Reward Baju Elsa Untuk Naura
Reward Baju Elsa Untuk Naura | As a Mother, bukanlah umi ni nak bagi apa je permintaan yang Naura nak.Tapi ada sebab kenapa umi belikan dia baju yang dia minati tu.
Actually, umi ada ceritakan kisah Naura yang dah pun bercerai Pampers pada awal bulan ini.Boleh baca cerita Free Pampers ke Taska . So, disebabkan itulah umi saja nak rewardkan dia kerana membantu umi meringankan bebanan umi untuk beli pampers dia setiap bulan.Effort yang dia dah tunjukkan pada umi, bila keluar berjalan pun dia taknak dah pakai pampers.Alhamdulillah.Cuma umi masih pakaikan dia pampers waktu nak tidur sahaja.
Bila minat dia terhadap cerita frozen tu amat-amat tebal, dan pernah satu hari tu , bila dia ternampak baju Frozen di jual di Kedai, dia teringin untuk memilikinya.Memang ramai kata tak bagus ikut kemahuan anak sangat.
Tapi sebagai mak, umi tau batas macam mana umi nak beri hadiah tu kat dia.Banyak kali dah umi ucap terima kasih kat dia.Pujian untuk dia sebab dia dah lakukan sesuatu untuk diri dia sendiri.Dan, umi ada terbaca jugak tentang MANFAAT MEMBERIKAN REWARD KEPADA ANAK.Mungkin umi boleh kongsikan manfaat ni kepada readers.Kalau ada keburukkan pada manfaat yang umi nak kongsikan ni, mesti di satu sudut berlainan, ada kebaikkan yang terselit.As a human, kita diberikan akal fikiran untuk berfikir mana baik dan mana yang buruk.
So, umi belikan dia Baju Elsa tu di Shopee.Alhamdulillah..Umi dapat yang murah dari kedai.Masa tu umi tengok harga kat kedai RM60. Tapi bila umi survey kat Shopee baru RM24.
MANFAAT MEMBERIKAN REWARD PADA ANAK
MENINGKATKAN MOTIVASI PEMBELAJARAN ANAK-ANAK
Bila kita lihat kanak-kanak ni mendapat ganjaran daripada ibu bapa atau guru mereka,secara automatik mereka lebih bermotivasi untuk belajar lebih gigih lagi dan terus mengekalkan pencapaian yang pernah didapatinya dahulu.Dan kemungkinan akan lebih lagi yang mereka akan berikan.Sama juga kepada anak-anak di peringkat belum lagi bersekolah.Bila dia dapat menghasilkan sesuatu untuk dirinya, dan dapat ganjaran dari ibubapa, of course mereka akan lebih banyak belajar sesuatu yang baharu.Pujian tu sebahagian dari ganjaran yang diterima.Sebab tu umi selalu puji apabila Naura buat sesuatu.Yang paling penting perkataan terima kasih tu memang selalu umi ucapkan kat dia.At least, bila kita beri ganjaran untuk dia, dia akan lebih peka terhadap menghasilkan sesuatu peningkatan dalam diri dia.Wallahualam.
MENINGKATKAN JIWA KOMPETITIF TERHADAP KANAK-KANAK
Dengan memberi ganjaran kepada anak anak ni boleh mewujudkan jiwa kompetitif atau daya saing kanak-kanak akan meningkat.Jika mereka mempunyai pencapaian yang baik,secara automatik, belajar dengan lebih lagi untuk mengekalkan pencapaiannya.Di samping itu juga, kanak-kanak yang tidak mempunyai pencapaian, bila dia nampak yang kawan dia mendapat ganjaran sebegitu, maka dia akan bekerja lebih keras jugak untuk mendapatkan seperti orang yang mendapat ganjaran.Kiranya mereka bersaing dengan cara yang sihat lah kan..
PENGHARGAAN KEPADA KANAK-KANAK
Anak-anak akan rasa lebih dihargai pada setiap apa yang mereka dah lakukan.Semangat untuk lebih cenderung bila kita memberi ganjaran seperti ini.
Apa yang penting bagi umi, setiap ganjaran yang diberikan tu, mestilah ganjaran kepada yang baik.Bukan handphone ataupun benda yang melalaikan merekalah.Tapi ikut kepada cara parents masing-masing.Ganjaran yang dirasakan perlu dan tidak terlalu mewah untuk anak terus berbangga dengan apa yang dia dapat.
Insyallah umi pasti parents sekarang ni lebih peka dan lebih berfikiran terbuka untuk memberikan yang terbaik untuk anak mereka.
Umi ni sentiasa berdoa supaya umi dapat didik anak-anak umi dengan baik tanpa memberikan mereka kemewahan yang berlebihan.Umi takut mereka lupa diri.Umi takut bila satu hari nanti, kalau umi tak boleh tunaikan impian mereka, mereka akan kecewa sekaligus, pencapaian mereka merosot.Sebolehnya kita kena fikir dahulu ganjaran yang mudah untuk kita berikan kepada mereka tanpa membebankan kita sendiri.
Panjang pulak kan umi membebel..Hah…Bila Naura dah dapat Baju Frozen tu, bukan main melaram la dia.Lepas tu dan² nak bukak cerita frozen tu.Mula-mula je kemahin nak melaram, lama-lama baju tu,tersidai je dalam lemari.Tapi umi sukalah bila dia dapat ikut bahasa di dalam cerita frozen tu..Memang cita-cita umi nak suruh dia pandai speaking.
Kalau korang mencari barangan Electronics, Sekarang ni Shopee ada buat diskaun untuk barangan Elektronik terpilih..Hah..korang boleh la cuci mata di Shopee..Just Klik je Link di bawah ni
DISKAUN BARANGAN ELEKTRONIKS DI SHOPEE.COM.MY
The post Reward Baju Elsa Untuk Naura appeared first on Kisahsidairy.com.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kisahsidairy.com/reward-baju-elsa-untuk-naura/