Resepi Nasi Lemak Daun Lemuni Mudah Dan Sedap
Resepi Nasi Lemak Daun Lemuni Mudah Dan Sedap | Kalau orang Utara pasti cukup mengenali daun lemuni ni yang cukup berkhasiat dan bagi saya pulak bila nampak daun lemuni ni hanya dua perkara iaitu Nasi Lemak Lemuni dan daun yang direbus untuk mandian masa dalam pantang. Tak pasti kalau ramai yang pernah merasa atau mencuba nasi lemak daun lemuni atau ada yang memanggilnya daun lengundi ni. Dulu masa menetap di Kampung Pasir dekat Wardieburn Camp memang abah ada menanam sebatang pokok lemuni kat tepi rumah jadi bila nak buat nasi lemuni pi petik jer...dan daun lemuni pun boleh buat air mandian, di masak dengan daun2 herba yang lain untuk perempuan dalam pantang...bau dia sangat menyegarkan dan sangat wangi.
Resepi Nasi Lemak Daun Lemuni Mudah Dan Sedap
Daun lemuni yang abah tanam ni jenis lemuni hitam yang mana berwarna hijau disebelah atas dan warna ungu kat belah bawah daun dan bunga dia pulak warna ungu.
Nak buat nasi lemak lemuni ni mudah jer sama macam kita buat nasi lemak biasa cuma kat sini kita kisar daun lemuni dan campur dengan santan, tak perlu letak daun pandan tapi kalau nak letak pun ok. Memang sedap..memang terbaik..cuba la
Resepi Nasi Lemak Daun Lemuni Mudah Dan Sedap
Bahan-bahan:-
4 pot beras, dibasuh
8 tangkai daun lemuni
200 ml santan segar
1 inci halia, di hiris nipis
1 batang serai, dititik
1 labu bawang besar, dimayang
2 ulas bawang putih, dihiris
1 helai daun pandan, dibasuh dan disimpul
1 sudu teh halba
sedikit garam
Cara membuatnya:-
1. Daun lemuni dibersihkan dan dibasuh, kemudian dimasukkan ke dalam pengisar bersama 11/2 cawan air. Kisar hingga halus dan kemudian ditapis
2. Beras yang telah dibasuh dimasukkan kedalam periuk bersama air lemuni, bawang besar, bawang putih, halba, serai yang diketuk dan halia serta daun pandan (kalau tak bubuh pun boleh sebab daun lemuni sudah cukup wangi) dan santan ke dalam periuk serta garam secukup rasa. Masak seperti memasak nasi lemak biasa
Resepi sambal berlada ikan bilis petai
Nota:Kebiasaannya saya akan merendam beras dalam air selepas dibasuh selama 30 - 60 minit supaya beras akan cepat kembang bila memasak dengan santan. Ini bagi mengelakkan nasi menjadi mentah untuk nasi lemuni ni kebiasaannya saya akan gandingkan dengan sambal ikan bilis yang garing, ikan bilis goreng, telur rebus, timun Selamat mencuba
Info Dan Khasiat Daun Pokok LemuniDaun Lemuni atau Lengundi sangat dikenali oleh orang sebelah Utara dan katanya di Pantai Timur juga. Terdapat dua jenis daun lemuni Daun ini cukup terkenal dalam ramuan membuat nasi ulam dan nasi lemak. Ramai yang menggunakan daun lemuni dalam masakan nasi lemak kerana dipercayai memberi khasiat awet muda
Terdapat dua jenis pokok lemuni iaitu lemuni putih /Lagundi (Vitex Trifolia var Linn) dan lemuni hitam (Vitex trifolia) dan antara keduanya agak berbeza dengan pokok lemuni hitam dibawah pucuk lemuni hitam kelihatan daunya mempunyai pigmen berwarna ungu gelap
Daun Lemuni atau dipanggil daun legundi punya pelbagai khasiat antaranya mengelakkan bisa gigitan binatang daripada merebak, memulihkan anggota-anggota badan yang lemah, mengubati muntah darah, mengubati penyakit rheeumatism, merawat ibu-ibu lepas bersalin, merawat luka-luka kecil, ubat cacing
Tumbuhan ini merupakan pohon yang rendang dengan ketinggian satu hingga tiga meter. Daunnya jenis kompaun bercabang tiga dan ketika muda berwarna biru kehitaman dan apabila matang berwarna hijau dengan tulang daun berwarna biru kehitaman. Lemuni mempunyai bunga yang bersaiz kecil.Lemuni ialah sejenis tumbuhan renek dan kadang kala boleh membesar melebihi ketinggian 5 meter
Analisis kimia menunjukkan ia mengandungi x-pinene, camphne, terpenyal-acetate dan diterpene alcohol. Kesemua sebatian ini merupakan minyak pati yang memberikan aroma kepada tumbuhan ini
Di kalangan masyarakat Melayu, daun lemuni boleh digunakan untuk mengubati penyakit rheeumatism, daunnya ditumbuk dengan kapur barus kemudian dipupuk pada tempat yang sakit. Air rebusan daun muda digunakan untuk mengubati muntah darah. Air rendaman daun ini jika dijadikan air mandi dipercayai dapat memulihkan anggota-anggota badan yang lemah, terutama setelah sembuh dari sakit yang berlarutan
Manakala biji biji benih pokok lemuni putih turut mempunyai khasiat tersendiri iaitu dipercayai boleh mengelakkan bisa gigitan binatang daripada merebak,bijinya dijadikan ubat cacing. Sementara itu lain-lain nilai perubatan yang ada pada lemuni ialah daunnya boleh juga digunakan untuk mencuci rambut untuk menghalau kutu dan mencegah kelemumur serta mengubati kurap dan luka-luka di celah kaki
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.iamfuzy.com/2014/12/nasi-lemak-daun-lemuni.html