Restoran Mamak Palsu Di Mana Mana


MyMetro
Suzalina Halid
[email protected]
(Gambar fail) Antara pemeriksaan yang dijalankan ke atas restoran-restoran mamak palsu di sekitar Kuala Lumpur baru-barui ini.

DUA restoran nasi kandar di Alor Setar dikenakan tindakan berikutan bukan sahaja disyaki mengambil keuntungan tinggi namun turut mengelirukan pelanggan dengan menggantung ayat al-Quran meskipun pemiliknya bukan beragama Islam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah, Chin Ching Chung berkata, tindakan itu dibuat terhadap kedua-dua restoran terbabit berdasarkan aduan orang ramai berikutan mengenakan caj sehingga RM8.50 bagi sepinggan nasi goreng ayam.

Mengulas lanjut beliau berkata, kedua-dua restoran itu turut diberi amaran dan diarah menurunkan ayat al-Quran yang digantung di restoran mereka berikutan mengelirukan pelanggan sedangkan pemiliknya tidak mempunyai pengetahuan asas langsung mengenai agama Islam ketika disoal siasat.

“Kedua-dua restoran itu kita ambil tindakan kelmarin melalui operasi bersepadu yang dijalankan bersama Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) dan Jabatan Kesihatan negeri, bermula Isnin lalu hingga 31 Januari ini.

“Rentetan itu, kita mengeluarkan notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 kerana mengambil keuntungan tinggi tidak munasabah dan diminta memberi maklum balas dalam tempoh 10 hari.

“Bagi kesalahan meletakkan ayat al-Quran pula, anggota penguatkuasa JAIK meminta pemiliknya menurunkan semua ayat itu kerana ia boleh mengelirukan pelanggan beragama Islam, ” katanya kepada NSTP, di Alor Setar.

Terdahulu, Chin menghadiri Seminar Keselamatan Data Peribadi dan Kewangan yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat India, Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Pada masa sama, katanya, secara keseluruhan sebanyak 44 buah restoran diperiksa sejak Isnin lalu melalui operasi bersepadu itu.

Sementara itu, melalui operasi pemeriksaan di kantin sekolah pula, sebanyak 25 buah kantin sekolah sudah diperiksa sejak Ahad lalu membabitkan daerah Kulim dan Langkawi (lima); Sungai Petani (lapan); Baling (tiga); Kubang Pasu serta Alor Setar (dua).

Katanya, melalui operasi itu, tiada pengusaha kantin sekolah yang diambil tindakan berikutan mereka mengikut peraturan ditetapkan seperti meletakkan tanda harga.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 January 2019 @ 3:41 PM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/01/restoran-mamak-palsu-di-mana-mana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lagi Super Biadab Bangsa Kiasu Hisap Rokok Dan Bawa Anjing Di Restoran Mamak Kini Tular Hancing Viral

Lagi Super Biadab Bangsa Kiasu Hisap Rokok Dan Bawa Anjing Di Restoran Mamak Kini Tular Hancing Viral

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 528 hits
Bukan makin menjadi jadi malah macam sengaja pula golongan kiasu kepala rasis buat onar Setelah banyak screenshot di media sosial tersebar golongan kiasu ini terlalu biadab dengan menghina Agong menghina Islam dan Melayu Malah lepas satu sa...
Restoran Mamak Ameer Corner Yang Tular Disah Tiada Sijil Halal

Restoran Mamak Ameer Corner Yang Tular Disah Tiada Sijil Halal

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 1074 hits
Insiden yang berlaku di sebuah restoran mamak yang tular di mana pekerjanya ditampar kerana menegur pelanggan merokok membuka pelbagai rahsia lain yang begitu mengecewakan umat Islam Dengan dengan meletakkan ayat al Quran di dalam premis se...
Restoran Mamak Guna Lebih 30 Tangkal Lariskan Jualan

Restoran Mamak Guna Lebih 30 Tangkal Lariskan Jualan

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 311 hits
Perusim serah kepada Majlis Agama Islam ambil tindakan 19 01 2019JOHOR BAHRU 13 Jamadilawal 1440H Sabtu Persatuan Usahawan India Muslim Negeri Johor menyerahkan kepada Majlis Agama Islam negeri untuk menentukan tindakan yang akan diambil ke...
Restoran Mamak Di Syaki Pamer Sijil Halal Tidak Sah Di Serbu

Restoran Mamak Di Syaki Pamer Sijil Halal Tidak Sah Di Serbu

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 283 hits
KUALA TERENGGANU Sebuah restoran mamak yang terletak di sebuah pasar raya besar di bandar raya ini diserbu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna hari ini kerana disyaki cuba mengelirukan pelanggan dengan ...
Restoran Mamak Popular Terengganu Dikesan Guna Logo Halal Tanpa Kebenaran

Restoran Mamak Popular Terengganu Dikesan Guna Logo Halal Tanpa Kebenaran

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 396 hits
Restoran mamak popular Terengganu dikesan guna logo halal tanpa kebenaran Dikemas kini 11 minit yang lalu middot Diterbitkan
Pemilik Restoran Mamak Bismillah Nafi Mesej Tular Dia Beragama Hindu

Pemilik Restoran Mamak Bismillah Nafi Mesej Tular Dia Beragama Hindu

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 673 hits
PEMILIK Restoran Mamak Bismillah yang terletak di Kampung Air Kota Kinabalu Sabah menafikan mesej tular menuduhnya beragama Hindu Osman bin Abdul Majid dalam satu kiriman menerusi akaun Facebook menegaskan bahawa dia adalah pemilik Restoran...
Restoran Mamak Jual Ayam Goreng Berulat Di Kinarut Diarah Tutup

Restoran Mamak Jual Ayam Goreng Berulat Di Kinarut Diarah Tutup

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 612 hits
Ayam goreng berulat yang tular di media sosial Gambar media sosialPAPAR Jabatan Kesihatan Kawasan Papar dan Kota Kinabalu mengesahkan mengeluarkan arahan penutupan sementara terhadap dua cawangan restoran mamak kerana masalah kebersihan Jur...
Kedai Mamak Palsu Pemilik Dan Semua Pekerja Bukan Islam Hanya 2 Pekerja Muslim

Kedai Mamak Palsu Pemilik Dan Semua Pekerja Bukan Islam Hanya 2 Pekerja Muslim

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 698 hits
JAIS dan KPDNHEP mendapati pemilik restoran guna tulisan jawi serta ayat al Quran untuk menipu pelanggan kononnya kedai makan Islam1 Jamadilawal 1440H Isnin Sebuah restoran di Seksyen 25 Shah Alam yang menggunakan nama Islam dan tulisan jaw...
Dahsyat Terdiam Semua Bila Anwar Ibrahim Berhujah 1mdb Fitnah Otak Kamu Letak Kat Mana

Dahsyat Terdiam Semua Bila Anwar Ibrahim Berhujah 1mdb Fitnah Otak Kamu Letak Kat Mana

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 432 hits
Dahsyat Terdiam Semua Bila Anwar Ibrahim Berhujah 1mdb Fitnah Otak Kamu Letak Kat Mana
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Topeng Simpati Wasapa Pada Lembut Yang Beracun

Nasi Kerabu

Masa Yang Korang Tunggu Dah Tiba Syasya Rizal Bakal Umum Sesuatu Yang Besar Tidak Lama Lagi

Patutkah Kami Terima Keadaan Begini Atuk Mengadu Penat Jaga 4 Orang Cucu Hanya Terima Rm400 Sebulan

Serangan Terhadap Iran Apa Yang Berlaku Setakat Ini

Find Your Unique Selling Point