Resipi Ayam Sos Senang Dan Sedap Untuk Juadah Si Kecil Buka Puasa
Resipi ayam sos senang dan yang penting sedap mengikut citarasa anak-anak yang baru belajar berpuasa. Pemakanan anak yang baru belajar berpuasa perlu seimbang antara kandungan karbohidrat dan protein serta tidak pedas dan berempah untuk perut mereka.
Menyediakan juadah berbuka puasa untuk keluarga menjadi keutamaan ibu bapa terutama apabila ada anak yang sedang belajar berpuasa. Jika boleh kita mahu raikan kejayaannya menghabiskan tempoh berpuasa sehari dengan menu yang sedap tetap berkhasiat.
Lumrah kanak-kanak kecil gemar dengan hidangan ayam goreng. Tetapi kalau hari-hari masak cara yang sama tentu bosan juga. Apa kata mak-mak cuba menu senang dimasak tetapi yang penting sedap dan pasti digemari anak.
Baca: Buat Sup Siam Jadi Lagi Power, Pakai Perencah Ni Pun Dah Sedap, Padu Sungguh!
Resipi ayam sos senang
Ok anak-anak semua, kita buat menu terpaling senang namun anak-anak akan menjilat jari. Ayam sos. Ada rasa pedas sikit-sikit namun kuat rasa sos. Mereka kan suka yang masam manis begini. Jadi kira reward mereka berpuasa. Ok jom.
Bahan-bahan Ayam Sos:
1 ekor ayam.
Sedikit serbuk kunyit nak menggoreng ayam.
3 biji bawang besar India.
1 inci halia.
1 senduk bawang besar kisar.
2 sudu besar cili kering kisar. Kalau nak pedas bus lebih.
5 sudu besar sos cili.
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar gula kelapa. Nak guna gula merah ke gula melaka pun boleh.
Sedikit air.
Garam.
Cara-cara memasak tengok dalam gambar okeh:
Lumurkan ayam dengan kunyit dan sedikit garam dalam besen
Goreng ayam sampai masak. Angkat dan ketepikan.
Guna minyak goreng ayam tadi. Panaskan di kuali lain. Masukkan bawang hiris dan halia yang juga dihiris
Dah layu, masukkan bawang kisar pula. Kemudian masukkan cili kering kisar dan biarkan sampai pecah minyak
Masukkan gula kelapa.
Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau rata lagi. Kemudian masukkan sedikit air. Sikit ja dalam 1/4 cawan dan jangan lupa sedikit garam.
Masukkan semua ayam yang dah digoreng tadi. Kacau rata.
Ayam sos siap!
Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa! Ini menu kegemaran anak sayaaaa.
Khairul Hakimin Muhammad.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik di sini untuk mendaftar toko.ideaktiv.com
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
The post Resipi Ayam Sos Senang Dan Sedap Untuk Juadah Si Kecil Buka Puasa appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/resipi-ayam-sos-senang-dan-sedap-untuk-juadah-si-kecil-buka-puasa/