Restoran Lemon Tree Di Buka Di Taman Megah Ria
Restoran Lemon Tree di buka di Taman Megah Ria | Merupakan cawangan ke-9 dan baru sahaja membuka cawangannya di Permas Jaya.
Melangkah masuk ke Restoran Lemon Tree di Megah Ria ni, umi rasa teruja dengan suasana yang sangat selesa dan mendamaikan ni.Bagi umi, kalau nak chill dengan family sambil makan-makan pun seronok.Hari tu kami rakan blogger di jemput bagi mencuba menu yang terdapat di cawangan Megah Ria ni.
Bersama JDT Blogger dan Johor Blogger
Jom tengok menu yang dihidangkan oleh pengusaha Restoran Lemon Tree ini iaitu Mr.Jeffrey Bong.Peramah orangnya.Actually dah berapa kali jumpa dengan Mr Jeffrey ni.Kalau korang ingatlah kan, aku pernah turut serta dalam Food Review di salah satu Restorannya di Yuzu Japanesse.Boleh tengok entry INI dan INI. Terus teringat kimchi sedap di restoran tu.
Sebelum air liur meleleh-leleh bercerita pasal makanan ni, mai lah tengok menu yang dihidangkan di sini.
MENU ASIAN STYLE
Lemon Tree – Yang Chow Fried Rice
Lemon Tree – Mee Goreng mamak
Lemon Tree – Seafood Cheese Baked Rice
Lemon Tree – Gong Bao Chicken
MENU FISHERMAN WHARF
Lemon Tree -Grilled Salmon Fillet
MENU BURGER
Terdapat 2 jenis burger yang kami order iaitu Black Pepper Egg & Cheesy Beef Burger dan Hawaiian Chicken Burger.So, korang boleh pilih nak order yang mana.
Lemon Tree – Black Pepper Beef Burger
MENU PIZZA STATION
Lemon Tree- Spicy Tuna Pizza
Lemon Tree-Island Seafood Pizza
MENU CHICKEN CHOP
Lemon Tree – Black pepper Ham & Cheesy Grilled Chicken Chop
Untuk minuman tak perlu lah aku sebutkan kerana pelbagai jenis minuman korang boleh try kat sini.Tapi nak bagitahu korang pasal Dessert Lemon Tree yang sedap ni hah.Patutlah mereka-mereka yang pernah buat food review ni di cawangan Lemon Tree yang lain, ternanti-nanti akan dessert ni, sedap rupanya. Di Lemon Tree ni ada dua sahaja jenis dessert yang wajib korang cuba..Tengok gambar di bawah ni ye.
MENU DESSERT
Double Choclate Cake
Tiramisu Cake
So, apa yang umi paling suka antara makanan yang dihidangkan seperti di atas ni? Umi paling suka Grilled Salmon tu,rasa salmon tu lembut dan fresh tau.Taklah keras ikan tu.Lepas tu burger Beef dia pun sedap.Kalau korang datang sini, kenalah cuba pizza mereka.Nak² yang Spicy Tuna tu..memang sedap.
Pandangan Umi tentang makanan di Lemon Tree Megah Ria
Bagi umi semuanya sedap, tapi ada beberapa menu yang umi boleh recommend dekat korang sebab bagi umi, bila datang ke sini, akan wajib order makanan-makanan yang umi akan sebutkan di bawah ni
So, apa yang umi paling suka antara makanan yang dihidangkan seperti di atas ni? Umi paling suka Grilled Salmon tu,rasa salmon tu lembut dan fresh tau.Taklah keras ikan tu.Lepas tu burger Beef dia pun sedap.Kalau korang datang sini, kenalah cuba pizza mereka.Nak² yang Spicy Tuna tu..memang sedap.
Korang yang nak cuba makan makanan yang terdapat di Lemon Tree ni, boleh la ke Cawangan Lemon Tree di Sekitar Johor Bahru.Nak diingatkan Restoran ni masih tidak mempunyai Halal Cert lagi.Cuma tiada bahan-bahan seperti arak dan sebagainya.Tetapi penyediaan makanan serta bahan seperti ayam tu, memang mempunyai sijil Halal ye.So, kepada korang tidak ada rasa was-was boleh lah mencuba makanan yang dihidangkan disini.
Untuk korang yang nak rasa menu dari Lemon Tree Megah Ria, boleh datang ke alamat seperti di bawah.Tak lupa juga korang boleh tengok cawangan lain Lemon Tree di Facebook Lemon Tree di bawah ni ye.
LEMON TREE MEGAH RIA
NO.39 & 41, JALAN KOTA 2
TAMAN CAHAYA KOTA PUTERI
81750 MASAI JOHOR
MAPS KE LEMON TREE MEGAH RIA
The post Restoran Lemon Tree di buka di Taman Megah Ria appeared first on Kisahsidairy.com.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kisahsidairy.com/restoran-lemon-tree-di-buka-di-taman-megah-ria/