A Famosa Resort Melaka Tempat Percutian Seisi Keluarga


A’Famosa Resort Melaka Tempat Percutian Seisi Keluarga  | Pernah tak anda alami, teringin nak bawa seisi keluarga bercuti tapi kekeringan idea tempat nak dituju? Nak berseronok tapi tak mahu travel terlalu jauh? Dengan masa yang pendek di hujung minggu tapi masih lagi nak berhibur, apa kata anda bawa anak-anak bercuti ke A’Famosa Resort yang terletak di Alor Gajah, Melaka. Selain resort percutian keluarga, A’Famosa Resort Melaka memang terkenal dengan sukan Golf. Dengan keluasan padang Golf seluas 17 ekar dan dibuka setiap hari kecuali hari Selasa. 
A’Famosa Resort amat terkenal dengan tiga tarikan taman tema utama nya iaitu: Safari Wonderland, Water Theme Park dan juga Old West (Cowboy Town). Ia juga merupakan destinasi ideal untuk bercuti kerana jarak yang dekat bagi mereka yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor dan juga Singapura. 
Pintu masuk A’Famosa Resort Melaka 
A’Famosa Water Theme Park
Kalau nak tahu A’Famosa Water Theme Park ini merupakan taman tema air terbesar di Malaysia. Dibuka setiap hari kecuali hari Selasa dari pukul 11.00 pagi sehingga 7.00 petang. Pada hari Sabtu, Ahad, cuti umum dan cuti sekolah pula, ianya dibuka dari pukul 9.00 pagi sehingga 7.00 petang. Terdapat 11 tarikan yang perlu dicuba dan sesuai untuk orang dewasa dan juga kanak-kanak iaitu:
Slides Menarik kena cuba1. Arabian Village - Kawasan kolam permainan air untuk kanak-kanak yang dilengkapi gelungsur bertemakan Perkampungan Arabian. 
2. Kid Adventure Play Pool – Kawasan kolam permainan air yang sesuai untuk kanak-kanak yang dilengkapi gelungsur mini, gelungsur air dan air pancuran

3. Sandy Beach – kawasan pasir putih seakan-akan berada di persisiran pantai
4. Family Raft Ride – Gelungsur khas untuk seisi keluarga yang dinaiki oleh empat orang satu pelampung dan menyusuri tiub yang besar dan menggelongsor laju

5. Wave Pool – Kawasan kolam permainan air untuk orang dewasa yang berombak agak besar dan merupakan pentas utama tempat berlangsungnya persembahan. 
6. Lazy River – Anda boleh menikmati pengalaman menyeronokkan apabila terapung dan menyelusuri taman tema dengan pelampung. 
7. Big Ice Cream - Salah satu tarikan utama di Taman tema ini kerana gelungsur ini merupakan gelungsur tertinggi dan terpanjang di Asia Tenggara dengan ketinggian 20.8 meter, diameter diameter terluas 18.3 meter dan panjang keseluruhan Ice Cream adalah betul-betul 108 meter. Berat pengunjung mestilah di bawah 85kg jika ingin merasai keseronakkan Big Ice Cream. 
8. Wahaha – Rasakan pengalaman gelombang air deras seakan-akan efek tsunami menggunakan pelampung. 
9. Hula Hula – Nak rasa ‘adrenaline rush’? cubalah gelungsur ni. 
10. Inner Tube Slide – Gelungsur panjang yang tertutup dan siapa yang takutkan tempat sempit memang akan cuak sehinggalah sampai ke penghujung. 
11. High Speed Slides – anda kena meluncur dari gelunsur di ketinggat 7 tingkat. Kalau berani kena cuba. 
12. Body Slides – gelungsur yang perlu dicuba untuk mereka yang sukakan cabaran 
Harga Tiket A’Famosa Water Theme ParkDewasa: Weekday (RM49) | Weekend (RM53)Kanak-kanak: Weekday (RM43) | Weekend (RM49)

Safari Wonderland
Dibuka setiap hari dari pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Kalau ke sini anda kena cuba Safari Truck Ride yang mana anda akan dibawa menaiki trak untuk melihat haiwan liar seperti harimau, singa, zirafah dan lain-lain. Jangan ketinggalan untuk menonton empat persembahan yang diadakan khas untuk pengunjung iaitu;
Safari Wonderland
Elephant Encounter – Persembahan dari si gajah (10:15 pagi & 4.30 petang)Multi Animal Fun Play – Persembahan aneka binatang (11:20 pagi & 3.00 petang)Color of the Bird – Persembahan dari burung seperti kakak tua, helang dan gagak (12.00 Tengahari & 3.45 petang)Pertunjukan Wild Wild West (2.15 petang)
Lapan tarikan yang ada di A'Famosa Safari Wonderland adalah: 
1. Elephant Encounter2. Multi Animal Fun Play3. Color of the Bird 4. Wild Wild West5. Tiger Encounter6. Crocodile Alive7. Animal Rides8. Walk-Thru Area 9. Orang Utan of Borneo10. Monkey Island11. Farm House12. Safari Adventure Truck Ride 
Harga Tiket A’Famosa Safari WonderlandDewasa: Weekday (RM61) | Weekend (RM66)Kanak-kanak: Weekday (RM49) | Weekend (RM53)
A Famosa Old West
Dibuka setiap hari kecuali hari Selasa dari pukul 6.00 petang sehingga pukul 12.00 tengah malam. Old West adalah kawasan yang di inspirasikan dari perkampungan Cowboy dan antara yang menarik adalah: 
1. Red Indian Show – waktu tayangan pada pukul 8.30 malam2. Fireworks – waktu tayangan pada pukul 10.00 malam 3. Carnival– waktu tayangan pada pukul 9.15 malam 4. Fun Fair 5. 4D Theatre 
Old West
Selain daripada tarikan taman tema, A’Famosa Resort Melaka juga menyediakan pelbagai jenis sukan dan rekreasi yang boleh dicuba untuk seisi keluarga dan berkumpulan. Memang sesuai sangat kalau nak buat team building, AGM, atau seminar dekat sini. Kemudahan seperti kantin, classroom, dorm dan kawasan teambuilding turut disediakan. Antara aktiviti yang ditawarkan termasuklah:
1. A’Walk2. Memanah3. Target Shooting 4. Go-Kart5. Flying Fox6. Paintball Wargame7. Crimson River
Menginap di A’Famosa Resort
Jika bercuti ke A’Famosa, semestinya tak lengkap hari anda kalau tak menginap di sini. Terdapat empat jenis tempat penginapan yang boleh anda pilih bergantung kepada bajet dan keselesaan anda. 
1. Resort Hotel2. Condo D’Savoy3. Villa Private Pool4. Villa SuitesCondo D’Savoy
Resort Hotel 
Villa
Boleh tengok harga dan maklumat lain di laman website mereka di https://www.afamosa.com/ dan sekarang tengah ada promosi sempena Matta Fair Promo. Harga memang cun habis, rugi kalau tak grab. 
A’FAMOSA RESORTJalan Kemus, Simpang Empat78000 Alor Gajah, Melaka(Malacca), Malaysia
Tel: +(60)6-552 0888


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2019/03/afamosa-resort-melaka-tempat-percutian-keluarga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Gulai Rebung Campur Perut Pembuka Selera Seisi Keluarga

Resepi Gulai Rebung Campur Perut Pembuka Selera Seisi Keluarga

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 617 hits
Resepi gulai rebung campur perut pembuka selera seisi keluargaSedap ni korang wajib cuba
Tok Aman Bali Beach Resort Pilihan Destinasi Percutian Kami Sekeluarga Buat Kali Kedua

Tok Aman Bali Beach Resort Pilihan Destinasi Percutian Kami Sekeluarga Buat Kali Kedua

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 353 hits
Assalamualaikum Kunjungan kali kedua kami ke sini Tidak tahulah kenapa keluarga mertua juga sangat berminat untuk menginap di sini untuk kali kedua Maka cuti tahun baru cina baru baru ini kami sepakat sekali lagi untuk berkumpul adik beradi...
Tempat Menarik Untuk Photoshoot Di Pantai Puteri Melaka

Tempat Menarik Untuk Photoshoot Di Pantai Puteri Melaka

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 1027 hits
Selesai urusan check out tengahari di plan dengan husband nak pergi mana mana pantai untuk ambil gambar Dah plan elok nak pergi Pantai Klebang petang selepas check in hotel Tapi hampa bila sampai Pantai Klebang sesak dengan manusia Hajat hu...
Percutian Bersama Keluarga Di Sunway Clio Hotel Pastinya Berbaloi Dan Menyeronokkan

Percutian Bersama Keluarga Di Sunway Clio Hotel Pastinya Berbaloi Dan Menyeronokkan

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 326 hits
Kadangkala timbul perasaan untuk lepaskan segala penat lelah setelah seharian berkerja Ada orang cara untuk lepaskan penatnya dengan pergi shopping keluar dengan The post appeared first on
3 Tempat Makan Best Di Melaka 2019

3 Tempat Makan Best Di Melaka 2019

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 790 hits
3 Tempat Makan Best Di Melaka Wei banyak mer kedai makan dekat Melaka Well Aku tak sempat So aku tahu 3 tempat ini sahaja Tahu tak susah nak cari kedai makan kat sini Ye lah nak mai sini mesti lah nak makan benda sedap sedap So bawah ini ak...
Pra Bulan Madu Di Bayou Lagoon Park Resort Melaka

Pra Bulan Madu Di Bayou Lagoon Park Resort Melaka

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 587 hits
PRA BULAN MADU DI BAYOU LAGOON PARK RESORT MELAKA Aku bersyukur sangat dengan rezeki yang Allah SWT berikan pada aku Ya aku lalui hidup aku bukan seperti orang lain Serba serbi tak sempurna Kahwin pun koboi Sampai aku rasa aku ni antara man...
Polisi Izinkan Keluarga Besuk Vokalis Zivilia Zulkifli

Polisi Izinkan Keluarga Besuk Vokalis Zivilia Zulkifli

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 255 hits
Zul ditangkap bersama dengan delapan tersangka lainnya atas nama inisial MB alias Alfian alias Dimas RSH MRM MH alias Rian HR alias Andu D seorang perempuan IPW dan RR
Jokowi Senang Siti Aisyah Bisa Berkumpul Kembali Dengan Keluarga

Jokowi Senang Siti Aisyah Bisa Berkumpul Kembali Dengan Keluarga

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 302 hits
Jokowi memberikan pesan khusus kepada Siti Aisyah Dia berharap Aisyah istirahat terlebih dahulu beberapa waktu sampai kemudian merencanakan hidup yang lebih baik ke depannya
Tiba Di Bandara Kualanamu 6 Nelayan Batubara Disambut Tangis Keluarga

Tiba Di Bandara Kualanamu 6 Nelayan Batubara Disambut Tangis Keluarga

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 159 hits
Kepulangan keenam nelayan itu didampingi pihak Konsulat Jenderal RI di Penang Menumpang pesawat Sriwijaya Air SJ103 dari Penang rombongan tiba di Bandara Kualanamu sekitar pukul 11 30 Wib
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Tiada Jodoh Lee Donghwi Jung Hoyeon Dah Berpisah Selepas 9 Tahun Bercinta

Pmx Bertemu Presiden Muslim Korea

Ph Umno Kedah Cabar Sanusi Dedah Nama Pihak Yang Punyai Rancangan Besar Gagalkan Pelaburan Swasta

Ketenangan Jiwa Bersama Keluarga Fattah Amin Bawa Keluarga Tunaikan Umrah

Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari