Restoran Mesra Keluarga Untuk Percutian Keluarga Ideal



Adakah anda perasan anak-anak anda semakin bersemangat untuk ke sekolah minggu ini? Adakah anda perasan jua mengapa kesesakan jalan pada waktu pagi bermula begitu awal sedangkan sebelum ini tidak begitu banyak kereta yang ada di atas jalan raya pada waktu tersebut?
Kesemua simptom-simptom atau tanda-tanda menunjukkan pada satu perkara sahaja; cuti sekolah bakal kunjung tiba.
 
Peluang untuk Berhubung Semula Cuti sekolah mungkin waktu yang digeruni sesetengah ibu bapa ataupun dinanti-nantikan kerana inilah peluang untuk ibu bapa berhubung semula dengan anak-anak setelah sekian lama tidak duduk bertanya tentang kemajuan pelajaran mahupun masalah-masalah yang dihadapi oleh anak-anak di sekolah.
Jadi, janganlah berkeluh-kesah mengenangkan waktu cuti sekolah yang bakal menjelang kerana memikirkan belanja lebih yang anda perlu keluarkan. Sebaliknya, ambil kesempatan ini untuk kenali semula anak-anak anda dan berhubunglah dengan mereka.
Sudah Rancang Percutian? Kebanyakan orang menganggap apabila anda merancang percutian, khususnya percutian keluarga, mestilah berbajet besar dan mengunjungi lokasi pelancongan terkenal di luar negara. Oleh itu, rata-rata akan membatalkan niat mereka untuk bercuti setelah melihat jumlah akhir perbelanjaan untuk percutian yang singkat.
Namun begitu, persoalan saya untuk anda, kenapa nak pergi jauh-jauh kalau ada lokasi menarik yang murah (baiklah, lebih berbajet) untuk anda kunjungi semasa cuti sekolah?
 
Percutian Keluarga yang Ideal Kebanyakan keluarga menghadapi masalah yang sama ketika bercuti; menguruskan anak-anak. Ketika itulah, anak tak lalu makanlah, merajuklah, bergaduhlah khususnya semasa berada di luar. Macam-macam ragam akan timbul yang sedikit sebanyak memberi tekanan kepada anda.
Ada kalanya, apabila jeritan anak-anak tidak dapat dikawal rasa malu memang akan timbul kerana akan ada pandangan-pandangan sinis yang membuatkan anda berasa seolah-olah tidak berupaya untuk menjaga anak-anak anda.
Mereka mungkin tidak memahami keadaan anda tetapi saya faham. Oleh itu, pada cuti sekolah kali ini, daripada anda membawa anak-anak anda ke lokasi pelancongan yang popular dengan orang dewasa, apa kata bawa mereka ke tempat yang dapat menghiburkan mereka dan pada yang sama, membuatkan anda akhirnya dapat menikmati percutian anda.
 
Ayuh ke Genting Highlands! Genting Highlands dikenali sebagai lokasi pelancongan yang popular dalam kalangan golongan berkeluarga kerana di Genting, anda boleh dapat apa sahaja untuk menghiburkan semua lapisan umur dan salah satu perkara atau kriteria yang membuatkan Genting lebih sesuai untuk anda bawa keluarga anda ke sana ialah restoran-restoran mesra keluarga yang ada di sana.
Berikut merupakan antara restoran mesra keluarga dan halal yang anda boleh kunjungi ketika berada di Genting. Yang pasti, kesemua restoran ini berasa gembira dan menantikan kedatangan anda bersama si cilik.
 
Madam Kwan’s
Kredit: Malaysian Flavours Siapa yang tak tahu restoran Madam Kwan’s? Restoran ini cukup popular dalam kalangan peminat makanan Malaysia dan merupakan salah satu restoran mesra keluarga yang tersenarai dalam artikel ini.
Untuk membuatkan sesi makan anda sekeluarga lebih aman dan tenang, Madam Kwan’s telah menawarkan pilihan makanan kanak-kanak yang mampu menarik perhatian anda. Setiap set kanak-kanak disertakan  bersama jus epal, buah-buahan dan gula-gula sebagai pencuci mulut.
Apa yang anda patut cuba?
a) Set kanak-kanak nasi ayam

b) Set kanak-kanak popcorn ayam

Motorino Nak makanan barat? Cubalah Motorino!
Motorino terkenal dengan sajian Itali kegemaran ramai seperti piza, pasta dan bebola daging. Kelebihan restoran Itali ini ialah piza yang disediakan adalah secara tradisional menggunakan ketuhar terbuka seperti gambar di bawah.
Seronoknya tengok cef buat piza! Memang sesuatu yang menyeronokkan bagi kanak-kanak untuk melihat makanan mereka disediakan, betul tak?
Apa yang anda patut cuba? Set keluarga Motorino yang ditawarkan pada harga RM 98 untuk 4 orang. Memang berbaloi!

Terfikir perisa apa yang nak dipesan? Piza Sarapan dan Cherry Stone Clam memang dua perisa piza yang cukup menyelerakan dan kena dengan selera semua orang dalam semua lapisan umur.

Tampopo Tiada yang lebih baik daripada semangkuk ramen panas-panas ataupun tonkatsu ayam yang digoreng rangup untuk dinikmati dalam suasana sejuk.
Di Tampopo, anda dan anak-anak anda dapat sama-sama menikmati hidangan panas-panas ini yang pasti membuatkan sesiapa sahaja duduk diam.
Jika anak-anak masih aktif, anda boleh upah mereka dengan pilihan kek yang gebu, ringan dan menyelerakan di Tampopo.


 
Buat Tempahan dan Kemas Baju Jadi, cepat-cepat membuat tempahan agar anda dapat berkunjung ke Genting Highlands untuk sesi istirehat dan merapatkan semula hubungan kekeluargaan pada musim cuti ini.
The post Restoran Mesra Keluarga Untuk Percutian Keluarga Ideal appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/bisnes-makan/restoran-mesra-keluarga-untuk-percutian-keluarga-ideal

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
A Famosa Resort Melaka Tempat Percutian Seisi Keluarga

A Famosa Resort Melaka Tempat Percutian Seisi Keluarga

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 566 hits
A Famosa Resort Melaka Tempat Percutian Seisi Keluarga Pernah tak anda alami teringin nak bawa seisi keluarga bercuti tapi kekeringan idea tempat nak dituju Nak berseronok tapi tak mahu travel terlalu jauh Dengan masa yang pendek di hujung ...
Tiba Di Bandara Kualanamu 6 Nelayan Batubara Disambut Tangis Keluarga

Tiba Di Bandara Kualanamu 6 Nelayan Batubara Disambut Tangis Keluarga

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 175 hits
Kepulangan keenam nelayan itu didampingi pihak Konsulat Jenderal RI di Penang Menumpang pesawat Sriwijaya Air SJ103 dari Penang rombongan tiba di Bandara Kualanamu sekitar pukul 11 30 Wib
Jokowi Senang Siti Aisyah Bisa Berkumpul Kembali Dengan Keluarga

Jokowi Senang Siti Aisyah Bisa Berkumpul Kembali Dengan Keluarga

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 316 hits
Jokowi memberikan pesan khusus kepada Siti Aisyah Dia berharap Aisyah istirahat terlebih dahulu beberapa waktu sampai kemudian merencanakan hidup yang lebih baik ke depannya
Polisi Izinkan Keluarga Besuk Vokalis Zivilia Zulkifli

Polisi Izinkan Keluarga Besuk Vokalis Zivilia Zulkifli

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 265 hits
Zul ditangkap bersama dengan delapan tersangka lainnya atas nama inisial MB alias Alfian alias Dimas RSH MRM MH alias Rian HR alias Andu D seorang perempuan IPW dan RR
Keluarga Dan Korban Penculikan 1998 Nyatakan Dukung Jokowi Ma Ruf Amin

Keluarga Dan Korban Penculikan 1998 Nyatakan Dukung Jokowi Ma Ruf Amin

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 264 hits
Ketua Umum IKOHI Wanmayetti mengatakan dari 23 orang yang menjadi korban penculikan 9 dikembalikan dalam keadaan telah disiksa 1 meninggal dengan luka tembak dan siksaan dan 13 lainnya masih tidak diketahui keberadaannya
Keluarga Harus Bentengi Anak Dari Informasi Yang Merusak Karakter

Keluarga Harus Bentengi Anak Dari Informasi Yang Merusak Karakter

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 272 hits
Seiring dengan berkembangnya teknologi digital yang belakangan semakin pesat diperlukan ada upaya untuk membentengi anak bangsa terhadap informasi yang dapat merusak karakter Meski tidak mudah hal tersebut harus dilakukan dan dapat dimulai ...
Bunuh Satu Keluarga Di Bekasi Harris Simamora Didakwa Pasal Berlapis

Bunuh Satu Keluarga Di Bekasi Harris Simamora Didakwa Pasal Berlapis

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 325 hits
Bunuh Satu Keluarga di Bekasi Harris Simamora Didakwa Pasal Berlapis Keempat korban adalah Diperum Nainggolan beserta istrinya yang tewas dihabisi menggunakan linggis Sedangkan dua anaknya Sarah Boru Nainggolan dan Arya Nainggolan tewas dic...
Demi Keluarga Ku Jadi Tukang Urut Keluarga

Demi Keluarga Ku Jadi Tukang Urut Keluarga

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 544 hits
AssalamualaikumNak juga berkongsi kisah pengalaman mengurut Tapi takdelah sebagai tukang urut Memadai lah jadi tukang urut untuk keluarga dan adik beradik jadilah yea Sebenarnya kan pada zaman sekarang ni banyak sangat dah tukang urut boleh...
Perencah Nasi Ayam Hainan Yang Mudah Dan Sedap Digunakan

A Proper System To Manage E Waste Is Both Profitable And Sustainable

Biaya Pembangunan Masjid Raya Al Jabbar 207 M Dari Dana Pinjaman 3 4 T

What Are The Benefits Of Steamed Fish

Malaysia Asean Chairmanship Off To A Disappointing Start

Bagaimana Stres Mempengaruhi Otak Dan Tubuh Kita

6 Aroma Terbaik Untuk Hilangkan Stres Dan Buat Rasa Tenang

Pv 6 000 000 Sudah Berlalu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Struktur Sos Dalam Masakan Panduan Lengkap

Young Strong And Diagnosed Redefining Resilience In Pancreatic Cancer Patients

Pasangan Kahwin Di Balai Polis Kerana Bimbang Keluarga Bergaduh

Rania Healing Tepi Sawah Padi

Tarif Elektrik Naik Julai Ini Pmx Dikritik Netizen

Kisah Pinjam Duit Tapi Tak Nak Bayar