Resipi Ringkas Kek Marble Moist Sukatan Cawan
Assalamualaikum semua. Kek Marble adalah antara kek yang menjadi pilihan ramai. Kek ini boleh dinikmati samada ketika sarapan pagi ataupun minum petang. Tak lupa juga kek ini juga dijadikan sebagai side dish ketika majlis keraian selain kek butter
Ok la! Entri kali ni aku nak share resipi ringkas kek marble mengikut sukatan cawan yang telah dikongsi oleh Puan Salimi di facebook beliau. Kek marble sukatan cawan ni lebih mudah untuk dicuba buat anda yang tiada penimbang dirumah. Selamat mencuba
Kek Marble Moist Sukatan Cawan.
Bahannya
1 cawan butter3/4 cawan gula kastor4 biji telur 1sb ovelet 2cwn tepung gandum(ayak)1sdb baking powder(ayak)1sdt esen vanilla3sdb susu pekat manis2sdb serbuk kokopwarna hijau Gunakan loyang saiz 8"
Baca Juga : Asyik Apam Nasi Je. Apa Kata Cuba Resipi Apam Labu Pula
Cara membuatnya
1.Pukul butter dan gula ovelet selama 10-12 minit. Msuk telur satu persatu sambil pukul perlahan
2.Kemudian msukkan esen vanilla, tepung gandum, baking powder. Guna kaedah kaup dan balik sahaja dan msukkan susu pekat manis. Gaul hingga sebati semua bahan
3. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Adunan pertama warna asal, dan adunan kedua letak 2 sudu koko tadi dan mix adunan tu. 1 bahagian lagi warna hijau
4. Jagan lupa sapu marjerin pada loyang tadi dan lapik dengan kertas minyak
5.Ambil satu senduk adunan letak di tengah2 loyang. Jangan ratakan. Kemudian ambil senduk adunan koko. Tindihkan tgh adunan pertama tadi. Jangan ratakan. Ulang step sehingga habis semua adunan
6. Setelah siap, lorek dengan lidi dan buat la corak yang sukai
7. Panaskan oven suhu 170' darjah dan bakar selama 45 minit @ masak
Selamat mencuba
With LovePapaglamz
-sekian-
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.papaglamz.com/2019/02/resipi-ringkas-kek-marble-moist-sukatan-cawan.html