5 Kek Hebat Dari Dill Cakes Gebu Sedap Berasaskan Buah Buahan


Buah-buahan antara ramuan istimewa melazatkan kek anda . Selain buah-buahan citrus dan beri, buah-buah tempatan seperti nenas dan durian juga tidak kurang hebat rasanya.
Pemilik kedai Dill Cakes dari, Apartment Sri Nuang, Taman Bukit Bandaraya Shah Alam Fadzil Md Salleh sudi berkongsi 5 jenis kek buah-buahan yang sungguh enak ini. Cubalah, ya
Pakar Kek Fadzil Mohd Salleh, Pemilik Dill Cakes
1. KEK BUAH PRUN
BAHAN-BAHAN :
200 gm prun yang dibuang biji | rebus prun hancur dan sejukkan1 cawan air1 cawan gula hangus @ karamel8 biji telur340 gm gula kastor340 gm tepung naik sendiri | diayak1 ½ buku mentegaCARA MEMASAK :
1. Putar mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji sebiji dan putar perlahan hingga kembang.
3. Masukkan prun yang dihancurkan tadi dan putar lagi.
4. Kemudian masukkan pula gula hangus @ karamel dan kacau rata
5.  Masukkan tepung dan kacau rata.
6. Masukkan di dalam tin pembakar berukuran 25 sm x 25 sm yang telah digriskan dengan mentega dan ditabur dengan sedikit tepung.
7. Panaskan oven dan bakar dalam suhu 160 darjah celcius (api atas bawah). Bakar selama 60 minit atau sampai masak bergantung kpd oven masingmasing.
Saiz hidangan: 1 tin pembakar empat segi (25 sm x 25 sm)
Waktu memasak: 1 jam
Keistimewaan: Rasa buah prun yang hebat
INFO :Kek ini menjadi lebih sedap lagi jika disimpan semalaman dalam peti sejuk. Jika suka hiaskan dengan butter cream dan hirisan buah prun.2.KEK NANAS TERBALIK
BAHAN-BAHAN :8 biji telur425 gm gula perang1 ½ buku mentega1 kg tepung naik sendiri | diayak1 tin nenas keping | kisar 2 keping nanas dengan air yang dalam tinSedikit ceri merah hiasan :
CARA MEMASAK :
1.  Putar mentega dengan gula sampai kembang.
2.  Masukkan tepung dan telur sebiji demi sebiji sampai kembang.
3. Masukkan mentega dan putar dengan kelajuan perlahan sampai rata.
4. Masukkan nanas yang telah dikisar tadi dan kacau rata.
5. Masukkan tepung dan kacau rata. Masukkan tepung beransur.
6. Masukkan dalam loyang bulat yang sudah digriskan dengan mentega dan ditabur sedikit tepung, bersaiz 28 sm
7. Panaskan oven pada suhu 160 darjah celcius, dan bakar selama 30 – 40 minit, sehingga kek masak.
Saiz hidangan: 1 loyang bulat bersaiz 28 sm
Waktu memasak: 40 minit
Keistimewaan: Kek nanas dengan bahan yang ringkas, rasa nanas masam manis
INFO : Kek yang tahan lama dan sedap dimakan ‘plain’ tanpa hiasan krim.3.KEK KEJU KIWI
BAHAN-BAHAN :
1 kg krim keju2/3 tin susu pekat1 cawan krim putar @ whipping cream1 sudu teh esen vanilla5 sudu makan pai kiwi ‘filling’ (boleh didapati dari kedai kek)Bahan dasar kerak :
250gm biskut marie | dihancurkan125gm mentega | dicairkanBahan topping @ permukaan :
1 sudu teh serbuk gelatin30 ml air30ml air150 gm kiwi pie filling @ inti pai kiwiCARA MEMASAK :
Dasar kerak :
1. Hancurkan biskut marie, kemudian cairkan mentega. Gaulkan biskut yang telah hancur dengan mentega yang telah dicairkan.
2. Letakkan adunan dalam loyang bulat saiz 25 sm
3. Tekan adunan supaya padat. Masukkan sebentar dalam peti sejuk agar dasarnya lebih padu.
Krim keju :
4. Keluarkan krim keju 20 – 30 minit sebelum digunakan.
5. Putar krim keju dan susu serta whipping cream sehingga sebati.
6. Masukkan sedikit pai kiwi dan gaulkan.
7. Tuangkan adunan ke dalam berisi biskut tadi.
8. Panaskan oven dan bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 2 ½ jam.
9. Keluarkan dan bila sejuk, masukkan dalam peti sejuk selama 3-4 jam supaya kek benar-benar sejuk untuk dikeluarkan dari loyang pembakar.
10. Hias atas kek dengan kiwi pie dan hirisan buah kiwi mengikut kreativiti anda
Hiasan permukaan /topping :
10. Campurkan gelatin dengan air dan panaskan sebentar sebentar supaya gelatin tadi larut. Selepas itu masukkan kiwi pai filling, kacau. Sedia untuk disapukan atas kek.
Saiz hidangan: 1 loyang pembakar bulat bersaiz 25.4 sm
Waktu memasak: 3 jam
Cara Memasak : Bakar dengan teknik ‘water bath’
Keistimewaan: Kek keju berkrim dengan rasa kiwi asli
INFO :Sedap dimakan sejuk-sejuk dari peti ais. Keluarkan kek dari Loyang pembakar, hanya selepas ia disimpan lebih dari 4 jam dan benar-benar sejuk.4. KEK BUTTER VANILLA STRAWBERI
BAHAN-BAHAN:
120 gm gula kastor*10 gm ovalet*4 biji telur gred A130 gm tepung superfine / tepung kek*1 sudu teh serbuk penaik*40 ml air60 gm minyak jagung / mentega cair1 sudu makan strawberi emulcoBahan krim frosting:
* (Putar satu kotak fresh cream dengan mixer. Putar sehingga ia lembut dan kental dan campurkan sedikit jem strawberi)
CARA MEMASAK :
1.  Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius. Siapkan loyang bulat 23 sm, griskan dengan mentega dan alas dengan baking paper.
2.  Satukan semua bahan bertanda * dalam mangkuk sederhana besar.
3.  Menggunakan mesin pengadun, putar sehingga kembang dan gebu.
4.  Masukkan strawberi emulco dan air, putar lagi hingga sebati.
5.  Masukkan minyak jagung/mentega cair, Gaulkan hingga sebati.
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang pembakar .
7. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius dan bakar selama 45 min.
8. Selepas kek sejuk boleh sapu dengan frosting fresh cream yang telah diputar.
9. Bahagikan kek kepada 3 lapisan dan lapiskan dengan fresh cream di antaranya. Sapukan ‘fresh cream’ di atas dan keliling kek dan indahkan dengan hirisan buah strawberi.
Saiz hidangan : 1 loyang bulat bersaiz 23 sm
Waktu memasak: 45 minit
Keistimewaan : Rasa strawberi dan gebu berkrim
INFO  : Goncang kotak fresh cream sebelum dituang ke dalam mangkuk mixer. Ini kerana ketika ia dinyahbekukan, kemungkinan kandungan krim dan air yang terdapat di dalamnya telah terpisah . Jika terus tuang anda mungkin hanya menuang airnya dan krimnya tertinggal di dalam.5. KEK MARBLE DURIAN
BAHAN-BAHANNYA:
425 gm gula kastor3 cawan tepung naik sendiri | diayak8 biji telur1 1/2 buku mentega | cairkan dalam suhu bilik1 cawan isi durianBeberapa titik pewarna ikut suka
Bahan krim frosting:
* (Putar satu kotak fresh cream dengan mixer. Putar sehingga ia lembut dan kental
Campurkan satu cawan durian
CARA MEMASAK :
1. Putar putih telur hingga kembang. Masukkan pula gula dan putar hingga kembang dan pekat.
2.  Masukkan pula kuning telur sebiji demi sebiji dan putar perlahan hingga naik kembang.
3. Masukkan mentega dan putar hingga rata.
4. Masukkan pula durian dan putar lagi.
5. Kemudian masukkan tepung dan gaul rata.
6. Asingkan adunan ikut warna yang disukai.
7. Tuang selang seli dalam loyang pembakar yang sudah digriskan dengan mentega untuk jadikan corak marble.
8. Panaskan oven dan dan bakar dalam suhu 160 darjah celcius 40 minit atau sehingga masak.
9. Apabila kek sejuk, potong menjadi 3 lapisan dan lapiskan dengan fresh cream yang telah dicampurkan durian.
10. Letakkan sedikit isi durian sebagai hiasan.
Saiz hidangan : 1 tin pembakar segi empat saiz 17.8 sm x 17.8 sm
Waktu memasak: 45 minit
Keistimewaan : Rasa dan aroma durian yang enak, sedap dimakan ‘plain’ sahaja.
INFO : Pastikan durian segar digunakan untuk mengelak rasa masam pada kek. Jika ingin kek tahan lama masak durian dengan sedikit gula sehingga menjadi pes.TERIMA KASIH : DILL CAKES, APARTMENT SRI NUANG, JLN GUNUNG NUANG
U 11/37, TAMAN BUKIT BANDARAYA, SHAH ALAM. FB / IG:fadzilmdsalleh. https://ift.tt/2MtL5za
Komen anda

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/02/5-kek-hebat-dari-dill-cakes-gebu-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ramen Sedap Dari Cynthia Khasiat Buah Roselle

Ramen Sedap Dari Cynthia Khasiat Buah Roselle

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 655 hits
hi there alhamdulillah mrs pip merasa lah makan ramen kali terakhir makan ramen beberapa tahun lepas ni rame diterbangkan dari mersing adik angkat mrs pip yang bagi hadiah birthday katanya T T tenkiu adik kesayangan coz ingat juga birthday ...
4 Cara Masakan Thai Gerenti Sedap Resipi Hebat Restoran Jemari

4 Cara Masakan Thai Gerenti Sedap Resipi Hebat Restoran Jemari

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 695 hits
Sajian Thai memang cukup popular di benua Asia dan seluruh dunia Kalau asyik makan juadah yang sama pun boring gak Jom kita try lauk Thai pula Tak payah pergi jauh di Restoran Jemari macam macam menu Thai ada Campuran rempah dan pelbagai he...
24 Buah Buahan Yang Sangat Baik Bagi Tubuh Kamu

24 Buah Buahan Yang Sangat Baik Bagi Tubuh Kamu

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 579 hits
Buah buah segar yang baik untuk kesehatan UN1X PROJECT Bijaklah memilih makanan supaya tubuh senantiasa sehat dan terlindung dari penyakit Demikian pula halnya dengan memilih buah buahan Para pakar nutrisi telah mengelompokkan beberapa buah...
Inilah Resepi Kek Batik Lembut Sedap Mudah Simple Ramai Dah Cuba Memang Menjadi

Inilah Resepi Kek Batik Lembut Sedap Mudah Simple Ramai Dah Cuba Memang Menjadi

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 941 hits
Pasti ada yang bertanya resepi kek batik dan cara nak buat macamana supaya jadi lembut rangup dan gebu Kenapa saya buat jadi keras dan mengapa jadi cair tak menjadi walaupun simple Kenapa perlu letak coklat milo biskut marie dan tak boleh k...
Cara Buat Kek Dan Pengat Dari Kurma Sedap Berkhasiat

Cara Buat Kek Dan Pengat Dari Kurma Sedap Berkhasiat

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 538 hits
Bila bercerita pasal kurma ramai yang menjadikan amalan memakannya di bulan Ramadan sahaja Tapi bukankah rugi buah kurma yang banyak khasiat dan kebaikan ini dimakan masa bulan puasa sahaja Apa yang pasti bagi anda yang sedang mencari alter...
Resepi Kek Minyak Susu Azlina Ina Yang Sedap Dan Moist Dengan Sukatan Cawan

Resepi Kek Minyak Susu Azlina Ina Yang Sedap Dan Moist Dengan Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 2600 hits
As Salam Resepi Mudah Kek Minyak Susu Azlina Ina Dengan Sukatan Cawan Masuk tahun 2019 belum pernah lagi saya buat kek Kali ini saya nak cuba buat kek minyak versi Azlina Ina Mesti korang dah pernah tengok kek gebus gebas minyak susu air ta...
Ini 4 Menu Berasaskan Pisang Sesuai Untuk Pot Luck Bekal

Ini 4 Menu Berasaskan Pisang Sesuai Untuk Pot Luck Bekal

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 706 hits
Pisang adalah buah yang baik untuk kesihatan kerana pisang bebas lemak kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potassium Oleh itu pisang boleh dipelbagaikan dibuat kuih muih dessert dan juga kek yang sedap dan mudah disedi...
Koleksi 12 Resipi Daging Sedap Mantap Tak Rugi Masak Ni

Koleksi 12 Resipi Daging Sedap Mantap Tak Rugi Masak Ni

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 773 hits
Bila sebut nak masak daging ramai beranggapan ia agak rumit dan perlu masak lama Sebenarnya daging boleh je masak dengan cara ekspres tak liat dan sedap Yang penting korang tahu nak masak menu apa dan dan macam mana nak menolah daging supay...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities