembira meraikan hari raya dengan baju baru rumah cantik perhiasan rumah baru masih ada lagi yang tetap bersyukur meraikan hari raya walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan Menurut perkongsian daripada pengguna Face...
Anak Anak Paling Lama Duduk Dalam Rumah Masa Pkp Ini Tempat Paling Sesuai Untuk Bawa Tengok Dunia Luar

Anak Anak Paling Lama Duduk Dalam Rumah Masa Pkp Ini Tempat Paling Sesuai Untuk Bawa Tengok Dunia Luar

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 314 hits
Ini gambar sebelum PKP sekarang pihak Sunway Lagoon amat menjaga penjarakkan sosial Sejak Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 March lalu kita disarankan untuk terus berada di dalam rumah dan hanya keluar untuk tujuan yang penti...
Semua Isteri Nak Jadi Suri Rumah Tapi Dia Nak Tolong Suami Jadi Suami Tolonglah Isteri Kat Rumah

Semua Isteri Nak Jadi Suri Rumah Tapi Dia Nak Tolong Suami Jadi Suami Tolonglah Isteri Kat Rumah

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 428 hits
Isteri insan yang dicipta dengan sifat sangat teliti Mereka mahukan kesempurnaan mereka akan berusaha mencapai apa yang diinginkan Namun kudratnya tak sekuat kudrat lelaki Selepas medirikan rumah tangga kehidupanya hanyalah ada suami anak a...
Suami Atur Kejutan Buat Isteri Scheduled Emel Minta Anak Uruskan Wedding Anniversary Walau Dah Meninggal Dunia

Suami Atur Kejutan Buat Isteri Scheduled Emel Minta Anak Uruskan Wedding Anniversary Walau Dah Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 329 hits
Pemergian orang tersayang buat selama lamanya menjadi satu momen yang sangat perit untuk dilalui namun ia perlu dihadapi dengan tabah Dengan sekelip mata seorang isteri kehilangan suami tercinta dan seorang anak kehilangan bapa sebagai temp...
Suami Rendahkan Ego Minta Maaf Bila Buat Salah Isteri Hilang Marah Tambah Hormat

Suami Rendahkan Ego Minta Maaf Bila Buat Salah Isteri Hilang Marah Tambah Hormat

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 301 hits
Sudah menjadi tanggungjawab suami untuk menjaga kebajikan isteri dan anak anak Kebahagiaan sesebuah keluarga terletak kepada pucuk pimpinannya Jika suami dan ayah seorang yang positif baik hati dan sentiasa menyayangi maka cantiklah perjala...
Cinta Sejati 2 Tahun Terlantar Suami Setia Jaga Isteri Lumpuh Selepas Lahirkan Anak

Cinta Sejati 2 Tahun Terlantar Suami Setia Jaga Isteri Lumpuh Selepas Lahirkan Anak

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 429 hits
Setia ke hujung nyawa Itu prinsip yang dipegang oleh seorang suami Muhammad Saiful Sudin 30 yang diuji dengan ujian besar dalam hidupnya setelah isteri koma lepas bersalin anak tunggal mereka hampir dua tahun lalu dan kini hanya terlantar k...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner