Shaid Rosli menempah 10,000 helai baju seragam sekolah yang tertera namanya untuk diedarkan ke semua sekolah di DUN Jeram
Selepas dikritik menyumbang beg sekolah yang dicetak gambarnya, kini Adun Jeram, Mohd Shaid Rosli tampil dengan pakaian seragam sekolah yang berlabelkan nama pemimpin PPBM itu.Katanya, terpulang kepada masyarakat untuk menilai sumbangan baju seragam sekolah berlabelkan “Sumbangan YB Shaid Rosli” kerana lebih penting ialah niatnya membantu keluarga kurang berkemampuan di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.“Pagi ini saya menyerahkan sumbangan pakaian sekolah di Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 3 sebanyak 1,600 helai. Jumlah keseluruhan yang akan kita edarkan di semua sekolah DUN ini adalah 10,000 helai.“Ada 10 sekolah rendah akan menerima manfaat ini. Pihak kami akan membekalkan baju kemeja untuk murid lelaki dan baju kurung untuk murid perempuan,” katanya dalam kenyataan hari ini. Minggu lalu, Shaid dikritik pengguna media sosial selepas menyampaikan sumbangan beg sekolah memaparkan gambarnya yang dianggap mencontohi pendekatan Barisan Nasional (BN) dahulu. |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |