Rezeki Jalan Jalan Dekat Mall Wanita Dapat Hadiah Cincin Emas Tiktoker Popular Dipuji Tak Lokek Bagi Sedekah


TAK perlu tunggu kaya untuk bersedekah.
Begitulah pegangan seorang wanita yang popular menerusi video-video bersedekah kepada orang awam menerusi aplikasi TikTok.
Terbaharu, video memaparkan Cahaya Icha, 26, menghadiahkan sebentuk cincin emas kepada seorang wanita yang ditemuinya di sebuah pusat membeli-belah turut meraih lebih lima juta tontonan.

Cahaya dan suaminya menetap di Pulau Pinang.
Ketika dihubungi mStar, wanita Indonesia yang berkahwin dengan lelaki Malaysia itu tampil bercerita mengenai aktiviti kebajikan yang giat dijalankannya sejak lebih setahun lalu.
“Saya mula buat TikTok ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pada waktu itu, ramai orang tiada pendapatan. Pada suatu hari, saya lihat seorang budak kecil berniaga kerepek, langsung tiada siapa yang beli. Jadi saya pergi borong kerepek adik tu.
“Tanpa saya sedar, suami rakam video ketika saya beli kerepek dan ia tular di TikTok. Sejak itu, ramai yang hubungi saya untuk bantu insan-insan yang memerlukan. Begitulah permulaan saya dalam kerja ini. Saya teruskan buat video untuk jadi contoh kepada masyarakat kita.
“Biasanya saya akan sedekah RM10, RM50 atau RM100, bergantung kepada kemampuan saya. Saya sedekah guna duit sendiri, kadang-kadang suami tambah duit. Sesekali ada juga orang bagi. Selepas dah tular, saya dipanggil untuk buat reviu kedai. Duit reviu pun saya sedekahkan,” ujarnya yang mesra disapa Cahaya.
Mengulas video pemberian cincin emas kepada seorang wanita baru-baru ini, Cahaya berkata ia merupakan kali pertama dia menghadiahkan barangan mewah dan merancang meneruskan inisiatif itu pada masa akan datang.
Video:
@cahayaicha__Rezeky tiada siapa pun yang boleh terka, hari ini rezeky dia Esok mungkin rezeky awak
♬ original sound – Cahaya icha – Cahaya icha

“Saya nak bagi reward kepada mereka yang betul-betul support content saya. Ketika jumpa akak tu, dia rupanya memang follow TikTok saya. Jadi saya hadiahkan cincin emas kepadanya. Akak tu merupakan individu pertama yang dapat emas.
“Lain kali saya nak bagi lagi tapi bukan di Pulau Pinang. Saya nak cari pemenang dari negeri lain pula,” ujar Cahaya yang menetap di Bayan Lepas.
Biarpun aktif bersedekah kepada orang ramai, Cahaya berkata dia juga tidak terlepas menerima komen negatif yang mempertikaikan ketulusan hatinya.
Menurut anak jati Bandung itu, dia tidak kecil hati dengan tanggapan negatif, sebaliknya ia terus membak4r semangatnya untuk terus menabur bakti semampu yang mungkin.
“Ada juga yang kec4m. Mereka kata saya pilih kasih dalam memberi sedekah. Tapi tak apa, saya tak kisah. Lagi pun ini dunia, bukan syurga. Selalu ada orang macam tu. Saya faham dalam dunia ini ada macam-maca perangai dan fikiran orang.

TikToker berasal dari Indonesia ini mempunyai lebih sejuta pengikut.
“Selagi saya tak buat salah, tak mengapa. Saya tiada niat nak pilih kasih. Sejujurnya, saya banyak belajar sejak aktif buat content bersedekah. Setiap kali pergi tolong orang, balik tu mesti saya tiada selera makan. Saya terfikir akan kesusahan mereka,” ujar Cahaya lagi.
Tidak pernah berniat untuk menunjuk-nunjuk, Cahaya sebaliknya mahu video di TikTok miliknya menjadi ikutan anak muda di negara ini untuk terlibat sama dalam aktiviti kebajikan.
“Mudah-mudahan ramai lagi anak muda yang contohi content saya. Sebab apabila kita bersedekah, 10 kali ganda kebaikan itu akan dibalas. Tak semestinya jadi kaya dulu baru boleh bersedekah.

Cahaya menghadiahkan wang ringgit buat seorang lelaki baru-baru ini.
“Kalau tak mampu bagi wang, hulurkan pertolongan atau senyuman pun dah dikira sedekah. Semoga video-video ini dapat beri impak positif kepada anak muda,” ujarnya yang turut berniaga baju sejak sebulan lalu.
Untuk rekod, Cahaya yang memiliki lebih sejuta pengikut TikTok sudah menetap di Pulau Pinang sejak lapan tahun lalu.
Selepas menamatkan pengajian di Malaysia, Cahaya terus menetap di sini sebelum mendirikan rumah tangga dengan jejaka Sabah berketurunan Murut iaitu Yoel Andaria, 32, sejak setahun lalu.
 
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ift.tt/kvZ8RiH


Sumber: Sinar Viral

Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://encikpenyu.blogspot.com/2023/02/rezeki-jalan-jalan-dekat-mall-wanita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Maut Kereta Bertembung Dengan Lori Tangki Dekat Jalan Bahau Keratong

Wanita Maut Kereta Bertembung Dengan Lori Tangki Dekat Jalan Bahau Keratong

papar berkaitan - pada 19/2/2023 - jumlah : 140 hits
ROMPIN Seorang wanita maut dalam kemalangan membabitkan pertembungan antara kereta dan lori tangki di Jalan Bahau Keratong di Muadzam Shah di sini hari ini Mangsa yang meninggal dunia Rosnah Saadon 56 dan difahamkan menetap di Felda Bukit S...
Hadiah Fantastis Ashanty Untuk Ameena Emas 50 Gram Yang Diukir Wajah Sang Cucu

Hadiah Fantastis Ashanty Untuk Ameena Emas 50 Gram Yang Diukir Wajah Sang Cucu

papar berkaitan - pada 24/2/2023 - jumlah : 301 hits
Ashanty dan Anang Hermansyah memberikan hadiah istimewa nan fantastis untuk cucu kesayangan Baby Ameena yang ulang tahun Hadiahnya emas seberat 50 gram yang diukir dengan wajah anak Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah itu Intip beberapa mo...
Mewah Penampakan Cincin Berlian Rp2 3 Miliar Hadiah Raffi Ahmad Untuk Nagita Slavina

Mewah Penampakan Cincin Berlian Rp2 3 Miliar Hadiah Raffi Ahmad Untuk Nagita Slavina

papar berkaitan - pada 25/2/2023 - jumlah : 115 hits
Raffi Ahmad memberikan hadiah fantastis sebagai kado ulang tahun untuk sang istri Nagita Slavina Hadiahnya adalah cincin berlian senilai Rp2 3 miliar Terlihat mewah dan berkilau berikut penampakan cincin berliannya
Jumpa Surat Beranak Asal Selepas 61 Tahun Mak Cik Baru Tau Nama Sebenar Hapidah Bukan Hadiah Bikin Dekah Ramai

Jumpa Surat Beranak Asal Selepas 61 Tahun Mak Cik Baru Tau Nama Sebenar Hapidah Bukan Hadiah Bikin Dekah Ramai

papar berkaitan - pada 16/2/2023 - jumlah : 301 hits
Surat beranak merupakan bukti kelahiran yang didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara Surat beranak juga dikenali sebagai sijil lahir yang merupakan dokumen penting dalam kehidupan seseorang untuk sebarang urusan terutama urusan pengaj...
Saya Tak Pernah Nak Dituduh Kikis Harta Anju Dedah Terpaksa Tanggung Hutang Kos Hadiah Pagar Lepas Putus

Saya Tak Pernah Nak Dituduh Kikis Harta Anju Dedah Terpaksa Tanggung Hutang Kos Hadiah Pagar Lepas Putus

papar berkaitan - pada 21/2/2023 - jumlah : 216 hits
Selepas diberikan hadiah pagar rumah bernilai RM100 000 oleh bekas tunang iaitu Datuk Seri Elzey pelakon Zarina Anjoulie atau mesra dikenali sebagai Anju akui berasa tertekan kerana terpaksa menanggung kos tersebut selepas putus tunang Mela...
Hadiah Dari Blogger Anies

Hadiah Dari Blogger Anies

papar berkaitan - pada 21/2/2023 - jumlah : 128 hits
Encik suami masuk rumah bawa sebungkus kiriman pos laju Eh bungkusan apa pula Kita tak ada pun shopping apa apa Pengirimnya dari Anies Oh baru teringat blogger Anies ada minta alamat Kita pun lupa Buka buka banyak betul hadiah kiriman dari ...
Video Rare Pengantin Lelaki Terima Hadiah Set Memancing Buat Ramai Terhibur

Video Rare Pengantin Lelaki Terima Hadiah Set Memancing Buat Ramai Terhibur

papar berkaitan - pada 22/2/2023 - jumlah : 170 hits
Apabila menghadiri majlis perkahwinan pastinya tetamu akan membawakan hadiah untuk diberikan kepada pengantin baharu yang diraikan Kebiasaannya hadiah seperti barangan dan peralatan rumah diberikan kepada sahabat atau saudara yang baru saha...
Pencalonan Hadiah Asean 2023 Dibuka

Pencalonan Hadiah Asean 2023 Dibuka

papar berkaitan - pada 21/2/2023 - jumlah : 156 hits
Pencalonan Hadiah Asean 2023 dibuka Dikemas kini 30 minit yang lalu Diterbitkan pada 21 Feb 2023 10 30PM
Potret 5 Artis Rayakan Valentine Makan Bareng Hingga Beri Hadiah

Potret 5 Artis Rayakan Valentine Makan Bareng Hingga Beri Hadiah

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 130 hits
Tanggal 14 Februari dikenal sebagai Hari Valentine atau hari kasih sayang Setiap pasangan biasanya akan merayakan momen spesial ini dengan memberi hadiah untuk orang terkasih Para artis Tanah Air tak mau ketinggalan merayakan Hari Valentine...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash