Lepas Kahwin Semua Kawan Dia Hilang Suami Jadi Bff Dunia Akhirat Biar Je Isteri Nak Berkepit 24 Jam


“Kalau boleh 24 jam isteri nak berkepit dengan suami, lepas kahwin isteri hilang dah semua kawan rapat dia sebab isteri sentiasa merasakan yang ‘suami adalah rakan paling rapat dunia akhirat yang mereka ada.”
Itulah kenyataan paling tepat untuk wanita bergelar isteri. Bukan ketepikan seseorang yang bergelar sahabat tetapi tanggungjawab pada suami dan anak-anak yang masih kecil membuatkannya terpaksa mengenepikan waktu-waktunya bersama sahabat. Jauh tapi terasa sentiasa dekat. Disebabkan itu, suami harus bertimbang rasa dengan isteri. Nak berkepit dengan suami, biarkan je!
Perkongsian saudara Muhammad Yusof ini sangat deep, benar kata-katanya. Layanlah isteri sebaiknya kerana hanya suami dan keluarga yang menjadi keutamaannya kini, bukan lagi sahahat. Lain dia sebaiknya.

Saya follow semua media sosial Ustaz Ebit Lew. Begitu juga dengan pasangan Youtuber, Sugu Pavithra. Punyalah sweet mereka ni suami isteri. Masak bersama, makan bersama, rasa masakan sama-sama. Banyak yang kita boleh belajar daripada 2 pasangan romantis ni.
Resepi bahagia dalam perkahwinan ni simple je sebenarnya. Kata kuncinya ialah ‘bersama’. Bukan nafsi-nafsi. Bukan sorang-sorang. Bukan..
Istilah suami isteri ‘bersama’ ni macamana ye? Kalau ikut dia mudah je sebenarnya. Isteri ada dalam hidup suami, suami ada dalam hidup isteri.
Contohnya bila habis solat ataupun time suami nak pergi kerja, isteri salamlah tangan suami, then suami balaslah kiss kat dahi isteri. Bahagia oo suami rasa. Yang isteri akan rasa dihargai. Kan nampak kebersamaan kan, kat situ?
Foto: Bernama Bila isteri keletang kelentung kat dapur, suami datanglah menyapa tanya isteri buat apa tu walaupun dah tahu mestilah isteri tengah masak(takkan tukar minyak hitam motor kot). Bila suami cuba bantu kupas bawang holland sebijik dua pun isteri dah senyum lebar dah rasanya. Kan, nampak kebersamaan kan kat situ?
Bila isteri dah penat basuh baju, suami tolong lah sidai. Biarlah tebal telinga kena perli dengan jiran sebelah ‘sidai baju ye bang?’, tapi kat dalam rumah berbunga-bunga hati isteri bila suami dia tolong sidai baju. Tapi bab lipat baju tak payah suruh suami, nanti jadi roti kirai pulak jadinya. Nak mudah suami isteri main kutu, beli je mesin lipat baju. Setel masalah.
Time isteri tengah berehat main henset, sekali sekala suami buatlah air kopi dalgona ke, air teh o ke, maggi cup ke, bagi kat isteri. Lepas tu picit la manja sikit. Mesti senyum lebar isteri kalau laki dia buat gini. Yelah, dah tiap masa suami order je teh o aislah, kopi o lah kat bini. Sekali sekala suamilah pulak buat kat bini. Awal-awal memang pelik. ‘Suami aku ni buang tabiat ke apa?’ tapi kan ni kebersamaan yang kita nak cari antara pasangan kita kan? Takkan isteri je hari-hari yang kena bancuh air suami, ye tak?

Ingat waktu zaman bercinta
Masa bercinta bukan main, kalau boleh makan nak satu pinggan, satu cawan kongsi straw. Bila dah kahwin suami geli pulak nak kongsi cawan dengan bini. Patutnya kita cuba throwback amalan-amalan romantik yang kita dah practise masa bercinta tu, kan? Ini tak bila kahwin terus lupa ingatan
Mula-mula kahwin bila keluar baju mesti sama. Baju, kain tudung mesti matching dengan baju suami. Pantang keluar je pegang tangan bukan main. Dah 5, 6 tahun kawin, suami biar isteri jalan sorang-sorang, dia lepak dalam kereta main henset. Ya, konsep baju matching suami isteri dan pegang tangan ni sepatutnya amalan sepanjang zaman sebab ni antara ‘kebersamaan’ yang paling mudah untuk suami isteri amalkan.
Contoh-contoh mudah inilah yang buat pasangan suami isteri itu bahagia. Tak caya cuba tengok apa yang pasangan Ustaz Ebit dan pasangan Sugu Pavithra ini buat dalam video mereka. Mana yang baik/positif tu kita ambillah sebagai pengajaran hidup, betul tak?

Kerjasama suami isteri bawa bahagia
Satu lagi last sebelum habis, dalam sebuah ikatan perkahwinan, suami isteri memang kena berkerjasama.
Diingatkan suami-suami supaya jangan sesekali cuba buat isteri anda stress dan tertekan. Sekali lagi, suami tolong jangan buat isteri anda stress dan tertekan. Tolong ya suami-suami..
Suami please kalau boleh janganlah letakkan semua kerja rumah di atas bahu isteri semata. Cuba buat sama-sama, barulah isteri tak terbeban dan stress sebab dia sorang kena buat semua kerja dalam rumah meanwhile si suami just goyang kaki tengok TV. Mana istilah kebersamaan tu kalau dah semua kerja rumah isteri yang kena buat, kan?
Sebab tu pada semua parent yang ada anak lelaki, ajar mereka biasakan buat kerja rumah dari awal agar takde nanti dalam kepala mereka bila dah besar isteri ni ‘hamba abdi’ yang kena buat semua kerja dalam rumah. Didikan ini sangat penting kerana ia menentukan macamana pola pemikiran anak-anak lelaki 20 tahun akan datang. Ajar juga mereka supaya menghormati kaum wanita.
Ok, buat semua suami, sentiasalah bersama-masa isteri ya? Serius saya cakap ni. Sebenarnya jauh dilubuk hati, isteri anda sangat memerlukan masa bersama anda. Kalau boleh 24 jam dia nak berkepit dengan awak wahai suami. Lepas kahwin isteri hilang dah semua kawan rapat dia sebab isteri sentiasa merasakan yang ‘suami adalah rakan paling rapat dunia akhirat yang mereka ada’.

Bila salah sorang dah takde, kenangan bersama pasangan inilah yang akan jadi kenangan yang paling indah buat suami atau buat isteri. Hadam sampai lumat apa yang cuba saya sampaikan ni wahai suami, wahai isteri
p/s: isteri-isteri kalau setuju sharelah ye. Boleh jugak tag suami kot-kot tiba-tiba suami dapat kesedaran nak tolong isteri ikhlas tanpa disuruh. Sharing is caringkan?
Artikel menarik: Bila Isteri Minta Sesuatu Suami Jangan Kata Tak Boleh Lagi, Usaha Dulu Pasti Allah Bagi!
The post Lepas Kahwin Semua Kawan Dia Hilang, Suami Jadi BFF Dunia Akhirat, Biar Je Isteri Nak Berkepit 24 Jam! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/lepas-kahwin-semua-kawan-dia-hilang-suami-jadi-bff-dunia-akhirat-biar-je-isteri-nak-berkepit-24-jam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bagi Isteri Suami Adalah Segala Galanya Bila Dah Kahwin Kawan Dia Cuma Suami

Bagi Isteri Suami Adalah Segala Galanya Bila Dah Kahwin Kawan Dia Cuma Suami

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 346 hits
Sebenarnya pasangan kita tak perlukan pun hadiah dan kejutan yang hebat hebat Apa yang mereka buat untuk keluarga selama ini ikhlas dan penuh rasa kasih sayang Tapi tak salahkan untuk kita hargai penat lelah pasangan kita Setiap hari bangun...
Semua Isteri Nak Jadi Suri Rumah Tapi Dia Nak Tolong Suami Jadi Suami Tolonglah Isteri Kat Rumah

Semua Isteri Nak Jadi Suri Rumah Tapi Dia Nak Tolong Suami Jadi Suami Tolonglah Isteri Kat Rumah

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 428 hits
Isteri insan yang dicipta dengan sifat sangat teliti Mereka mahukan kesempurnaan mereka akan berusaha mencapai apa yang diinginkan Namun kudratnya tak sekuat kudrat lelaki Selepas medirikan rumah tangga kehidupanya hanyalah ada suami anak a...
Bukan Senang Isteri Nak Kuruskan Badan Jangan Asyik Kecam Dia Suami Kena Support

Bukan Senang Isteri Nak Kuruskan Badan Jangan Asyik Kecam Dia Suami Kena Support

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 412 hits
Hati wanita ni kental Biarlah apa yang berlaku kita tetap kuat untuk mengharungi setiap cabaran yang datang Tapi ada satu yang boleh buat kita jadi down Bila suami sendiri yang mengata Sebenarnya suami adalah teman paling rapat dengan ister...
Lepas Bersalin Isteri Rasa Down Tengok Badan Sendiri Suami Pujuklah Dia Dengan Ayat Ni

Lepas Bersalin Isteri Rasa Down Tengok Badan Sendiri Suami Pujuklah Dia Dengan Ayat Ni

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 468 hits
Tidak dinafikan tubuh seorang ibu pasti akan berubah bentuk selepas dia melahirkan Itu adalah normal Kebanyakan wanita yang pernah bersalin akan cuba untuk menerima hakikat ini MAsalah kenaikan berat badan selepas melahirkan anak adalah per...
Suami Yang Suka Menipu Isteri Rezekinya Susah Nak Masuk

Suami Yang Suka Menipu Isteri Rezekinya Susah Nak Masuk

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 348 hits
Hubungan suami isteri adakala nya sifat hati dan fitrahnya berbolak balik selepas beberapa tahun bersama Mungkin dahulu kita dilayan secara lemah lembut tetapi sekarang pertanyaan kita dijawab secara acuh tidak acuh sahaja Terlalu menjaga d...
Rezeki Pkp Suami Isteri Tak Sangka Jual Nasi Lemak Tepi Jalan Dari 18kg Beras Licin Dalam Masa 3 Jam

Rezeki Pkp Suami Isteri Tak Sangka Jual Nasi Lemak Tepi Jalan Dari 18kg Beras Licin Dalam Masa 3 Jam

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 352 hits
Jika usaha tidak mustahil untuk kita berjaya Inilah ungkapan yang sesuai diberikan kepada pasangan suami isteri yang bertungkus lumus berniaga sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan Seperti perkongsian daripada Natipah Abu ini pasangan...
Kalau Suami Isteri Asyik Bergaduh Depan Anak Anak Akan Hilang Hormat Susah Dengar Kata

Kalau Suami Isteri Asyik Bergaduh Depan Anak Anak Akan Hilang Hormat Susah Dengar Kata

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 359 hits
Susah bila suami isteri tidak sepakat dan dalam masa yang sama nak mendidik anak anak Siapa setuju Apakah diantara kesannya bila keadaan ini berlaku Ikuti perkongsian Ibu Rose Anak anak payah memberi kerjasama dengan ibu bapa Hormat pun tid...
Suami Atur Kejutan Buat Isteri Scheduled Emel Minta Anak Uruskan Wedding Anniversary Walau Dah Meninggal Dunia

Suami Atur Kejutan Buat Isteri Scheduled Emel Minta Anak Uruskan Wedding Anniversary Walau Dah Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 329 hits
Pemergian orang tersayang buat selama lamanya menjadi satu momen yang sangat perit untuk dilalui namun ia perlu dihadapi dengan tabah Dengan sekelip mata seorang isteri kehilangan suami tercinta dan seorang anak kehilangan bapa sebagai temp...
Bila Dah Kahwin Suami Perlu Pilih Kawan Cari Yang Bawa Kebaikan Kurang Melepak

Bila Dah Kahwin Suami Perlu Pilih Kawan Cari Yang Bawa Kebaikan Kurang Melepak

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 325 hits
Boleh dikatakan sebaik sahaja seseorang wanita itu berkahwin dia akan mengutamakan suami dan anak anak Suamilah yang menjadi sahabatnya Segala minat dan kemahuannya akan diketepikan demi kebahagiaan keluarga Seperti mana isteri berkorban un...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner