Restoran Isketambola Di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi Sajikan Nasi Goreng Selambak
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Kali ni dah tiga kali berturut-turut yer Maha pergi makan makanan laut tapi lain konsep dan penyediaanya. Seperti mana restoran yang Maha nak kongsikan pada korang kali ini iaitu Restoran Isketambola yang ada pelbagai makanan dan juga terdapat masakan laut yang bakar-bakar. Tapi istimewa kat sini makanan laut bukan biasha-biasha tau ia bersaiz gergasi
Yer lah mana taknya pertama kali Maha tengok ada kerang saiz sangat besar lebih besar dari jari-jemari Maha yang comel ni tau. Kerang ni makan apa pun tak tahu lah, mana dia orang dapat memang besar gilerrr. Takut juga nak makan tapi sebab teruja jadi Maha pilih juga untuk rasa Kerang Gergasi boleh masak rebus atau bakar ikut selera korang
Selain tu ada juga makanan laut yang besar-besar seperti Ikan Siakap, Ikan Pari, Ikan Bawal Emas, Ikan Cencaru, Ikan Jenahak dan juga ada Ketam, Udang dan Sotong. Cuma hari Maha datang tu banyak dah habis sebab memang ramai orang order. Kat sini macam biasa korang pilih makanan laut nak di masak oleh pekerja mereka dan nanti timbang dan buat bayaran lepas tu mereka akan masakkan ikut resipi yang korang nak
Korang nak Ikan Bakar Sambal boleh, Ikan Bakar Kunyit boleh, Ketam Goreng Tepung boleh, Ketam Masak Salted Egg boleh juga nak Ketam Masak Sambal Telur pun boleh. Rambang mata bila dah tengok makanan laut ini. Harga kat sini ikut harga pasaran dan memang bebaloi lah kalau makan bersama keluarga atau kawan-kawan ramai
Itu baru bahagian makanan laut ada banyak lagi kat sini. Mereka juga ada Warong Goreng-Goreng kat luar restoran tu. Ini kerana mereka kalau goreng nasi goreng ker atau mee ker memang api sangat besar dan membara gituwww. Korang boleh pilih nak masakan panas yang nama pun dah unik apatah lagi rasanya. Korang boleh pilih nak:
1) Nasi Goreng Jamaica Daging Teriak
2) Nasi Goreng Kambing Sekilo
3) Mee Goreng Sambal Sotong Sesenduk
4) Kuetia Goreng Udang Berlambak
Kalau korang tengok harga tu nampak macam mahal ini kerana ia sangat banyak sampai melimpah-limpah satu pinggan tu. Kalau orang biasa makan boleh kongsi 2 atau 3 orang memang banyak sangat. Puas hati dengan cara masak panas-panas dan juga rasa sedap memang terangkat best. Bahagian Goreng-goreng ni Maha sangat rekemen kalau korang nak cuba terbaik
Lepas tu ada pula Warong Stimboat Pak Maun. Sejak bila Pak Maun jual steamboat ni, yang aku tahu pak maun ni kaki twist and kelab malam adalah wakakaka, tapi itu dalam filem Tan Sri P.Ramlee la. Pastu ada juga Warong Jajan-Jajan. Kat sini ada masak nugget, french fries, sosej dan juga yang panas-panas budak-budak suka tu. Sebab tu restoran ni sesuai untuk bawa satu keluarga semua ada jenis makanan
Ada juga pencuci mulut kat Warong Masam-Masam Manis laaaa. Kat situ mereka ada sediakan Scooptail atau Rojak Buah. Scooptail ni alah sama macam koktail yang viral kat tepi jalan tu ada macam-macam buah dan juga dimasukkan dengan susu dalamnya. Sini pun ada tak perlu nak baris panjang-panjang.
Best kat Restoran Isketambola ni meraka bawakan konsep zaman P. Ramlee dengan nama makanan serta juga dekorasi dalam tu mengimbau zaman kat Studio Ampas dulu. Pulak tu semua staf mereka ada pakai tarbuslah macam dalam filem Ali Baba Bujang Lapok tak silap Maha lah. Tu yang santai duduk lepak sini sambil makan-makan. Restoran ni buka setiap hari dari jam 6.00 petang hingga 12.00 tengah malam. Jadi orang sekitar Bangi dan berhampiran boleh datang cuba. Orang KL pun boleh turun nak rasa kelainan kat restoran ni
Nanti dah cuba bagi komen sikit tentang apa pengalaman korang makan kat sini ok. Maha pun nak tahu juga. Sebab bagi Maha memang rekemen sangat restoran ni semua ada dan makananya ada rasa yang tersendiri lain daripada yang lain. Selamat menjamu selera semua dan selama mencuba
Facebook: https://www.facebook.com/isketambola.bangiInstagram : https://www.instagram.com/isketambola.bangiTel : 016-2301769 / 014-9658030
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mahamahu.com/2022/11/restoran-isketambola-di-seksyen-7-bandar-baru-bangi.html